Isu kadar dividen LTAT yang rendah, 4 ahli politik saling berbalas pantun

Hishammuddin Hussein / Ulangtahun Umno Ke 70

Baru-baru ini Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) umumkan dividen dua peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018, dengan jumlah agihan RM161.2 juta. Pengerusi LTAT, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin kata pendapatan bersih (belum diaudit) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 bagi LTAT adalah RM221 juta.

L1
Via Berita Harian

Katanya, ia adalah penurunan ketara sebanyak 51.9 peratus berbanding pendapatan bersih yang dinyatakan semula sebanyak RM459.5 bagi tahun kewangan 2017. Dia menambah; penurunan ketara pendapatan LTAT bagi tahun kewangan 2018 disebabkan pelbagai faktor sejak dua tahun kewangan lalu.

Najib kata kerajaan Pakatan Harapan (PH) “malu” untuk menyatakan sebab utama…

Apabila pengumuman dividen LTAT ni keluar, antara ahli politik pertama yang beri komentar adalah  Najib Razak yang nafikan dividen dua peratus Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi 2018 berpunca daripada masalah yang berlaku ketika pentadbirannya.

L2
Najib Razak. Via Sentinel

Sebaliknya dia kata kerajaan Pakatan Harapan (PH) “malu” untuk menyatakan sebab utama di sebalik kemerosotan pendapatan besar LTAT bagi tahun kewangan 2018.

“Tapi apa yang mereka tidak sebut ialah kebanyakkan pelaburan besar LTAT telah mencatat kerugian kerana ekonomi yang semakin merosot selepas PRU ke-14,” – Najib Razak, melalui hantaran Facebook

Via Giphy

Dia menambah; sepanjang sembilan tahun menjadi perdana menteri, purata dividen LTAT ialah pada kadar 14.1 peratus. Dividen dua peratus yang diumum LTAT hari ini ialah paling rendah dalam sejarah lembaga itu.

Mat Sabu jawab; kadar dividen rendah untuk masa hadapan anggota tentera…

Kritikan Najib Razak ni cepat-cepat dibalas oleh Menteri Pertahanan semasa, Mohamad Sabu yang tegaskan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dah jalankan tanggungjawabnya seiring menjana pulangan yang mampan untuk ahli-ahlinya.

Kl35 290119 Mesyuarat
Via The Star

“Pengurusan LTAT hari ini mewarisi organisasi yang sarat pelbagai ketidakpatuhan serta kelemahan pengurusan, kesan kepimpinan yang tidak telus sebelum ini,” – Mat Sabu, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Mat Sabu ada cakap jugak, untuk LTAT isytiharkan dividen yang lebih tinggi, diorang perlukan pulangan yang baik hasil pelaburannya. Contohnya, LTAT terima Pendapat Berteguran daripada Jabatan Audit Negara bagi Tahun Kewangan 2017. Jumlah keuntungan bersih LTAT pada 2017 diselaraskan kerana mengambil kira hasil jualan tanah yang belum dimuktamadkan.

Pendapatan bersih LTAT pada 2017 turun lebih 30 peratus daripada RM686.8 juta kepada RM459.5 juta. Katanya, kerajaan tak gusar untuk isytiharkan pulangan rendah kerana seiring kemampuan LTAT. Keadaan itu, katanya, penting bagi melindungi simpanan ahli supaya tak tergadai.

Oleh sebab Menteri Pertahanan semasa dah jawab, mestilah Hishammuddin kritik sekali…

Benda ni dah jadi macam rap game, main sambut-sambut kenyataan. Bola yang dibaling Mat Sabu ni, disambut oleh Hishammuddin, bekas Menteri Pertahanan Malaysia. Katanya Mohamad Sabu perlu terima hakikat bahawa dia didakwa telah gagal mengurus tadbir Kementerian Pertahanan dengan baik.

Hishammuddin Tun Hussein kata; lebih menyedihkan apabila Menteri Pertahanan dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus memperjudikan kebajikan anggota-anggota dan warga Kementerian Pertahanan.

“Kerajaan PH khususnya Kementerian Pertahanan perlu ambil tanggungjawab dan jelaskan kepada rakyat cerita sebenar di sebalik kegagalan ini. Jangan hanya suka baling batu sembunyi tangan, rakyat sudah bosan!” – Hishammuddin melalui hantaran Facebooknya

Orang gaduh kita makan pop corn. Via Giphy

Menurut bekas Naib Presiden UMNO tu, tak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) apabila pengumuman dividen dilakukan lewat hingga berbulan-bulan.

Nik Nazmi kata Hishammuddin abaikan keputusan audit oleh Ernst & Young…

Bola yang diorang saling baling membaling ni sampai pulak ke Setiawangsa, MP Setiawangsa datang untuk menyambar bola yang dilambung. Katanya ia agak mengecewakan apabila Hishammuddin Hussein cuba ambil kesempatan terhadap isu ini dengan menyalahkan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan kerana dividen yang diberikan rendah.

Hishammuddin dikatakan telah pilih untuk abaikan keputusan audit oleh Ernst & Young yang dapati kadar keuntungan LTAT terkesan oleh lebihan dividen yang dibayar pada tahun-tahun sebelumnya.

“Sebenarnya, LTAT dah bayar dividen melebihi kemampuan kewangan diorang. Sebab tu janggal untuk bekas ahli kerajaan sebelum ini untuk jual hujah dividen yang tinggi pada zaman mereka, sedangkan mereka sedang jejaskan masa hadapan LTAT dan dana-dana lain,” – Nik Nazmi, melalui hantaran Facebooknya

Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi. Via The Star

Audit juga dapati bahawa LTAT ada 88 unit kondominium bernilai RM45 juta yang belum dijual walaupun telah siap pada tahun 2015. Selain tu, sejak tahun 2014, LTAT dikatakan terlalu bergantung pada Boustead Holdings Bhd dan anak syarikatnya yang tersenarai (Kumpulan BHB). Kebergantungan LTAT terhadap Kumpulan BHB meningkat hampir 50% daripada RM2.1 bilion kepada RM3.1 bilion.

Apa yang lebih buatkan Nik Nazmi ni rasa kesal adalah Hishammuddin dikatakan cuba gunakan nasib pelindung dan wira negara untuk memberikan perlindungan politik kepadanya. Benda ni tak patut berlaku.

L1
Via Utusan

Sebenarnya, Rafizi (bekas MP Pandan) pernah dedahkan dokumen berkaitan yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), mengenai urusan kontroversi LTAT dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun 2016. Tapi ramai yang tak kisah, dan Rafizi kena dakwa lagi adalah. Sebab tu pernah kecoh; sepatutnya orang mencuri kena dakwa, ini orang yang lapor kecurian pulak yang kena.

Pengurusan semasa LTAT mesti meneruskan pembaharuan yang telah dicadangkan serta bekerja rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kesejahteraan anggota Angkatan Tentera.

Kita ada persoalan yang penting untuk dijawab, dan soalan ini agak kompleks

Satu persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua yang mengikuti perbincangan dividen LTAT ini adalah; adakah korang nak dapat dividen yang tinggi daripada sumber yang tak jelas, dan berpotensi untuk jejaskan masa hadapan tentera? Atau terima dividen yang rendah dahulu supaya sistem yang ada dapat direformasikan supaya menjadi lebih baik.

Ia persoalan yang kami tak boleh jawab; sebab benda ni sukar. Ramai yang ingin keuntungan tanpa perlu tahu apa yang berlaku atau dari sumber apa keuntungan itu didapati. Tapi kerajaan perlu fikirkan jugak; kalau dividen yang rendah akan beri kesan yang besar pada golongan yang memerlukan, diorang kena cari jalanlah untuk bantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *