Perubahan iklim, pemimpin Fiji marah kat Australia dan katakan diorang pentingkan diri

1321 Cc Vs Gw Vs Wx 768px
Perubahan iklim, pemimpin Fiji marah kat Australia dan katakan diorang pentingkan diri

Para pemimpin Fiji menggemparkan dunia baru-baru ni, apabila menggelarkan pemimpin dunia sebagai ‘mementingkan diri sendiri’, tatkala mereka membentangkan kertas rancangan untuk menangani krisis iklim semasa dunia. Peguam Negara Fiji yang juga Menteri Ekonomi dan Perubahan Iklim Fiji, Aiyaz Sayed-Khaiyum, menyatakan bahawa keadaan semasa di kepulauan tu agak kritikal meskipun bukan disebabkan oleh para penduduk di sana. Fiji kini merancang untuk mencapai sifar pelepasan gas karbon dan berusaha memindahkan beberapa buah kampung di sana.

Inisiatif sulung dari Fiji, lihat krisis iklam sepenting keperluan ekonomi…

Fiji merupakan negara pertama di dunia yang menggabungkan kementerian ekonomi dan perubahan iklim, kerana Aiyaz dakwa mereka memahami hubungan yang kuat di antara ekonomi dan iklim yang stabil. Fiji akan memperkenalkan sebuah program legislatif yang dilihat ‘ambitious’ untuk menangani krisis iklim semasa, dan mengecam komuniti global yang enggan menetapkan pemanasan global untuk ditetapkan pada paras 1.5C. Ketika berucap di Parlimen Fiji untuk meminda akta berkenaan, Aiyaz menyebut pemanasan global sebagai ‘perjuangan untuk hidup dan kehidupan kita’.

Via Giphy

Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama merupakan bekas Presiden COP23, badan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berpengaruh. Bainimarama sering mengkritik Australia kerana meletakkan kepentingan ekonomi berbanding kebimbangan berkenaan alam sekitar, selain mengetepikan kepentingan negara-negara Pasifik yang berjiran dengannya.

Frank Bainimarama Via Twitter

Pada tahun 2015, Bainimarama mengecam Australia; mendakwa diorang lebih mementingkan keuntungan berbanding perasaan negara jirannya.

‘Negara yang bernasib baik mahu terus bernasib baik – untuk jangka masa pendek, dalam keadaan banyak negara jirannya yang tidak bernasib baik.’ – Perdana Menteri Fiji

Sebagai rekod, di bawah Perjanjian Paris, semua 196 negara terlibat akan merancang dan melaporkan secara berkala tentang mitigasi untuk pemanasan global.

Akta untuk mengetatkan penggunaan plastik dan pelepasan karbon…

Akta yang dibentangkan oleh Aiyaz itu merangkumi larangan yang lebih ketat dalam penggunaan plastik, satu pelan bagi Fiji untuk mengurangkan pelepasan gas karbon menjelang 2050, pengenalan skim kredit karbon dan pengenalan prosedur pemindahan penduduk di kawasan yang berisiko mengalami kesan kerana krisis iklim.

Via Giphy

Aiyaz menjelaskan bahawa kesan krisis iklim boleh dilihat di seluruh dunia, termasuklah cairnya ais di Artik, suhu tinggi yang direkodkan, kemarau, banjir dan kebakaran hutan. 3 tahun lalu, suhu yang ekstrem telah mengorbankan 44 orang penduduk Fiji, dan mendatangkan kerugian teruk kepada ekonomi negara kecil tu.

Dia juga mendakwa bahawa sewaktu perbincangan berkenaan cuaca di PBB pada bulan Mei lalu, banyak negara yang memperlekehkan usul IPCC untuk menetapkan suhu di bawah 1.5C untuk pemanasan global berbanding dengan peringkat praindustri. Aiyaz menuduh perkara itu sebagai satu tamparan hebat, tidak bertanggungjawab dan sangat mementingkan diri.

Via WWF

Pemanasan global dan perubahan iklim memang benar-benar berlaku dan memerlukan perhatian serius dalam menanganinya. Peningkatan suhu dunia akibat pemanasan global terjadi apabila atmosfera bumi dan permukaannya dipanaskan secara beransur-ansur oleh haba (gelombang inframerah) yang terperangkap serta tidak terlepas ke luar angkasa. Peningkatan tahap gas rumah hijau di ruang atmosfera menyeliputi bumi menjadi bukti jelas kepada perkara ini.

Via Giphy

Namun, peningkatan suhu mendadak disebabkan pelepasan karbon dioksida yang tinggi dan pertambahan gas lain seperti klorofluorokarbon (CFC) oleh manusia, menggugat fungsi sebenar atmosfera bumi.

Situasi perubahan iklim di Malaysia, mesti korang pun rasakan?

Kesan perubahan iklim ni juga boleh dirasai di Malaysia, dengan berlakunya musim kemarau dan hujan yang lebih panjang serta tak menentu. Hal ini boleh dikaitkan dengan perubahan suhu antara permukaan lautan dan atmosfera di Lautan Pasifik (fenomena El Nino dan La Nina) yang mengakibatkan cuaca panas melampau dan taburan hujan banyak. Di Malaysia, ada usaha untuk menangani isu iklim ini menerusi Dasar Biofuel Negara (2006), Dasar Perubahan Iklim Negara (2009) dan Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui (2010).

Via SAYS

Sesungguhnya, menjaga kelestarian alam bukan hanya satu pilihan, malah dituntut oleh Islam. Hari ini, bumi bukan sahaja semakin panas, malah lapisan ozon yang selama ini melindungi kehidupan di bumi turut terjejas apabila sinaran ultra-lembayung (UV) dari angkasa berjaya menembusinya. Ia disebabkan oleh peningkatan suhu mendadak kerana pelepasan karbon dioksida yang tinggi dan pertambahan gas lain seperti klorofluorokarbon (CFC) oleh manusia.

Laporan 2007 Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) kepada PBB sendiri menyimpulkan lebih daripada 90 peratus penyebab pemanasan sejak 50 hingga 60 tahun disumbangkan oleh manusia. Jadi, kita tidak boleh berlengah lagi dalam menangani isu pemanasan global ini. Semua pihak perlu ambil tahu dan ambil peranan masing-masing. Hal krisis iklim ni memang betul berlaku, bukan cobaannnn!

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print