Pertemuan untuk bentuk kerajaan baru? Ini komen Hadi Awang dan Tun M

F1
Pertemuan untuk bentuk kerajaan baru? Ini komen Hadi Awang dan Tun M

Salah satu pattern Pakatan Harapan yang kami perasan; apabila ada benda yang menimpa diorang; akan muncul cerita-cerita untuk alih perhatian rakyat. Contohnya, apabila PH kalah di Kimanis, muncul pulak cerita yang Tun Mahathir berjumpa dengan pimpinan PAS sebab nak bentuk pakatan kerajaan yang baru. Benda ni bukan kali pertama berlaku, jangan-jangan ni memang strategi diorang nak tutup kelemahan kot?

Apa-apa pun, perjumpaan Tun Mahathir dan Haji Hadi ada mesejnya yang tersendiri. Walaupun Tun Mahathir nafikan pertemuan tu ada agenda nak bawak PAS masuk kerajaan atau penyatuan di antara Besatu-PAS-UMNO, politik takdelah semudah tu. Kalau diperhatikan, populariti Tun M dah makin merosot, dan BERSATU pulak tercalar imejnya apabila ada ADUN diorang ditahan dalam pesta dadah.

Tun Mahathir kata ia cuma perjumpaan biasa, dan nafikan perlukan PAS kerana PH semakin lemah

Tun Mahathir cuma pandang ringan je laporan tentang keberangkalian berlakunya kerjasama dengan PAS. Dia kata tugasnya adalah untuk berjumpa “semua orang”.

“Ya memang ada gambar saya menyambut Haji Hadi. Saya sambut semua orang, termasuk pemberita yang tidak mesra. Itu tugas saya. Saya jumpa semua orang, walaupun mereka musuh saya,” – Tun Mahathir, seperti yang dilaporkan FMT

S1
Gambar yang tengah tular. Via Shabudin

Semalam FMT laporkan kemungkinan berlakunya susunan baru politik disebabkan kemerosotan sokongan kepada PH. Susunan baru tu dikatakan akan himpunkan pihak yang sokong Mahathir dengan pengaruh PAS di negeri majoriti Melayu dan akan beri kesan besar ke atas DAP dan Anwar Ibrahim.

Via Giphy

Mahathir juga tolak tanggapan kerjasama dengan PAS adalah tanda bahawa Pakatan Harapan lemah. Dia kata PAS jumpa dirinya berkaitan kebimbangan beberapa perkara.

“Saya cakap penyelesaiannya mudah. Jika kami lakukan sesuatu yang salah, jangan sokong kami di Parlimen. Jika kami buat perkara baik, walaupun anda pembangkang, tetapi kerana apa yang dilakukan itu baik, sokonglah kami. Itu sahaja,” – Tun Mahathir, seperti yang dilaporkan FMT

Presiden PAS kata takde benda yang luar biasa, AMANAH pulak tolak cadangan masukkan PAS dalam kerajaan

Presiden PAS pulak sifatkan pertemuan pemimpin pembangkang dengan Tun Mahathir bukan benda luar biasa. Katanya menjadi amalan demokrasi yang sihat apabila seorang Perdana Menteri di sesebuah negara adakan pertemuan dengan pihak pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Itu demokrasi yang sihat, terbuka berjumpa dengan NGO. Itu satu proses demokrasi yang disuburkan. Memang di negara-negara yang amalkan demokrasi semuanya begitulah. Bukan perkara luar biasa jumpa dengan pembangkang, jumpa dengan siapa sahaja perkara biasa cuma mereka yang ada agenda-agenda lain menganggap ia di luar kemahuan dia,” – Hadi Awang, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

S1
Perjumpaan Hadi-Mahathir tahun lepas. Via MalaysiaKini

Ketika diminta ulas mengenai pertemuan romantik diorang, Abdul Hadi maklumkan dia tak menyertai pertemuan tu sebaliknya hanya hantar wakil parti dan masih menunggu laporan mengenainya.

“Ada pun untuk meneruskan kerajaan itu bukan hak kita. Bahkan banyak diplomat asing berjumpa dengan saya, tanya saya siapa (pengganti) Perdana Menteri. Itu bukan hal saya. Dr Mahathir tahu siapa ganti dia. Kalau nak serah pada rakyat, rakyat akan menentukan siapa. Kita mahu supaya Perdana Menteri melaksanakan tugas dengan cara lebih terbuka, sikap yang baik yang kita alu-alukan dan kita ambil peluang,” – Hadi Awang, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Apabila cerita ni mula naik, dah tentu Parti Amanah Negara (AMANAH) tolak jika wujudnya gerakan atau rancangan untuk bawa PAS sertai kerajaan Persekutuan. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub kata, takde faktor besar yang memerlukan kerajaan buat keputusan macam tu walaupun diorang beberapa siri kekalahan PH pada pilihan raya kecil (PRK) lepas.

“Kita tidak buat keputusan di atas satu dua perkara yang berlaku dan tidak ambil sesuatu faktor untuk buat keputusan yang besar. Tidak pelik Barisan Nasional (BN) menang sebab dua tempat ini kubu kuat BN. Belum ada faktor besar untuk merombak muafakat yang ada pada hari ini. Dengan pencapaian yang agak sederhana sepanjang tempoh 20 bulan, kita boleh terus lakukan demi rakyat,” – Salahuddin Ayub, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

PAS kena buktikan diorang ada prinsip, bukan tempat persinggahan parti yang tengah lemah

PAS kena buktikan sesuatu, iaitu mereka teguh memegang prinsip dan bukan hanya dicari ketika sesebuah parti politik tu dalam keadaan lemah. Dari segi prinsipnya, ahli Parlimen PAS lebih baik berbanding puluhan ahli Parlimen UMNO yang lompat menyertai Bersatu kerana kehausan kuasa. Kita tak tengok lagi ahli Parlimen PAS lompat ke mana-mana parti dalam PH.

Jangan gemar jadi katak. Via Giphy

Cuma, PAS ni kami pun tak tahu macam mana game politik diorang. Apa yang jelas – PAS ni selalu dicari kebelakangan ni apabila ada parti politik yang tengah lemah. Contohnya apabila UMNO tengah tenat, rajin-rajin diorang memujuk PAS untuk bersama. Akhirnya terciptalah gabungan politik PAS dan UMNO. Kami masih tertanya-tanya, adakah BERSATU tengah buat benda yang sama? Korang rasa macam mana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top