Walaupun bertarung dengan kanser, lelaki ni tetap lakukan tugas untuk negara

4111
Walaupun bertarung dengan kanser, lelaki ni tetap lakukan tugas untuk negara

Korang pernah tak dengar nama Sutopo Purwo Nugroho? Kalau korang nak tahu, Sutopo Purwo Nugroho adalah  jurucakap yang sangat disanjung tinggi oleh agensi bencana alam dan merupakan seorang insan yang berusaha untuk beri berita terkini kepada negaranya mengenai bencana alam yang berlaku walaupun dia menderita penyakit kanser paru-paru telah pun meninggal dunia pada usia 49 tahun.

kredit gambar : heroesabc.com

Sutopo pernah tolak jawatan sebab dia rasa perlunya kelayakan akademik yang lebih tinggi…

Sutopo atau lebih dikenali sebagai Pak Topo, adalah hasil gabungan daripada nama orang tuanya di Indonesia dan nama pertama pada namanya. Sutopo telah dilahirkan di Boyolali, Jawa Tengah pada 7 Oktober 1969. Dia adalah merupakan anak pertama dari Suharnoso Harsosaputro dan Sri Roosmandari. Dia telah jalani pendidikan SD, SMP dan SMAnya (sekolah menengah kalau kat sini) di kampungnya halamannya.

Setelah dia lulus dalam pengajian di universiti, dia mula bekerja kat BPPT pada tahun 1994 yang mana dia bekerja dalam bidang penyemaian awan. Perlahan-lahan dia mula dinaikkan pangkat sebagai peneliti senior utama dan kemudiannya dia telah membantu BNPB sebelum bekerja secara tetap di sana pada Ogos 2010. Pada peringkat awal, dia bekerja pada bahagian pengurangan risiko bencana dan telah berlaku beberapa bencana yang terkenal di Indonesia seperti banjir di Wasior, gempa bumi dan tsunami di Mentawai.

Lepas tu dia dilantik jadi ketua di Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat. Menurut Sutopo, dia telah menolak jawatan tu sebanyak tiga kali sebelum dia menerima gelaran PhD sebab dia percaya bahawa orang akan lebih mempercayainya jika dia mempunyai gelaran itu. Sepanjang dia bekerja di BNPB, dia telah pun diberi anugerah “Public Campaigner” pada tahun 2014 kerana dia sangat aktif dalam menyampaikan berita bencana di negara Indonesia.

Sutopo bernikah dengan Retno Utami Yulianingsih dan hasil daripada perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua orang anak. Pada tahun 2018, Sutopo telah mengumumkan bahawa dia menghidap penyakit kanser paru-paru tahap IV dan masih berada di bawah tahap rawatan. Pihak keluarganya dan para doktor telah memintanya untuk berhenti melakukan aktiviti kebiasaannya namun dia telah menolak dan disebabkan itu dia terpaksa menggunakan morfin.

Via MoneyStart

Dia juga masih tetap bersemangat dan tak pernah mengeluh terutamanya jika dia berbincang dengan para wartawan. Walaupun dia sedang sakit, dia tetap aktif dalam memantau bencana di media sosial dan menyediakan maklumat dalam pelbagai kejadian bencana contohnya seperti bencana gempa di Lombok pada tahun 2018.

Sutopo seorang rakyat Indonesia yang sejati sehingga digelar sebagai “true servant of the nation”

Untuk pengetahuan korang, berita kematian Sutopo telah disahkan oleh agensi bencana alam sekitar Indonesia dan anak sulungnya sendiri iaitu Ivanka Rizaldy melalui kenyataanya di media sosialnya iaitu;

“Malam ini, seorang wira dan ayah kesayangan saya, Sutopo Purwo Nugroho, telah pulang kepada tuhan setelah menjalani rawatan di Guangzhou, China. Kepada semua rakan dan keluarga, kami memohon keampunan dan doa buat Pak Sutopo. Terima kasih untuk segalanya yang kau berikan pak, Saya akan sentiasa mendoakanmu selalu.”

Sutopo sangat terkenal dengan kerja keras dan komitmennya terhadap sesuatu pekerjaan yang dia lakukan. Dia selalu saja melawan segala berita-berita palsu serta mempunyai sifat yang lucu dan seringkali dilihat di akaun twitternya. Dia diangkat sebagai “seorang rakyat Indonesia yang sejati (true servant of the nation)” oleh kebanyakan pengguna media sosial di Indonesia termasuklah presiden Indonesia sendiri iaitu Pak Jokowi.

kredit gambar : teknotempo.co

Sutopo selalu jadi jurucakap kepada agensi bencana alam kebangsaan di negaranya sejak dari tahun 2010 dan sangat terkenal dengan semangat menyampaikan maklumat yang betul dan tepat terutamanya mengenai bencana alam, daripada bencana gempa bumi sehinggalah letusan gunung berapi serta tanah runtuh dan tsunami.

Sutopo tetap memberikan laporan bencana walaupun keadaan kesihatannya tak berapa mengizinkan

Dalam satu temu bual yang telah diadakan pada November lepas, dia mengatakan bahawa ingin berhenti melakukan pekerjaannya tetapi dia tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut.

“Penyakit saya ini adalah satu takdir. Saya ditakdirkan untuk itu, jadi saya harus tetap bekerja dan itu adalah tanggungjawab saya” katanya. “Apabila ada bencana melanda saya dikehendaki untuk berkongsi informasi dengan pantas, walau dalam apa keadaan sekalipun. Selagi ianya memberi kebaikan kepada semua, saya akan melakukan pekerjaan saya seikhlas hati. Dalam setiap pekerjaan, apabila ikhlas dilakukan hasilnya pasti akan bagus,” – Sutopo

via : tempo.co english

Akibat daripada kerja keras dan komited yang dia tunjukkan sepanjang bekerja, dia telah pun menerima pelbagai hadiah sepanjang dia berada di hospital. Antara kata-kata yang sangat membakar semangat yang pernah diucapkan oleh Sutopo ialah “Hidup tidak ditentukan dengan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana diri kita ini berguna kepada semua manusia.”

Sutopo seorang permata negara yang hilang dan sukar dicari ganti

Melalui kisah hidup dan cara bekerja Sutopo, dia telah banyak menginspirasikan masyarakat setempat dengan tidak pernah mengenal erti perit dalam menyampaikan dan memastikan masyarakat tahu tentang segala bencana yang berlaku di bumi Indonesia. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Buya Hamka; Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top