Food Bank, bantuan makanan untuk kelompok rakyat yang memerlukan

Img 20181222 Wa0014

Pada kebiasaannya, apabila kita kekurangan duit pasti kita akan ke bank bukan? Tapi korang pernah tak dengar kalau kita lapar kita boleh cari food bank? Program food bank ni adalah merupakan inisiatif daripada pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat dan mengelakkan berlakunya pembaziran makanan yang berlebihan dalam masyarakat kita. Korang rasa program macam ni boleh beri manfaat tak kepada rakyat di negara kita? Biar kami ceritakan..

Food bank bantu golongan asnaf dan golongan berpendapatan rendah (B40)…

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh SWCorp, rakyat Malaysia menjana 15,000 tan sampah makanan setiap hari dan daripada jumlah itu, 3,000 tan masih boleh dimakan dan sekiranya ia diagihkan kepada pihak yang memerlukan, ianya boleh memberikan manfaat kepada hampir dua juta rakyat Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, konsep utama program ni adalah untuk menyelamatkan lebihan makanan (food surplus) yang terdapat di pasar raya, dapur-dapur hotel dan restoran yang masih selamat untuk dimakan dan diagihkan kepada golongan asnaf ataupun golongan B40. Antara lebihan makanan yang biasanya diagihkan ialah makanan seperti roti, kek, sayur-sayuran, dan buah-buahan.

Via FoodBank Malaysia

Menurut data kajian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, sebahagian besar perbelanjaan golongan B40 adalah lebih banyak tertumpu kepada makanan dan minuman (27 peratus). Secara tak langsung, melalui program ini kita dapat memberikan makanan yang lengkap beserta nutrien asas kepada golongan B40 dan dapat menjimatkan perbelanjaan makanan mereka dan mampu untuk menambah pendapatan boleh guna harian mereka untuk kegunaan lain.

Membuka peluang kerjasama antara kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) dengan pasar raya besar…

Secara umumnya kita semua memang sudah mengetahui bahawa tugas mengawal selia pasar raya di negara kita adalah dibawah bidang tugas KPDNHEP. Oleh itu, adalah sangat baik jika program ini menjalankan kolaborasi dan bekerjasama dengan pasar raya yang besar yang sedia ada dalam negara kita ini untuk menjadi penyumbang. Menurut Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan bahawa pihaknya kini sudah berbincang dengan beberapa kumpulan pasar raya besar di negara ini dan setakat ini ia menunjukkan perkembangan positif.

“kita akan laksanakan program seumpama ini (pengumpulan dan pengagihan makanan) di peringkat nasional dengan skala lebih besar pada kadar segera kerana ia ternyata memberi impak yang besar kepada masyarakat kurang berkemampuan dan golongan sasaran selain dapat mengurangkan kos sara hidup” – Saifuddin

Semenjak program ni dilancarkan di peringkat kebangsaan secara rasmi pada 22 Disember 2018, terdapat lebih kurang 430 cawangan pasar raya di seluruh negara telah bersetuju untuk memberikan sumbangan lebihan makanan kepada pihak KPDNHEP. Banyak tak? Antara pasar raya yang terlibat secara langsung dalam menjadi penyumbang kepada program ini ialah Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen dan Mutiara Foodbank.

Via: utusan.com.my

Food bank siswa juga diwujudkan bagi mengatasi masalah siswa ikat perut…

Secara umumnya kita semua mengetahui bahawa bukan semua orang yang dapat memasuki Universiti adalah datang daripada golongan yang senang dan berada. Baru-baru ini telah tular tentang sebilangan mahasiswa UM yang terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung kepada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan. Pendedahan berkenaan kemudiannya telah mendapat perhatian kabinet yang mahu bantuan segera dihulurkan kepada para mahasiswa yang memerlukan di semua UA.

Via: giphy

Susulan daripada itu, pihak kerajaan telah luluskan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada program Food Bank Malaysia untuk diperluaskan ke 20 Universiti Awam, manakala KPDNHEP pula bertanggungjawab dalam mengendalikan program mengedar bekalan makanan kepada golongan sasar.

Membazir adalah amalan syaitan…

Walaupun kita melihat pimpinan kerajaan baru kita pada hari ni masih tengah belajar, tapi inisiatif ni seharusnya diberikan pujian dan galakkan kerana mereka telah berjaya membantu untuk meringankan bebanan kos sara hidup yang tinggi yang ditanggung oleh rakyat. Lepasni, kalau korang ada lebihan makanan korang jangan lah buang. Kan membazir tu amalan syaitan, betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *