Kumpulan pipe band Malaysia juara dunia, hadiahkan kemenangan untuk kemerdekaan

111
Kumpulan pipe band Malaysia juara dunia, hadiahkan kemenangan untuk kemerdekaan

Kadang-kadang sebab isu remeh kita terlepas pandang dengan benda-benda yang lebih bermakna. Apabila kita asyik bergaduh tentang isu bangsa atau tentang Dr Zakir Naik – kita tak nampak benda-benda yang lebih gempak. Kami rasa akan ada pihak yang gembira apabila rakyat Malaysia sibuk bermain isu perkauman, inilah kelompok yang kami selalu panggil penjual ‘kebencian’. Produk diorang hanya akan survive kalau orang kita sibuk bergaduh gunakan sentimen perkauman…

Adalah kumpulan pancaragam yang berjaya harumkan nama negara…

Antara benda yang korang terlepas adalah; kumpulan pancaragam Sri Dasmesh Pipe Band dinobatkan sebagai juara kat Kejohanan Band Pipe Dunia di Scotland. Diorang menyifatkan kejayaan kumpulan tu mengharumkan nama negara sebagai hadiah terbaik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 hujung minggu ni.

Results from The Worlds 1st Overall, 1st in Drumming and Best Parade SRI DASMESH PIPE BAND WORLD CHAMPIONS 2019! #teamdasmesh

Posted by Sri Dasmesh Pipe Band ( Malaysian Sikh Band ) on Sabtu, 17 Ogos 2019

Jurucakap kumpulan tu ‘Drum Sergeant ’ Tripert Singh Khalsa kata; lebih manis kejayaan yang dicapai tu  menobatkan Malaysia sebagai satu-satunya kumpulan dari Asia Tenggara yang berjaya muncul juara sejak kejohanan itu dianjurkan 30 tahun lalu. Power gila kumpulan ni, daripada sibuk nak berdemo dengan isu ‘perkauman’, baik korang berlatih sesuatu yang boleh harumkan negara.

“Ia adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dan dijangka, apabila nama kami diumumkan sebagai pemenang dan Jalur Gemilang dinaikkan. Kami cukup bangga melihat Jalur Gemilang berkibar di pentas utama. Pada kami ini hadiah terbaik dari kami sempena Hari Kemerdekaan negara,” – Tripert Singh Khalsa, seperti yang dilaporkan oleh Metro

 

Kumpulan yang pernah masuk pertandingan sama pada 2015 tu muncul juara keseluruhan serta dapat tempat pertama dalam kategori ‘drumming’ dan ‘best parade’, mengetepikan cabaran 13 negara yang mengambil bahagian dalam siri dunia yang dianjurkan oleh Persatuan Royal Scottish Pipe Band.

Diorang tak pernah jadikan kegagalan sebagai alasan untuk berhenti, bahkan diorang kerja lebih keras

Selain Malaysia, antara pasukan lain yang turut serta dalam pertandingan yang mengumpulkan 8,000 peserta dalam kejohanan dua hari tu adalah kumpulan dari New Zealand, Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan tuan rumah, Scotland. Tripert kata, kejayaan tu membuktikan anak Malaysia mampu cipta nama di persada dunia asalkan setiap perkara dilakukan dengan sepenuh hati selain sedia belajar dan jadikan kegagalan lalu sebagai pembakar semangat.

Via Astro Awani

Dia kata setelah gagal dalam edisi 2015, diorang mula berlatih dan memperuntukkan sejumlah perbelanjaan bagi dapatkan khidmat tutor yang pakar dalam bidang itu daripada Australia.

“Dari situ kami belajar tentang muzik, teori dan perkara berkaitan di samping latihan intensif dua jam sehari, tiga kali seminggu selain belajar sendiri di rumah dan menghantar video latihan kepada tutor ketika tiada latihan. Akhirnya pengorbanan kami berbalas apabila muncul juara kerana bukan mudah untuk menewaskan negara lain yang lebih hebat, khususnya Scotland,” – Tripert Singh Khalsa yang turut memuji 32 ahli kumpulan itu yang sedia berkorban masa dan tenaga demi negara, seperti yang dilaporkan Metro

Via NST

Ketibaan kumpulan tu disambut sanak saudara yang sedia menunggu sejak awal dan mereka kemudiannya memainkan dua buah lagu sebagai kenangan sebelum mengakhirinya dengan menyanyikan lagu Negaraku beramai-ramai.

Sebenarnya ramai tak tahu tentang ajaran Agama Sikh, diorang selalu disangka penganut agama Hindu…

Agama Sikh ni bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengasas agama ini ialah Guru Nanak (1469-1539), Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan dan dipanggil Waheguru. Selepas dia meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat Guru. Sebanyak sepuluh Guru telah mengambil alih tempatnya.

Persatuan Sikh Malaysia. Via their official website

Rangkaian ni berakhir pada tahun 1708 selepas kemangkatan Guru Gobind Singh yang tak tinggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Granth. Skrip ni kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Guru Gobind Singh juga ada tubuhkan sebuah persatuan “Persaudaraan Khalsa Sikh” dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki dan perempuan Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran “Lima K”.

Hahhh…harap korang fahamlah serba sedikit tentang pengaanut agama Sikh ni. Apa-apa pun kejayaan diorang mengharumkan nama negara sepatutnya dapat pujian daripada semua orang. Sepatutnya benda-benda macam ni yang kita fokus, kita harap diorang akan dapat lebih banyak perhatian lepas ni!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top