Joe Bertony, jurutera agung dan bekas perisik Perancis

Joe Bertony, jurutera agung dan bekas perisik Perancis

Korang pernah tak dengar tentang Rumah Opera Sydney yang terkenal tu? Agak-agaknya siapalah jurutera yang bina rumah opera tu kan? Kalau korang nak tahu baru-baru ni telah heboh kat media sosial tentang kematian seorang jurutera terkenal yang telah membina Rumah Opera Sydney tu yang bernama Joe Bertony. Tapi korang tahu ke siapa mamat Joe Bertony ni? Ni kami nak bagitau siapa sebenarnya mamat Joe Bertony tu…

Lawa tak? Via meikartaraya

Pernah jadi penyiasat dan ejen Perancis

Bertony dilahirkan di Corsica pada tahun 1922 dan telah didedahkan dengan ilmu matematik sejak daripada kecil lagi. Semasa menyambung pelajaran ke French Navy untuk mempelajari ilmu kejuruteraan Naval di Saint-Tropez, dia telah diambil sebagai penyiasat. Pada perang dunia kedua, dia bekerja sebagai seorang ejen Perancis dan telah ditangkap sebanyak dua kali oleh Gestapo.

Dia telah dijatuhkan hukuman mati tapi dapat melarikan diri untuk kedua-dua tangkapan tu. Masa kali pertama tu dia melompat daripada kereta api dalam keadaan berbogel dan mampu untuk teruskan kehidupan dalam salji dengan hanya beberapa helai pakaian dan tanpa makanan selama 10 hari.

Via FFX

Dia pernah diberi penganugerahan “France’s Croix de Guerre” daripada kerajaan Perancis sebagai tanda penghargaan atas jasa dia semasa dalam perang. General Charles de Gaulle kata dia telah menunjukkan semangat pahlawan kepada Perancis dengan menunjukkan keberanian untuk menjadi seorang pekerja imigran di Bennelong Point ataupun lebih dikenali sebagai Australia baru.

Selepas perang, Bertony telah terbang dari Eropah untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada tahun 1952, dia tiba di Timur Australia dan bergerak menuju ke Hutan Rum untuk bekerja di Lombong Uranium berdekatan dengan Northern Territory.

Via BBC

Bertony tinggal berdekatan dengan Bachelor, 100km selatan Darwin – bandar tersebut dibina hanya untuk para pekerja berehat dan bermalam sahaja. Kebanyakan orang di sana merupakan pekerja yang tak mempunyai dokumen lengkap seperti Bertony.

Membina tiang yang mampu dapat tampung beban lengkungan gerbang

Antara sumbangan terpenting anak kelahiran Corsican ini adalah tiang yang dapat menampung beban lengkungan gerbang sebelum bahagian konkrit dipasang pada tempatnya.

Dia telah menulis lebih daripada 30,000 persamaan matematik berasingan untuk mereka bentuk gerbang tersebut dan menghadiahkan tulisan ini kepada Muzium Seni dan Sains Gunaan (MAAS). Kini ia merupakan sebahagian daripada koleksi Muzium Powerhouse.

Via Awsimages

Joe Bertony meninggal dunia pada usia 97 tahun, dan kini diiktiraf sebagai salah seorang jurutera yang terbaik di Australia dan di dunia. Ada yang mengatakan bahawa dia mampu untuk membuat Empire State Building nampak mudah hanya seperti membina sebuah garaj.

Sebagai seorang jurutera di syarikat pembinaan Hornibrook di Queensland dia telah diarahkan untuk pergi ke Sydney bagi menyelesaikan masalah terbesar binaan yang dihadapi oleh mereka iaitu Panggung Opera Sydney.

Via Tenor

Semasa Hornibrook mahu menyemak sesetengah pengiraan yang dilakukan oleh Bertony menggunakan komputer, mereka telah meminta rakan sekerjanya yang lebih muda iaitu David Evans untuk mengujinya.

Cuma ada satu komputer di Australia masa tu

Pada masa tu hanya terdapat sebuah komputer sahaja di Australia yang cukup untuk menampung jumlah kerja seperti ini – nama komputer tu IBM 7090 di Pertubuhan Penyelidikan Senjata, sebahagian daripada Pusat Penyelidikan Pertahanan yang menguji peluru berpandu jarak jauh untuk digunakan oleh tentera.

Via Frobenius

Evans lepas tu kata pada rakan sekerjanya:

“Ia sesuatu yang boleh dipersoalkan jika ketua Hornibrook, Corbett Gore boleh menemui seseorang atau satu kumpulan yang boleh melakukan apa yang telah dibuat oleh Joe, tetapi saya meragui jika ada orang sepintar Joe untuk melihat bagaimana untuk membangunkan tiang penunjang teleskopik dan untuk membina tulang bersamanya, atau melakukan banyak kerja lain di tapak pembinaan”.

Benda ni akan memerlukan banyak pemikir dan pusingan percubaan dan kesilapan, dan masa yang lebih lama bersama anggaran kos yang besar untuk mendirikan rangka bangunan jika tiada Joe di sana.

Bukan calang-calang otak Joe Bertony

Bukan calang-calang orang yang boleh buat apa yang telah dibuat oleh mamat Joe Bertony ni. Korang tengok tak betapa geniusnya beliau sampai mampu menyelesaikan pekerjaan yang perlu menggunakan minda ramai orang tapi beliau selambe je settlekan sendiri. Korang rasa mamat ni boleh tak bersaing dengan tokoh-tokoh agung seperti Albert Einstein, Ibnu Sina dan yang lain-lain tu?

 

 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print