Demonstrasi anti Zakir Naik dan Jawi, ini sebab diorang setuju batalkan

20190823khat08 Seo
Demonstrasi anti Zakir Naik dan Jawi, ini sebab diorang setuju batalkan

Dengan suhu politik perkauman yang semakin meningkat selepas insiden yang membabitkan Dr Zakir Naik kat Kelantan, ada satu lagi himpunan yang kami lihat boleh cetuskan pergaduhan dah berlaku. Sifat ekstremis tak boleh berlaku kalau satu pihak je yang keluarkan reaksi melampau, ia perlu mendapat ‘sambutan’ daripada pihak yang satu lagi. Benda ni macam bercintalah, kalau bertepuk sebelah tangan, memang tak akan jadi. Sebaik sahaja kami dengar ada satu himpunan untuk tolak (baca: anti) Zakir Naik, kami risau gila.

Sebabnya Zakir Naik ni bukan orang biasa-biasa, dia mempunyai ramai pengikut, terutamanya di Malaysia. Bahkan, ada yang betul-betul memberi sanjungan kepada Zakir. Benda ni bahaya, kita takut penyokong fanatik Dr Zakir akan bertembung dengan kumpulan yang kami sebutkan tadi. Kalau diorang bertembung, kacau kita.

Perhimpunan tu takde permit, Anwar gesa supaya perhimpunan tu dibatalkan

Polis mengesahkan terima notis daripada penganjur himpunan ‘Say No to Zakir Naik, Equal Rights to Indians & Other Races’, tapi berkata notis tu tak lengkap dan tak penuhi keperluan undang-undang.

Via Sinar Harian

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyertai himpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara,” – Kata pemangku Ketua Polis Brickfields Arifai Tarawe, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Katanya, notis tu mengikut seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 tentang hasrat nak adakan himpunan di Little India, Brickfields pada pukul tujuh petang, 24 Ogos.

Via BH

Penganjur himpunan ‘Say No to Zakir Naik’ dan beberapa perhimpunan lain yang sedang dirancang digesa supaya hentikan rancangan diorang, memandangkan keadaan dah reda. Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kata; oleh kerana penceramah tu dah dilarang daripada berceramah kat seluruh negara, maka sebarang usaha teruskan perhimpunan hanya akan meningkat dan memanaskan suhu politik negara.

“Saya juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara,” – Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Demonstrasi tu dibatalkan selepas penganjur ditelefon Anwar, dia janji nak jumpa diorang

Kami rasa lega apabila penganjur bantahan berkaitan isu penceramah Dr Zakir Naik yang dijadual semalam dah batalkan rancangan diorang. Penganjur himpunan tu, Shankar Ganesh kata pembatalan himpunan aman esok berlaku selepas dapat panggilan telefon daripada Anwar Ibrahim.

Via Anwar Ibrahim

“Anwar Ibrahim telah menelefon saya dan meminta untuk membatalkan perhimpunan tersebut. Dia berjanji untuk membantu masyarakat India. Dia telah memberikan kami temu janji untuk bertemu dengannya pada minggu depan bagi membincangkan isu-isu ini. Saya telah bersetuju terhadap permintaan beliau dan saya mahu meletakkan keyakinan terhadap janji beliau,” – Shankar Ganesh, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Selain tu, kata Shankar himpunantu juga dibatalkan kerana kegagalan pihak penganjur mendapatkan permit polis. Katanya, tanpa permit, sdia tak mahu orang ramai terima kesan akibat sebarang isu. Dia memilih berhimpun dengan permit. Himpunan ‘Say No Zakir Naik, Equal Rights to Indians and Other Races’ itu yang dijadual berlangsung 2 petang semalam dan dapat maklum balas daripada ramai pihak yang menggesa supaya ia dihentikan.

Fuh…Nasib baik. Via Giphy

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim ada berikan amaran keras kepada orang ramai supaya tak menyertai dua perhimpunan yang dirancang tu. Sementara tu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dalam suatu kenyataannya  menggesa semua pihak supaya “tidak memainkan isu sensitif yang boleh memecahkan keamanan dan ketenteraman awam.

“Semua bentuk tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan termasuklah perhimpunan-perhimpunan aman yang dirancang hendaklah dihentikan serta-merta,” – Abdul Hamid Bador, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Mengenai perhimpunan yang berlangsung pada Jumaat, polis dah tangkap dua penganjur ketika bantahan berlangsung. Peguam Devaneson Ganesan beritahu Malaysiakini, polis sedang ambil keterangan dua individu daripada kumpulan pendidikan Cina dan Tamil itu kat Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Dalam keadaan suhu politik yang tengah panas, kita perlukan pendamai…

Dalam aspek ni kami nak puji keputusan Anwar Ibrahim untuk hubungi penganjur demonstrasi yang boleh jejaskan keharmonian negara kita ni. Bukan senang sebenarnya – ada ahli politik yang mampu ‘memujuk’ orang yang tengah marah untuk bertenang. Dia juga dah berjanji untuk bertemu dengan geng-geng ni, kami harap yang dia tunaikanlah apa yang dia kata tu. Kita perlukan lebih ramai ahli politik untuk ambik jalan macam dia, untuk mendamaikan orang yang tengah panas.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top