Protes pelajar berumur 15 tahun ni telah jadi fenomena di seluruh dunia. Ini kisahnya

Pada musim panas yang lepas, seorang budak perempuan berusia 15 tahun mengambil keputusan untuk ponteng sekolah, duduk di luar Parlimen Sweden – dan secara tiba-tiba mengasaskan satu gerakan yang meledak ke seluruh dunia.

Protes oleh Greta Thunberg berlarutan sehingga hari terakhir Forum Ekonomi Sedunia. Kempen yang bermula pada 20 Ogos 2018 ini asalnya tidak mendapat perhatian daripada sesiapa. Ibu bapa Greta cuba untuk memujuk beliau agar berhenti melakukan protes tatkala rakan sekelasnya tiada yang berminat untuk turut serta.

Imej remaja prempuan bertocang ni tersebar ke seluruh dunia

Orang yang lalu lalang, ada yang meluahkan rasa kasihan bila melihat seorang budak perempuan 15 tahun yang tidak dikenali, duduk di atas ‘cobblestones’ (batu buntar) dan memegang sepanduk yang ditulis dengan tangan. Tanpa mengenal erti putus asa, beliau tegar mempertahankan usahanya dan duduk di situ hampir setiap hari Jumaat meskipun dalam waktu hujan, panas mahupun musim salji.

Via Newyorker

8 bulan berlalu dengan pantas, imej remaja prempuan bertocang ni tersebar ke seluruh dunia sebagai contoh figura yang mempunyai kesungguhan, keinginan, inspirasi dan keberanian bertindak. Secara tiba-tiba, kempen yang asalnya tidak diambil endah ini menjadi perintis kepada kempen global, untuk menggesa para pemimpin politik mengambil serius terhadap masa depan anak-anak yang masih bersekolah, selain mengambil perhatian serius terhadap perubahan iklim sedunia sebagai satu krisis.

Sepanduk miliknya, “Skolstrejk för klimatet” (school strike for climate) yang asalnya hanya ditulis sendiri, kini telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa. Kini, Greta tidak lagi sunyi, dan kempennya bukan lagi digerakkan sendirian.

Kempen serta protes alam sekitar terbesar dalam sejarah dunia

Pada 15hb Mac ni, apabila Greta kembali semula ke kawasan batu buntar di mana beliau mula-mula merintis kempen globalnya dulu, beliau akan menjadi wajah utama kempen yang tersebar luas ke seluruh dunia itu. Demonstrasi seluruh dunia pada Jumaat ini digerakkan sebagai kempen serta protes alam sekitar terbesar dalam sejarah dunia. Dengan lebih 71 buah negara serta 700 tempat yang terlibat dan akan bertambah, pastinya, Greta sangat gembira dengan perkembangan ini. Beliau tidak sendiri lagi.

Via CDN

Hanya setahun yang lalu, Greta merupakan seorang remaja ‘intovert’ yang tidak dikenali ramai, bangun pada jam 6 pagi untuk bersiap ke sekolahnya dan pulang ke rumah pada jam 3 petang. Setahun yang lalu, beliau hanyalah seorang remaja pendiam yang duduk di belakang kelas, yang percaya bahawa beliau tidak mampu melakukan apa-apa perubahan kerana beliau hanyalah insan kecil.

Namun, latar belakangnya bukanlah biasa-biasa. Ibunya, Malena Ernman, adalah salah-seorang penyanyi opera paling popular di Sweden. Ayahnya, Svante Thunberg, merupakan seorang pelakon dan penulis (dinamakan sempena nama Svante Arrhenius, pemenang anugerah Nobel dalam bidang Sains, yang pada tahun 1896 membuat kajian  tentang bagaimana pelepasan gas karbon dioksida boleh memberi kesan kepada rumah hijau).

“Saya terlebih berfikir. Ada sesetengah orang yang boleh melupakan sesuatu perkara, tapi bukan saya, terutamanya bila ada sesuatu perkara yang membuatkan saya risau atau sedih. Saya masih ingat ketika saya masih kecil, dan di sekolah, guru kami menayangkan filem-filem tentang plastik di dalam laut, beruang kutub yang kebuluran dan macam-macam lagi. Saya menangis sepanjang tayangan filem tersebut.

Rakan-rakan sekelas saya sangat bimbang apabila menonton filem itu, tetapi apabila tamat sahaja, mereka mula memikirkan tentang perkara lain. Saya tidak boleh menjadi seperti itu. Gambaran itu kekal di dalam pemikiran saya.”

 

Pada umur 8 tahun, beliau mula belajar tentang perubahan iklim

Pada umur 8 tahun, apabila beliau mula belajar tentang perubahan iklim, beliau merasa terkejut bila mengetahui bahawa kebanyakan orang dewasa tidak mengambil serius isu perubahan iklim. Ini adalah salah-satu faktor signifikan yang menyebabkan beliau mengalami kemurungan selama bertahun-tahun lamanya.

Via ES

“Saya kerap memikirkan tentang perkara itu dan mula memikirkan sama ada saya akan mempunyai masa depan. Dan saya memendam perkara itu kerana saya adalah seorang pendiam, dan tidak berapa sihat. Saya menjadi murung dan mula berhenti daripada pergi ke sekolah.

Dan bagaimana saya dapat keluar daripada kemurungan tersebut adalah kerana saya berfikir bahawa: ianya adalah sesuatu yang merugikan untuk terus merasa seperti itu kerana saya boleh melakukan pelbagai perkara yang baik dengan hidup saya. Dan saya masih melakukannya sehingga sekarang.”

Pernah menjadikan ibu dan bapanya sebagai bahan eksperimen

Beliau mendapati bahawa beliau mempunyai kemampuan untuk meyakinkan orang lain, dan ibunya tidak lagi menaiki kapal terbang, sehingga memberikan impak yang besar kepada kerjayanya. Bapanya kemudian menjadi seorang vegetarian. Selain merasa lega terhadap perubahan yang baik terhadap Greta yang asalnya pendiam dan murung, ibu bapanya memberitahu bahawa mereka sangat terpengaruh dan percaya kepada hujah Greta.

“Setelah bertahun lamanya, saya kini sudah kehabisan hujah, beliau terus-menerus menunjukkan kepada kami dokumentari berkaitan, dan kami turut membaca buku bersama. Sebelum itu, saya tidak tahu langsung. Saya ingatkan kita telah berjaya menyelesaikan isu iklim ini,” kata ayahnya.

Kempen tentang perubahan iklim ini juga dikatakan mendapat inspirasi daripada kumpulan pelajar dari sekolah Parkland di Florida, yang keluar dari kelas mereka sebagai tanda protes terhadap undang-undang senjata Amerika Syarikat yang menyebabkan berlakunya pembunuhan beramai-ramai di kampus mereka.

Greta merupakan sebahagian daripada kumpulan pelajar yang mahu melakukan perkara yang sama (protes) untuk memberikan kesedaran tentang isu alam sekitar, namun kempen ini tidak mendapat sambutan. Musim panas lalu, selepas suhu panas melampau dicatatkan di kawasan utara Eropah dan kebakaran hutan yang merebak dari Sweden hingga ke Artik, Greta memutuskan untuk menjalankan protes secara solo, pada 20 Ogos 2018.

Greta merupakan seorang pendiam, dan pernah didiagnos oleh doktor mengalami ‘selective mutism’

Greta menunaikan janjinya untuk terus melakukan protes setiap jari sehingga pilihan raya umum Sweden. Selepas itu, beliau bersetuju untuk berucap di hadapan ribuan orang ketika perarakan tentang iklim dibuat. Ibu bapanya agak keberatan, kerana mengetahui Greta merupakan seorang pendiam, dan pernah didiagnos oleh doktor mengalami ‘selective mutism’.

Namun, Greta tetap meneguhkan keyakinannya. Meskipun diselubungi dengan kebimbangan ibu bapanya, Greta berjaya menyampaikan ucapan dengan bahasa Inggeris yang fasih, dan mempelawa para hadirin untuk merakam videonya dengan telefon bimbit mereka dan menyebarkan mesej yang disampaikannya melalui media sosial. Bapanya menangis kerana terharu, kegembiraan.

Via Giphy

Mereka yang mengalami ‘selective mutism’ mempunyai kecenderungan untuk menjadi lebih bimbang berbanding orang lain. Greta kemudiannya menjadikan ia sebagai satu senjata ketika membuat pertemuan dengan pemimpin politik, dan para usahawan billionaire di Davos. “Saya tidak mahu kalian menjadi terlalu mengharap. Saya mahu kalian menjadi panik. Saya mahu kalian merasakan ketakukan yang saya rasakan pada setiap hari. Dan saya mahu kalian bertindak,” beliau memberitahu mereka.

Ramai pemimpin politik memuji ketegasan Greta, tatkala Greta cuba memahami hujah mereka yang menyatakan bahawa penguatkuasaan atau dasar berkaitan iklim yang lebih tegas tidak akan memberi hasil yang banyak jika masyarakat awam tidak menjadikan perkara ini sebagai keutamaan.

Via Stickman

“Mereka masih tidak melakukan apa-apa. Jadi saya tidak tahu sebenarnya kenapa mereka menyokong kami, kerana kami mengkritik mereka. Agak pelik di situ,” katanya. Beliau juga membidas pemimpin di Amerika, United Kingdom dan Australia yang tidak mengendahkan para pelajar yang melakukan protes, malah memberi amaran kepada yang ponteng kelas.

Kata-kata pedas seperti ini telah mendapat perhatian banyak pihak yang kecewa dengan janji kosong dan tercari-cari pemimpin yang boleh mengangkat isu ini. Dan kemunculan fenomena Greta telah mengisi kekecewaan dan harapan ini. Panel Antara Kerajaan PBB berkenaan Perubahan Iklim telah mendedahkan tentang bahaya jika melepasi pemanasan global sebanyak 1.5C of global warming. Justeru, pelepasan gas karbon mesti dikurangkan sebanyak mungkin menjelang 2030. Dan tekanan terhadap pemimpin politik ini nampaknya telah berjaya dilakukan oleh Greta.

Remaja perempuan yang dahulunya diperlekeh, kini menjadi harapan ramai

Para aktivis alam sekitar yang telah sekian lama berjuang juga mengakui akan fenomena yang dicetuskan oleh Greta. Bukan sahaja namanya mengharum di dalam PBB, bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkongsi pentas dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker dan diberikan pujian oleh canselor Jerman, Angela Merkel.

Anda mahu melakukan perubahan? Buat sekarang, kerana hanya yang punya keberanian bertindak akan menghasilkan impak tersendiri. Greta, remaja Sweden yang pendiam, telah membuktikannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *