Beli insurans cuma beri keuntungan kepada ejen? Ini LIMA mitos industri insurans

F1

Apabila kita bercakap tentang insurans, sudah tentu ada beberapa mitos yang sering bermain di fikiran. Seperti artikel yang kami pernah sebutkan sebelum ini, kadar pemilikan insurans di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang rendah. Salah satu punca berlakunya masalah ini adalah keadaan rakyat yang masih kurang percaya dengan sistem insurans.

Melalui artikel kali ni, kami cuba nak bawakan naratif yang berbeza dengan mitos-mitos insurans yang sebenarnya tak betul. Mitos, atau maklumat yang kurang tepat selalunya akan menyebabkan ramai orang membuat keputusan yang salah. Oleh sebab itu, kebenaran perlu diberikan kepada korang, dan lepas itu terpulanglah dari korang nak ambil insurans atau tak.

Kita mulakan artikel kali ini dengan mitos yang paling popular…

1. Ejen insurans yang ada di luar sana hanya fokus untuk mengambil wang dari pelanggan

Disebabkan mitos berkenaan minat ejen hanya untuk mendapatkan keuntungan dari anda, sudah tentu ramai cuba mencari pelbagai alasan jika dihubungi oleh seseorang yang berpotensi untuk menawarkan insurans. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh adanya ejen yang tidak terlatih, dan selalu dilihat dengan mempromosikan “kekayaan/kemewahan” sekiranya menjadi ejen insurans.

Keadaan seseorang yang percaya pada mitos palsu apabila dihubungi ejen insurans. Via Giphy

Kita perlu kembali kepada konsep insurans – iaitu untuk melindungi kita pada hari-hari kecemasan (insurans am), dan untuk melindungi orang yang tersayang selepas ketiadaan kita (bagi insurans hayat). Kalau kita lihat dari segi konsep ni, keuntungan utama bukanlah terletak pada ejen insurans tu semata-mata, tapi untuk kita; supaya ia boleh melindungi diri. Kami tak nafikan, ejen insurans akan dapat jugak elaun dari pembelian kita, macam jurujual (sales promoter) lah, tapi manfaat terbesar – kita yang akan terima, apabila terjadi peristiwa sebegini.

2. Hanya orang kaya yang perlu mendapatkan insurans, sebab diorang je yang ada duit lebih

Selain daripada mitos industri insurans hanya akan memberi kekayaan kepada ejen insurans, mitos tentang insurans hanya patut dimiliki oleh orang kaya je, merupakan salah satu mitos yang popular jugak. Sebabnya mudah, ramai yang percaya insurans ni terlalu mahal, dan diorang takde duit setiap bulan untuk bayar insurans.

Via Giphy

Untuk pengetahuan korang, bukan semua insurans terlalu mahal untuk dimiliki. Ada insurans boleh dibeli dengan harga yang murah, contohnya Allianz Motorcycle Plus yang khusus untuk penunggang motor kapcai atau Allianz Kampungku iaitu perlindungan ke atas bangunan atau kandungan isi rumah. Satu lagi, kelompok yang kurang berkemampuan adalah kelompok yang paling berisiko untuk terdedah dengan risiko kewangan. Contohnya, kalau seseorang tu tiba-tiba hilang upaya kekal, dan tak mampu untuk bekerja lagi, dengan adanya insurans; sekurang-kurangnya dia tak perlu risau dengan pendapatan bulanan.

Untuk insurans hayat misalnya, kalau seseorang yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan meninggal dunia dan meninggalkan banyak tanggungan atau hutang, sudah tentu ia akan membebankan keluarga yang ditinggalkan. Dengan adanya perlindungan insurans, dah tentu bebanan keluarga yang ditinggalkan akan berkurangan.

3. Daripada beli insurans yang kena dibayar setiap bulan, lebih baik simpan duit tu kat dalam bank

Mitos simpan duit dekat bank ni pun tak kurang popularnya. Kita kena faham, menyimpan wang di bank dan membeli insurans mempunyai dua tujuan yang berbeza. Menyimpan duit di bank bertujuan untuk menyimpan, dan insurans pulak, macam yang kami kata tadi; ia bertujuan membantu kita pada waktu-waktu yang memerlukan.

1
Sediakan payung sebelum hujan. Via ExpatGo

Kalau difikirkan secara kritikal, andai berlakunya apa-apa kemalangan atau musibah, wang simpanan dari bank akan dikeluarkan. Jika musibah tu berlaku dalam masa yang panjang, kemungkinan besar wang yang disimpan dalam bank akan habis. Sebab itu insurans ni macam menyimpan jugak, kita “menyimpan” jumlah kecil setiap bulan untuk pengeluaran ketika waktu kecemasan nanti.

Mitos ni selalu berlaku kalau ada orang berfikir terlalu mudah, dan tak berfikiran panjang. Paling selamat adalah mempunyai kedua-dua jenis simpanan – iaitu simpanan di bank sebagai tabungan dan perlindungan insurans untuk waktu-waktu getir. Apa-apa pun, macam yang kami kata awal-awal tadi; kedua-duanya memiliki fungsi yang berbeza, dan kedua-duanya ada kepentingan tersendiri.

4. Walaupun sukar untuk dipercaya, ada mitos yang mengatakan membeli insurans umpama mengundang bala

Salah satu mitos yang paling sukar nak dipercaya adalah – ada orang beranggapan membeli insurans adalah umpama mengundang bala. Konsep mitos ni umpama membeli payung boleh mengundang hujan, lebih kurang macam itu lah. Mitos ini selalunya dipercayai oleh masyarakat yang lebih berumur, kerana masih ada di antara mereka masih percaya dengan hal-hal mistik seperti ini.

Reaksi kami apabila dapat tahu mitos seperti ni pun masih wujud lagi. Via Giphy

Selain daripada mitos ni, ada mitos dalam kalangan orang muda yang diorang ni susah nak sakit, atau perkhidmatan hospital awam sudah cukup murah. Benda ni pun sebenarnya salah, sebabnya; siapa je yang tak sakit kan? Bak kata masyarakat kita; sedangkan nabi pun sakit, ini kan pula orang biasa. Walaupun kita ada hospital awam dengan kadar bayaran yang rendah, untuk rawatan pakar, anda mungkin harus menunggu berbulan-bulan lamanya.

Hal ini disebabkan terlalu ramai orang yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Kena ingat, apabila anda sakit, maka waktu-waktu “menunggu” adalah masa yang kritikal untuk proses kesembuhan. Hal ini disedari oleh ramai orang, sebab itu permintaan ke hospital dan klinik swasta semakin meningkat.

5. Kesukaran untuk dapat faedah atau pampasan sekiranya berlaku musibah

Kami sengaja letak mitos ni kat bawah sekali, sebab ia merupakan di antara mitos yang paling popular. Salah satu bahagian daripada mitos ini adalah kesukaran menuntut faedah setelah berlakunya kematian. Korang kena tahu, pampasan kematian memang memerlukan bukti fizikal dan dokumen seperti permit mengubur atau sijil kematian. Post-mortem pula hanya akan dilakukan oleh pihak polis, kalau kes tu berkaitan dengan tugasan polis (ada unsur jenayah atau kematian mengejut).

Selain tu, dengan dunia digital yang semakin berkembang, kebanyakan proses tuntutan pada hari ni dah dilakukan secara online. Maksudnya, bukan macam dulu lagi, nak isi macam-macam borang untuk buat tuntutan. Proses ni sedikit sebanyak membantu untuk mempercepatkan proses menuntut pampasan.

Lagipun prosedur yang wujud dalam proses tuntutan bertujuan untuk mengelakkan sebarang penipuan berlaku. Kami rasa ia adalah benda yang biasa dalam kebanyakan syarikat. Contohnya kalau korang beli barang dengan mana-mana individu secara online, mesti korang akan bagi bukti pembayaran kan? Hahh…lebih kurang macam itulah. Kalau tuntutan korang tu betul, tak perlu takut dengan proses menuntut.

Masih ada banyak lagi mitos yang ada di luar sana, cuba korang beritahu kami

Industri insurans dikaitkan dengan pelbagai mitos yang boleh menyebabkan orang ramai berasa takut nak beli insurans. Cuma, dah namanya “mitos”. Kebanyakan mitos yang berlegar dalam masyarakat kita sebenarnya tak betul. Macam lima mitos yang kami berikan ni, semuanya boleh dijawab dengan tuntas dan logik. Kalau korang ada mitos tentang insurans ni, jangan lupa beritahu kami, nanti kami akan jawab semuanya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *