Empat kes misteri yang berlaku pada kerajaan lepas

Empat kes misteri yang berlaku pada kerajaan lepas

Selain kes Najib yang tengah berlangsung di mahkamah, sekarang ada satu lagi kes besar yang dalam proses soal siasat…kes ni sangat besar sampai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang kena siasat. Kes apa tu? Haa kes misteri tanah perkuburan manusia di Wang Kelian. Tapi ini bukan satu-satunya kes yang boleh dianggap misteri masa zaman pemerintahan kerajaan waktu tu.

1) Perkuburan Wang Kelian dedah kekejaman korupsi

Pada tahun 2015, pihak berkuasa jumpa kem pemerdagangan manusia di dalam hutan dekat sempadan Malaysia-Thailand, Wang Kelian Perlis. Apa yang lebih mengerikan, polis terjumpa tanah perkuburan dengan rangka tulang manusia yang dilonggokkan. Difahamkan itu semua mayat lebih 150 warga asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan dan ditanam di kubur tidak bertanda di kawasan tu.

Image result for kem wang kelian
via Harian Metro

Menurut Komandan Kompeni Batalion B PGA Briged Utara DSP M Joeking, dia dengan pasukannya seramai 30 orang mula terserempak dengan kem penyeludupan manusia pada awal 2015 mengikut jalan sehingga ke puncak Bukit Wang Burma. Semasa buat rondaan mereka terjumpa tapak kem sebesar 30×30 meter, beberapa sangkar untuk manusia dan sempat juga menahan beberapa orang pelarian.

Semasa buat rondaan mereka dapat pula arahan Timbalan Ketua Polis Perlis untuk musnahkan tapak kem. Tapi operasi pemusnahan terhenti selepas ternampak binaan seakan-akan kubur.

Kes ni mendedahkan korupsi peringkat teringgi sebab dikatakan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan pun terlibat, jadi ada yang berspekulasi bahawa pemusnahan tapak tu pun untuk tutup sindiket penyeludupan manusia yang dilindungi pihak polis Perlis. Malah ada testimoni bekas pegawai polis, dalam kenyataan kepada RCI, kata yang bila dapat tahu tentang tempat tu dan maklum pada pegawai atasan dia terus dilarang bercakap pasal kes tu, kena padam semua gambar dan langsung tak terlibat dengan operasi sampailah dia bersara.

Pendatang tanpa izin ni kena bayar ejen RM2,000 sebelum dibawa ke Malaysia, dengan harapan dapat kehidupan yang baru. Tapi sebenarnya mereka menaruh nyawa, dan dikejami oleh orang yang tak bertanggungjawab.

2. Pastor Raymond Koh diculik secara professional

Awal tahun 2017 Malaysia digemparkan dengan kes culik Pastor Raymond Koh di Petaling Jaya yang sampai sekarang masih belum diselesaikan. Yang lebih menggemparkan, kejadian penculikan tu dirakam dengan jelas oleh CCTV dan kelihatan sangat professional, semuanya berlaku dalam masa kurang dari seminit.

Siapa sebenarnya Pastor Koh ni dan kenapa orang nak culik dia? Niat penculikan tu tak dapat dikenalpasti sebab tak ada siapa tampil untuk mengaku, tapi ada yang mendakwa ia berlaku kerana Pastor Raymond membawa dakyah kristian dan cuba memurtadkan orang Islam, satu dakwaan yang disangkal oleh isterinya Susanna.

Baru ni Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyimpulkan bahawa penculikan yang berlaku ke atas Pastor Koh ada penglibatan polis Bukit Aman. Rumusan itu dibuat selepas inkuiri awam yang dikendalikan oleh SUHAKAM bermula Oktober 2017. Bukan Pastor Raymond je yang hilang, ada tiga orang lain yang turut hilang masa tu dan dikaitkan iaitu aktivis Amri Che Mat, Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Pastor Ruth – ketiga-tiganya hilang pada akhir 2016.

3. Pembunuhan Kevin Morais melibatkan kes lebih besar?

Anthony Kevin Morais merupakan seorang Timbalan Pendakwa Raya dan didapati dibunuh semasa dalam perjalanan ke utara dipercayai di kawasan berhampiran Sungai Buloh.

Menurut siasatan polis, sebelum dibunuh dengan kejam kereta Kevin telah dilanggar dari arah belakang oleh kumpulan suspek. Semasa dia keluar untuk memeriksa kerosakan, dia telah ditolak masuk ke dalam keretanya semula oleh sekumpulan individu. Dia kemudian dipukul dengan objek tumpul. Mayatnya kemudian disumbat ke dalam guni dan dimasukkan dalam tong dram yang dicurah simen dan ditenggelamkan ke dalam paya di Jalan Subang 3, Su­bang Jaya.

Related image
via The Malaysian Times

Dalam kes mahkamah yang sedang berlangsung, salah seorang daripada suspek yang didakwa menyatakan bahawa dia tawar RM1.5 juta oleh defendan pertama kes itu iaitu ahli patologi Angkatan Tentera Kol. Dr R. Kunaseegaran, untuk mengaku membunuh Kevin.

Pembunuhan kejam Kevin ni mendapat perhatian orang ramai terutamanya apabila dia dikatakan terlibat dengan pendakwaan kes 1MDB yang sepatutnya dibuat oleh pihak pendakwaraya pada masa itu. Menurut editor Sarawak Report pula, Kevin merupakan sumbernya yang membongkarkan tentang siasatan Jabatan Peguam Negara terhadap korupsi SRC International, subsidiari 1MDB.

4. Pengasas AmBank ditembak di tempat awam

Pembunuhan yang berlaku ke atas Hussain Najadi ni macam cerita aksi Hollywood, dan kes ni juga menimbulkan begitu banyak spekulasi. Pada Julai 2013, si pembunuh telah berjalan secara perlahan di kawasan parkir kereta di luar kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon dan melepaskan tembakan yang membunuh Hussain serta merta.

Image result for ambank founder hussain najadi
via The Star

Cubaan untuk membunuh isterinya yang ada bersama dia gagal sebelum si pembunuh melarikan diri. Spekulasi macam-macam timbul lepas kes tu berlaku, ada yang mengatakan pembunuhan itu disebabkan perjanjian hartanah yang tak menjadi. Sejak itu, Koong Swee Kwan seorang pemandu trak tunda telah didapati bersalah dan dihukum bunuh oleh mahkamah atas pembunuh Hussain.

Tapi anak Hussain, iaitu Pascal Najadi mempunyai gambaran yang berbeza. Menurutnya dalam temu ramah dengan Sarawak Report, kes pembunuhan ayahnya bukanlah disebabkan perjanjian hartanah tetapi ia sebenarnya melibatkan korupsi di bank yang diasasnya. Pascal menyatakan bahawa perjanjian hartanah itu langsung tidak melibatkan ayahnya.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang pula menghubung kait dakwaan Pascal dengan kes 1MDB dengan menyatakan bahawa wang berbillion yang pernah ditemui dalam akaun AmBank bank atas nama Najib Razak itu mungkin kes korupsi yang dimaksudkan. Kes SRC International yang sedang berlangsung di mahkamah pada masa ini juga mengurai satu persatu duit yang keluar masuk dari akaun tu.

Semoga kes-kes ni dapat dirungkaikan

Dah hampir setahun kita tukar kerajaan baru, dan nampaknya diorang kata nak buat macam-macam reformasi institusi awam – termasuklah poliskan. Kami harap kes-kes yang disebutkan ni dapatlah dirungkai dengan segera. Bukan apa, benda ni untuk kebaikan bersama juga, dan demi keadilan mangsa-mangsa  ni.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top