70 biji peluru dalam badan gajah, ganjaran RM30K kepada pemberi maklumat

Z13
70 biji peluru dalam badan gajah, ganjaran RM30K kepada pemberi maklumat

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita sekumpulan pemancing yang menjumpai bangkai gajah pygmy kat Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, Tawau. Gajah tu dipercayai dah mati di antara tiga hingga empat hari.

Gajah betina tu ditemui dalam keadaan terduduk berhampiran tebing sungai dan pemeriksaan awal pasukan Jabatan Hidupan Liar mengesan luka di bahagian pipi, kepala, badan dan punggung gajah berkenaan, akibat tembakan senjata api.

Gajah ni dibunuh kejam, dengan 40 kesan tembakan dan ada 70 butir peluru pada badan haiwan tu…

Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pasukan veterina dan Jabatan hidupan Liar Sabah ke atas seekor gajah jantan dewasa jenis Pygmy Borneo di Hulu Sungai Udin, Dumpas, Tawau menemui kira-kira 40 kesan tembakan dan lebih 70 butir peluru pada badan haiwan tu.

Kalau ikut laporan The Star Online, pemeriksaan dijalankan dapati gading gajah tu dah dicabut dan berdasarkan maklumat daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah sekurang-kurangnya empat atau lima pemburu terlibat.

Gajah tu dijumpai terikat kat tebing sungai dengan separuh badan berada di dalam air. berdasarkan luka dan peluru pada badan bangkai gajah itu, pemburu dipercayai menggunakan senajata api separuh automatik dengan tembakan jarak dekat.

Z13
Via Berita Harian

“Tidak dapat dipastikan sama ada gajah itu menderita sebelum mati tetapi ada satu kesan tembakan di bahagian sebelah kiri dan menembusi tengkorak lalu menghancurkan otak. Ini memberi makna gajah itu mati serta merta selepas ditembak,” – Jabatan Hidupan Liar Sabah, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga ketika dihubungi media mengesahkan tentang bedah siasat itu dan menyifatkan ia sebagai suatu tindakan kejam. Sementara tu, Dr Sen Nathan yang merupakan sebahagian daripada pasukan itu mengucapkan terima kasih kepada Sabah Softwood Bhd atas bantuan diorang.

Softwood Sabah menyediakan jentera berat yang diperlukan untuk bawa bangkai dari dalam sungai ke daratan dan menyediakan bot pada peringkat awal pencarian bangkai gajah itu.

Reaksi kami bila baca cerita ni. Via Giphy

Gajah pygmy dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dan mana-mana pihak didapati bersalah membunuh mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun serta didenda sehingga RM250,000.

Ada ganjaran sebanyak RM30K untuk mereka yang beri maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah ni…

Nampaknya kita dah ada ganjaran yang lumayan untuk mereka yang sanggup bagi maklumat sehingga tertangkapnya orang yang tak bertanggungjawab ni. Apa tidaknya, benda ni dah viral kot. Ganjaran RM30,000 menanti pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh gajah yang kami cerita tadi.

Z65
Via Borneo Today

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga kata, ganjaran itu masing-masing RM10,000 daripada JHL, Orangutan Appeal United Kingdom dan sebuah pertubuhan sukarela.

“Banyak kesan tembakan di badan tetapi itu mungkin hanya menyebabkan kesakitan tetapi salah satu peluru itu menembusi tengkorak gajah berkenaan dan gadingnya telah dipotong serta diambil pemburu,” – Augustine Tuuga, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Sementara tu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas kata; gajah itu ditembak menggunakan shot gun dan pembunuhnya boleh didakwa di bawah Akta Senjata Api 1960 serta mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar di bawah JHL.

Z99
Via Awani

Suspek tu kini dalam radar pemburuan polis dan JHL menerusi Operasi Khazanah yang turut disertai Jabatan Perhutanan Sabah.

“Jadi kita lancarkan Ops Khazanah Bersepadu, menggembleng semua tenaga penguatkuasa kita yang ada dan kita bersetuju tentang kaedah yang akan digunakan dalam masa terdekat ini setelah kita kenal pasti sasaran,” – Peter Umbuas, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Via Gifbin

Dia kata, polis dah tahu motif dan mengesyaki suspek merupakan pemburu gading gajah berdasarkan gading pada gajah yang dibunuh itu, hilang. Dari siasatan dan taklimat bersama JHL memang gajah ini dibunuh, sengaja dibunuh, dan untuk tujuan mengambil gading.

Kalau korang ada maklumat, cepat-cepat salurkan pada pihak berkuasa

Manusia ni bila dia dah tamak, dia bukan fikir apa-apa pun, dia main bedal je. Apabila kami tengok gambar-gambar gajah yang dibunuh kejam ni – kami rasa macam nak nangis pun ada. Kami harap cepat-cepatlah mangkuk yang buat benda ni ditahan oleh pihak berkuasa. Korang pulak kalau ada maklumat yang boleh membantu siasatan, cepat-cepat beritahu pihak berkuasa. Kalau rezeki, boleh dapat RM30k weh.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top