Fenomena bubble tea kat Malaysia, ramai yang risau kandungan gula dalam minuman tu

Cendol

Sana-sini orang tayang mereka minum bubble tea, kan? Nampaknya trend minuman hipster dah kembali semula. Rasanya bubble tea pernah famous beberapa tahun lepas, masa jenama CoolBlog baru nak up. Masa tu, balik sekolah je kena singgah kat CoolBlog beli ice blended letak topping bubble. Peh, minum masa tengah hari dengan cuaca panas terik… Nikmat!

Haih rasa dia nikmat bagai di awang-awangan. Via Giphy

Tapi, takkan asal keluar saja minum bubble tea? Mesti muak asyik minum benda yang sama, kan? Walaupun berlainan jenama tapi bahan-bahannya lebih kurang je pon, gula perang, boba, air teh…

Jadi jom kita cari alternatif minuman yang boleh kita cari bila keluar dengan member. Dan dah tentu, kami akan senaraikan minuman yang jauh lebih murah dari bubble tea!

1. Cendol, artis korea pun suka!

Siapakah yang tinggal kat Malaysia yang tak pernah makan cendol? Cendol bukan saja digemari penduduk tempatan, malah, artis korea seperti Kang Gary (bekas anggota rancangan realiti TV, Running Man) pun makan cendol masa dia datang melancong ke Pulau Pinang. Dia siap upload gambar cendol dua kali di Instagram!

Kang Gary Cendoi
Kalau orang yang tak kenal Kang Gary ni mesti ingat dia ni apek biasa tengah makan cendol haha – Via Berita Harian

Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau yang diwarnakan dengan perasa pandan, kacang merah, air yang dikisar halus, dan gula melaka. Kalau yang special sikit kita tambah pulut atau durian. Tapi yang ada tambahan pulut atau durian ni harganya mahal sikit la dari cendol yang basic tu.

Cakap pasal cendol ni, teringat awek cendol yang viral tu… Macam-macam netizen ni, awek cendol pon boleh viral…

https://www.youtube.com/watch?v=7UAkwHVnrcU

2. Ais Tingkap, hanya terdapat kat Pulau Pinang

Ramai yang datang Pulau Pinang cuma ingat nasi kandar dan roti canai yang terkenal di sekitar Georgetown, tapi sebenarnya Pulau Pinang juga ada minuman yang anda tak akan jumpa di tempat lain. Namanya Ais Tingkap atau Air Sarbat.

Ais Tingkap
Beginilah rupanya ais tingkap! – via Everyday Food I Love

Dahulu, air ini diniagakan melalui tingkap rumah saja. Tapi kerana ia digemari ramai, perniagaan ini bertahan sehingga ke generasi ketiga pada hari ni. Kalau anda berkunjung ke Georgetown, singgahlah ke Lebuh Tamil dan cari Ais Tingkap. Sedap!

Nampak macam air sirap selasih cuma tambah isi kelapa, tapi anda silap! Bahan-bahannya lebih banyak sebenarnya. Ia juga terdiri daripada herba seperti kembang semangkuk, biji basil, getah anggur serai, rempah kayu manis dan aroma bunga. Bahan-bahan ini akan memberi rasa sejuk yang sensasi!

Chill je rasa dia lepas minum Ais Tingkap~ Via Giphy

3. Air Nira Kelapa, Tuak yang halal

Air Nira
air nira kelapa yang sudah dibotolkan – via Majalah Maskulin

Tuak? Jangan risau, ini bukan tuak yang memabukkan. Air Nira Kelapa ini juga dipanggil Tuak di Kelantan. Air ini rasanya manis dan ia dikumpulkan terus dari mayang pokok kelapa. Selain pokok kelapa, pokok nipah juga boleh menghasilkan Air Nira. Untuk mengumpulkan Air Nira, mayang yang sesuai akan dipilih lalu dipotong secara serong. Kemudian, air yang menitik dari mayang tersebut akan dikumpulkan ke dalam botol.

Kumpul Air Nira
Cara Air Nira dikumpulkan – via Anim Agro

Bukan setakat sedap dan manis untuk diminum, air nira juga mempunyai perlbagai khasiat untuk kesihatan. Antaranya, ia dapat menurunkan suhu badan ketika demam panas, mengatasi sembelit, dan membekalkan tenaga.

Jika anda berkunjung ke Kelantan, jangan lupa dapatkan Air Nira ini. Yang ini minum manis tak apa, sebab ia manis dari sumber semulajadi, bukan artifisial.

4. ABC, Ais Batu Campur kegemaran rakyat Malaysia

Selain cendol, mustahil rakyat Malaysia tak tahu tentang ABC atau Ais Batu Campur. Tapi ramai tak tahu sebenarnya ABC juga ada banyak versi. Kalau di Malaysia, ABC secara asasnya akan mengandungi bahan utama iaitu ais yang dikisar, gula merah dengan pewarna ros, gula perang, jagung, kacang dan susu pekat. Selain itu, ada juga topping lain yang boleh diletakkan sekali seperti nata de coco (atau jelly kelapa), cincau, buah laici dipotong dadu dan lain-lain. Versi yang lebih moden pula ada aiskrim sekali. Ermm sedapnya wehhh!!!

Melambung-lambung haa ABC nih. Via Giphy

Di negara lain, hidangan ala-ala ABC juga ada seperti Bingsu di Korea Selatan, kakigori kat Jepun, Es Campur di Indonesia dan Bao bing di Taiwan. Walaupun bahan utamanya sama iaitu ais yang dikisar halus, tapi yang membezakan setiap ABC di negara lain adalah topping dan bahan-bahan sampingannya. Jadi, sudah tentu ABC di Malaysia tak sama dengan ABC di negara lain. Tapi kalau anda tinggal di luar negara dan nak lepaskan rindu pada ABC Malaysia, boleh cuba ABC versi negara lainĀ  yang kami sebutkan tadi.

5. 3 layers Tea, air hipster potong kaki sebelum Bubble Tea

3 Layers Tea
Abang Long Bubble Tea, Air Teh 3 Lapis – via Xing Fu

Jadi kalau cadangan yang kami sebutkan sebagai pengganti Bubble Tea tak kena dengan tekak anda yang gemarkan teh manis, boleh cuba Air Teh 3 Lapis ini. Ini lagi power manis dia daripada Bubble Tea dan tak perlu kunyah pearl! Teh ini dihasilkan dengan campuran teh, gula melaka yang pekat di bawah dan susu sejat. Buat kat rumah pon boleh!

Walau apa-apa pun minuman manis yang anda minum, pastikan jangan minum dengan kerap

Minuman manis ini kita minum bersama rakan-rakan ketika keluar bersama bukanlah untuk menyedapkan tekak sahaja. Tapi ia seolah-olah meraikan detik manis bersama. Walaubagaimanapun, janganlah kerap minum minuman sebegini. Apatah lagi dengan harganya yang agak mahal berbanding makanan yang boleh buat anda kenyang yang jauh lebih murah.

Bukan apa, nanti dah tua kita juga yang sakit kerana terlalu banyak minum air manis. Ia tidak baik untuk kesihatan. Kita sendiri sudah melihat bagaimana datuk nenek kita yang kerap minum teh tarik sebab nak bina tenaga untuk turun ke sawah, turun ke laut atau menoreh getah, mereka pun dapat kencing manis. Walhal mereka melakukan kerja yang berat. Jadi, walaupun rajin bersenam dan bakar lemak, ia tidak menjamin kita akan terhalang dari kencing manis jika terlalu kerap minum manis…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *