Kisah kejayaan perniagaan Restoran Secret Recipe, bermula dengan edar flyers

Loloa

Sebagai rakyat Malaysia, macam mustahil untuk seseorang itu takde sifat “hantu makanan”. Betul tak? Tapi, korang tahu tak terdapat beberapa jenama makanan yang mungkin menjadi kegemaran korang sebenarnya adalah jenama Malaysia tapi ramai fikir jenama tu dari luar negara. Maksud jenama Malaysia yang kami nak bagitahu dekat korang ni adalah termasuk jenama yang mungkin telah diasaskan oleh bangsa luar namun permulaan dan perkembangan jenama tersebut bermula di Malaysia.

1. Big Apple, syarikat makanan terpantas berkembang…

Korang mesti pernah makan donut daripada Big Apple kan? Mana tidaknya, donut yang dihasilkan daripada Big Apple ni sangat lembut dan sedap. Tapi, mesti ramai antara korang yang tak tahu kan bahawa Big Apple ni sebenarnya adalah produk Malaysia?

Untuk pengetahuan korang, Big Apple Donuts & Coffee ni sebenarnya telah diasakan oleh Mike Chan bersama dengan rakan-rakannya pada 2 May 2007 yang bertempat di Selangor yang mana syarikat Big Apple ini telah memulakan perniagaan mereka di outlet pertama mereka yang terletak di The Curve, Damansara.

Akibat daripada kelembutan dan kesedapan yang ada pada donut daripada Big Apple, dalam sekelip mata sahaja donut daripada Big Apple telah menjadi kegilaan ramai masyarakat Malaysia sehinggakan ada yang sampai sanggup untuk berbaris panjang demi untuk mendapatkannya.

Setelah setahun lebih beroperasi, syarikat Big Apple telah diiktiraf sebagai salah satu syarikat makanan yang paling pantas berkembang dalam negara Malaysia iaitu dengan memilik 23 outlet pada tahun 2008 dan kini syarikat Big Apple telah pun berkembang hampir ke seluruh dunia.

2. Secret Recipe, mengedarkan flyers hanya dengan berjalan kaki…

Secret Recipe telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Datuk Steven Sim yang merupakan seorang anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan. Kalau korang nak tahu, outlet pertama Secret Recipe ni terletak di SS2, Petaling Jaya. Datuk Steven Sim telah memulakan perniagaan ini bersama dengan tiga orang anak saudaranya yang mempunyai kemahiran terlatih dalam bidang ini.

Hanya dengan bermodalkan RM150 ribu, dia sangat yakin bahawa konsep perniagaannya ini mempunyai keistimewaan yang sendiri dan lain daripada yang lain sehingga dia terus bersemangat meneruskan hasratnya walaupun pada ketika itu sedang berlaku krisis ekonomi yang teruk dekat negara kita.

Bijak! Via Giphy

Semasa di awal pembukaan, Secret Recipe kurang mendapat sambutan. Oleh sebab tu, Datuk Steven Sim telah mengambil inisiatif dengan mengedarkan flyers yang tertera “free coffee” kepada masyarakat Malaysia hanya dengan berjalan kaki. Datuk Steven Sim mendapat inisiatif tersebut kerana dia sudah sedia maklum bahawa mana-mana masyarakat sekalipun pasti sangat suka akan benda yang percuma termasuklah masyarakat di negara kita Malaysia.

Z11
Laparlah pulak! Via Sungai Weng

Hasil daripada inisiatif tersebut, ramai pelanggan yang telah datang berkunjung ke Secret Recipe untuk mencuba pelbagai jenis kek yang ada. Datuk Steven Sim telah mengambil peluang tu untuk dapatkan maklum balas kepuasan pelanggan dan daripada komen-komen yang diberi untuk dia ubah kek-kek tersebut mengikut selera dan citarasa masyarakat Malaysia.

Setelah lebih 20 tahun beroperasi, Secret Recipe kini telah mempunyai lebih 440 buah kafe di beberapa buah negara termasuklah negara Thailand, Singapura, Indonesia dan banyak lagi.

3. Marrybrown, makanan segera berasaskan cita rasa rakyat Malaysia…

Bagi korang yang meminati makanan segera korang mesti kenal dengan nama Marrybrown ni kan? Untuk pengetahuan korang, Marrybrown ni menyediakan hidangan ala-ala KFC dan McDonald’s tapi dia bukanlah daripada luar negara tau, ianya adalah merupakan produk tempatan walaupun nama Marrybrown tu tidaklah kedengaran seperti nama produk tempatan.

Z14
Nampak sedap! Via KLOOK

Asal usul nama Marrybrown telah bermula di sebuah shoplot yang terletak di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru pada tahun 1981 oleh sepasang suami isteri iaitu Lawrence dan Nancy Liew yang mana pada masa itu rangkaian makanan segera daripada Amerika Syarikat sedang mendominasi pasaran di Malaysia dengan kehadiran mereka 10 tahun lebih awal.

Lawrence dan Nancy melihat terdapat peluang yang sama, pasangan ini telah mendapat idea untuk membuka sebuah rangkaian makanan segera mereka sendiri yang berasaskan cita rasa rakyat Malaysia.

Via Giphy

Pasangan ini merasakan bahawa kebanyakan masyarakat Islam di negara Malaysia sangat menginginkan makanan segera yang halal kerana pada ketika itu masyarakat Islam Malaysia masih berasa ragu-ragu dengan rangkaian makanan segera daripada negara luar. Kini, Marrybrown telah mempunyai lebih 130 outlet restoran di seluruh Malaysia dan turut beroperasi di 20 buah negara yang kebanyakannya adalah negara Asia.

4. Sushi King, eh tapi ni kan makanan hidangan Jepun…

Mesti ramai antara korang yang tak tahu Shusi King ni adalah jenama Malaysia kan? Shusi King memang diasaskan di Malaysia namun pengasasnya sebenarnya iaitu Tan Sri Dato’ Seri Dr Fumihiko Konishi berasal dari Jepun dan kini dia menetap di Malaysia. Untuk pengetahuan korang, outlet Shusi King yang pertama telah mula beroperasi sejak daripada tahun 1995 lagi.

Selain tu, Sushi King adalah merupakan peneraju terawal di Malaysia yang telah membawa era baru hidangan Jepun melalui konsep dan keunikan “Kaiten Sushi” atau “Revolving Sushi” dengan membawa konsep restoran servis segera. Selain daripada sushi, mereka turut menawarkan hidangan makanan Jepun yang lainnya.

Bermula hanya dengan sebuah outlet sahaja di Kuala Lumpur, kini Sushi King telah berkembang maju dan mempunyai lebih daripada 100 outlet di seluruh negara.

5. Roti Gardenia, roti yang menjadi kegilaan ramai…

Kalau korang perasan, baru-baru ni telah tular dekat media sosial tentang akaun twitter seseorang yang memerli rakyat Sabah dan Sarawak akan pergi berulang alik menyalam pengantin kerana goodies yang diberikan adalah roti Gardenia. Takkanlah orang Sabah dan Sarawak kemaruk roti Gardenia sampai ke tahap macam tu sekali kan?

Z12
Via SabahPost

Tapi, untuk pengetahuan korang sebenarnya sejarah roti Gardenia ni telah bermula pada tahun 1969 yang mana pada ketika itu sebuah syarikat koperasi Amerika Syarikat iaitu International Executive Service Corporation telah menghantar seorang wakilnya bagi membuka sebuah perniagaan bakeri di Malaysia Timur iaitu di Sabah dan Sarawak.

Wakil yang kami katakan tu adalah Horatio Sye Slocumn yang mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam perniagaan bakeri di beberapa buah kedai roti semasa dia berada di Amerika Syarikat.

https://www.youtube.com/watch?v=gemFTj3YfX0

Seterusnya, Gardenia Bakeries(KL) Sdn. Bhd. telah membuat pengadunan roti buat pertama kalinya pada tahun 1986 dan hanya dalam masa 4 tahun sahaja Gardenia telah berjaya menakluki pasaran roti di negara kita Malaysia. Sehingga kini, roti Gardenia telah berjaya menghasilkan dan mempelbagaikan lagi jenis produk bakeri mereka yang sangat berkualiti tinggi sehingga menjadi kegilaan seluruh rakyat Malaysia.

Setiap usaha keras dan kegigihan mereka harus kita contohi…

Mesti korang terkejut kan selepas membaca artikel kat atas? Kami pun sebenarnya terkejut juga. Namun, usaha keras dan kegigihan mereka dalam dunia perniagaan daripada tak ada seorang pun yang pandang sehinggalah berjaya seperti hari ini harus kita contohi dan berikan pujian sebab bukan senang tau kalau seseorang tu nak berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *