Pengarah filem MOTIF menang anugerah di Perancis, kami borak tentang filemnya

Z3
Pengarah filem MOTIF menang anugerah di Perancis, kami borak tentang filemnya

Pada bulan lepas seorang anak Malaysia bernama Nadiah Hamzah berjaya bawa pulang bronze medal di Cannes Gold Lion 2019 Award. Ia adalah sebuah majlis anugerah berprestij yang diadakan Cannes, Perancis sebagai memberi pengiktirafan kepada mereka yang terlibat dalam industri pengiklanan dan komunikasi kreatif.

Z5
Sebelah kiri tu scene dari video buli, sebelah kanan tu Nadiah. Via Mashable SEA

Diorang menang dengan video berdurasi 2 minit 47 saat yang bawa mesej tentang buli. Menariknya, Nadiah Hamzah ni bukan setakat menang anugerah ni je, dia jugak jadi pengarah filem MOTIF yang tengah ditayangkan kat pawagam. Kami bertuah sebab dapat borak dengan Nadiah minggu lepas tentang filem MOTIF ni, so meh ikuti perbincangan kami…

Kalau Nadiah diberi 100 juta, dia nak bagi peluang untuk pengarah muda buat filem…

Memandangkan kami ni bukan orang filem, kami tanyalah Nadiah Hamzah ni beberapa soalan simple. Sambil Nadiah Hamzah ni belanja kami kopi, kami lempar soalan pertama tentang apa cabaran utama diorang untuk realisasikan idea ke filem. Dalam filem ni; Nadiah kata – cabaran utama diorang adalah perihal logistik sebab diorang kena pergi shooting ke satu tempat yang agak jauh.

Satu lagi benda yang kami yakin korang dah perasan – sekarang ni kebanyakan penggemar filem dah beralih ke platform yang ada kat Internet. Netflix, Iflix, contohnya. Kami tanya adakah penggiat filem ni terkesan dengan platform macam ni. Nadiah kata – penggiat filem sedikit sebanyak terkesan dengan kewujudan platform macam ni.

Tapi diorang ada cadangan baik tentang platform macam ni; contohnya Kerajaan Malaysia patut tetapkan ‘kuota’ untuk produksi tempatan. Contohnya; dalam Netflix kena ada 15% hasil produk Malaysia. Benda ni menarik sebab ia bukan setakat dapat bantu penggiat seni Malaysia, ia jugak akan perkenalkan produk Malaysia ke peringkat global.

Z1
Korang dah tengok belum? Via Wayangworks

Sembang punya sembang; kami tanya sekali apa pandangan Nadiah tentang kualiti filem kita yang pecah panggung. Tanpa menafikan kualiti filem yang pecah panggung ni, Nadiah tekankan kebanyakan filem pecah panggung ni ada bajet marketing yang tinggi. Sebab kalau korang tengok – kebanyakan filem yang pecah panggung diterbitkan oleh syarikat gergasi yang ada bajet yang besar untuk marketing.

Baca banyak, tapi takde bajet pun mencabar jugak. Via Giphy

Kami saja je bagi soalan nakal; kalau Nadiah diberi RM100 juta, apa yang dia akan buat? Nadiah awalnya gelak-gelak je, sambil kata nak beli pulau. Lepas tu, dia beritahulah yang dia gurau. Katanya dia akan beri kepada duit tu kepada beberapa produksi kecil yang ada idea yang bernas untuk hasilkan filem. Baguslah Nadiah ni, dia nak bantu orang lain.

Kalau kami dapat 100 juta, kami santai dah, tak yah kerja. Via Giphy

Last sekali; Nadiah beri pesanan kepada orang-orang yang baru nak hasilkan filem supaya teruskan berusaha dan hasilkan je filem. Sebab sekarang ni tak perlu pun gadjet yang banyak untuk hasilkan filem. Guna phone pun boleh. Lepas tu kita ada banyak platform digital yang korang boleh kongsikan karya-karya menarik korang.

Pada akhir cerita, pengarah dedahkan ‘motif’, tanpa mendedahkan secara langsung…

Kami sempat menonton filem MOTIF ni. Secara umumnya kami nampak ia adalah sebuah filem yang baik dan cuba membawa gaya penceritaan yang berbeza dari filem-filem yang ada kat Malaysia. Ia bermula dengan perlahan, dan semakin kita menghampiri perkembangan cerita; beberapa persoalan mula timbul. Penonton mula cuba meneka-neka MOTIF.

Lz2
Via Femagonline

Satu persoalan yang jelas dalam filem adalah tentang; keluarga dan perhubungan. Ia adalah hal yang sering dilihat mudah untuk mereka yang belum pernah mencubanya, namun bagi mereka yang sudah berlayar dalam lautan kehidupan – mereka pasti akan sedar – sesekali mereka akan lemas kerana isu kekeluargaan dan perhubungan. Kami percaya persoalan inilah yang cuba ditonjolkan oleh Nadiah.

Via Giphy

Pemilihan Sharifah Amani dan Rosyam Nor turut bertepatan dengan watak yang diketengahkan, kedua-dua pelakon ini cukup berpengalaman; dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika mereka berjaya menjiwai peranan masing-masing dengan baik. Pengarah filem ni tunjukkan kit MOTIF tanpa menunjukkan secara terus; bagi kami ia adalah sesuatu yang kreatif. Sebab tak susah pun nak kesan ‘motif’ pada akhir cerita.

Jom pergi tengok filem ni, jangan lupa ajak keluarga dan member sekali…

Kami rasa ia adalah filem yang baik, korang patut pergi tengok. Setelah menonton nanti, korang boleh habiskan masa untuk berbincang dengan kawan-kawan tentang apa yang terjadi kat dalam filem tu. Kita harus berani untuk terima gaya penceritaan filem yang sedikit berbeza, supaya industri filem kita akan lebih berkembang. Satu lagi, kami percaya yang filem ni sedap untuk dibincangkan dengan kawan-kawan lepas menonton…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top