Tuanku Zara minta rakyat Malaysia jadikan sukan sebagai alat perpaduan

437596
Tuanku Zara minta rakyat Malaysia jadikan sukan sebagai alat perpaduan

Negara yang memiliki rakyat berbilang kaum selalunya akan hadapi kesukaran untuk atasi konflik di antara kaum. Sentimen perkauman yang dimainkan dengan cara yang salah akan bawa bencana yang besar, Malaysia dah pernah memiliki sejarah semacam itu. Kami percaya yang Kerajaan dan setiap rakyat Malaysia tak mahu benda tu berlaku lagi, pertumpahan darah yang membekas dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. Jadinya kita kena cari jalan untuk pastikan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ni berkekalan.

Reaksi kami apabila ada orang kata nak cetuskan pergaduhan di antara kaum. Via Giphy

Selain daripada makanan, sebenarnya kita ada satu lagi platform yang boleh bina perpaduan ni. Apa lagi kalau bukan sukan, tengoklah kat stadium atau kedai-kedai mamak; masa Malaysia tengah main – mesti ramai punyalah orang yang akan sokong, berbilang bangsa pulak tu…

Kerajaan patut beri perhatian dan serius untuk jadikan sukan sebagai instrumen penyatuan rakyat

Peranan sukan dalam membina negara dan menyatukan rakyat wajar diberi pengiktirafan, diutamakan dan tak dianggap sekadar kegiatan rekreasi sampingan je. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bertitah, kemudahan sukan perlu diperbanyakkan dan penglibatan rakyat untuk bersukan perlu digalakkan.

Via Sinar Harian

Baginda turut berpandangan – kerajaan wajar beri perhatian lebih utama dan serius untuk menerokai sukan sebagai instrumen penyatuan rakyat pelbagai kaum, budaya, agama dan bahasa dengan mempergiatkan pelbagai aktiviti terutama melibatkan golongan remaja.

“Warga muda Malaysia yang diberikan ruang luas melalui pelbagai kegiatan sukan, insya-Allah akan menjadi warga sihat, cergas dan berdisiplin. Mereka akan memiliki kemahiran sosial berkomunikasi yang berupaya membina semangat setia kawan dan berpasukan, berupaya menghargai kelebihan dan kekurangan seseorang insan, menampilkan sifat-sifat bertanggungjawab dan kepimpinan,” – Tuanku Zara bertitah, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Kami setuju. Via Giphy

Tuanku Zara bertitah macam tu ketika merasmikan Pusat Akuatik Tuanku Zara di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Baginda menambah, sukan juga ada pelbagai peranan termasuk bentuk watak dan keperibadian insan, mendidik seseorang mempunyai kekuatan minda, kekuatan emosi dan fizikal selain menjadikan individu lebih fokus, mempunyai sasaran.

Selain daripada bina perpaduan, sebenarnya sukan baik untuk anak-anak korang…

Ramai ibu bapa yang pandang rendah dengan peranan sukan dalam permbinaan diri kanak-kanak, siap ada yang fikir sukan akan jejaskan prestasi akademik anak-anak diorang.

1. Baik untuk perkembangan motor halus dan kasar

Kemahiran motor halus ialah kebolehan kanak-kanak untuk gunakaan anggota badan dalam membuat gerakan. Pergerakan ni libatkan otot-otot kecil pada tangan, jari tangan, kaki, dan jari kaki. Kemahiran motor kasar pulak adalah kemahiran pergerakan yang membabitkan sendi-sendi besar iaitu sendi kat bahagian atas badan dan sendi kat bahagian bawah badan.

Kanak-kanak yang kurang menguasai kemahiran motor halus akan ketinggalan untuk kuasai kemahiran peringkat seterusnya seperti mengawal pensel – dia akan lambat belajar menulis. Sebab itulah korang kena beri galakkan untuk anak-anak korang bersukan.

2. Bukan semata-mata untuk kesihatan badan, benda ni penting untuk disiplin

Bersukan sememangnya melatih disiplin dalam diri setiap individu. Rutin latihan dan arahan jurulatih yang harus ditepati, mengajar kanak-kanak untuk lebih berdisiplin dan patuh. Kalau korang perasan, ketika bersukan anak-anak korang akan dapat bekerja dalam pasukan dan perlu mendengar arahan daripada jurulatih. Benda ni akan buatkan diorang lebih berdisiplin.

Via Giphy
3. Menambah keyakinan diri, dan membina peribadi…

Yakin diri adalah sifat yang susah nak diterapkan kepada kanak-kanak. Ramai yang rasakan diri diorang kurang berkebolehan, takut apabila di khalayak ramai dan cemas kalau diperhatikan oleh orang ramai. Apabila bersukan, perhatian kanak-kanak akan fokus kepada permainan yang tengah dipertandingkan.

Via Giphy

Diorang dah tak perasan sangat pun diorang tengah diuji dan ada berada di tengah orang ramai. Melalui sukan kita berpeluang untuk biasakan diorang dengan aktiviti seperti ini, seterusnya menambah keyakinan diri pada kanak-kanak.

Kita selalu dengar, badan cergas, otak pun jadi cerdas…

Badan cergas, otak cerdas ni kita dah dengar sejak berada kata meja dan bangku sekolah lagi. Walaupun benda ni bunyinya agak retorik, tapi benda tu betul. Kita boleh jadikan sukan untuk jadi alat perpaduan, dan bantu anak-anak kita membina karakter diorang. Lebih-lebih lagi dalam zaman yang semuanya terkait dengan teknologi, orang selalu bersukan dalam phone je…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print