займ срочно

Israel menyerang umat Islam ketika solat Tarawih, ini reaksi pemimpin politik kita

f1
Israel menyerang umat Islam ketika solat Tarawih, ini reaksi pemimpin politik kita

Hampir setiap kali Ramadan atau hari perayaan umat Islam, tentera Israel sering melakukan sesuatu untuk menindas rakyat Palestin. Hal ini sudah beberapa kali berlaku, mereka seolah-olah ingin membangkitkan kemarahan orang Islam. Ketika dunia sedang dilanda pandemik, tentera Israel masih lagi meraihkan acara ‘penindasan’ mereka. Macam yang kita sedia maklumlah, Israel selalunya tidak peduli dengan apa jua kecaman yang dilemparkan kepada mereka.

728 X 90

Rakyat Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama

Baru-baru ini, dilaporkan sekitar 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah gunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis.
Dikatakan ribuan jemaah berkumpul di majis tersebut pada Jumaat terakhir Ramadan dan melakukan demonstrasi sebagai solidariti terhadap pengusiran yang dilakukan oleh Israel.

1
Via Al-Aqsa

Polis dan pasukan sempadan Israel telah menyerang penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom tangan sejak beberapa hari lalu. Puluhan rakyat Palestin turut dilaporkan ditangkap dalam kejadian tersebut.

Ketegangan di Baitulmaqdis semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu, berikutan rakyat Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan. Pihak berkuasa turut mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka bagi memberi jalan untuk penduduk Israel.

Pemimpin politik Malaysia dari pelbagai parti politik mengutuk serangan Israel ke atas umat Islam

Malaysia konsisten menyatakan pendirian tegas terhadap isu Palestin-Israel sejak dahulu lagi. Kali ini, kita turut mengecam pencerobohan dan serangan tentera Israel ke atas Palestin dan jemaah yang beribadat di Masjid Al-Aqsa. Menteri Luar, Hishammuddin Hussein berkata perbuatan zalim tu bukan setakat perlu dikecam malah kerajaan Israel perlu dipertanggungjawabkan atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

“Ramai orang Palestin yang tercedera dalam serangan itu. Pencerobohan di Masjid Al-Aqsa yang disasarkan terhadap jemaah yang sedang menunaikan solat di hari-hari terakhir Ramadan adalah satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan. Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya pengusiran secara paksa rakyat Palestin daripada kediaman mereka termasuk yang berada di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitul Maqdis,” – Hishammuddin, seperti yang dilaporkan FMT

Dia turut mengatakan Malaysia perlu sentiasa berikan sokongan kepada orang Palestin dan perjuangan mereka dalam mencapai kebebasan mutlak daripada penjajahan Israel, ke arah pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

1
Demonstrasi aman bagi tujuan solidariti kerapa diadakan di Malaysia. Via The Sun Daily

Bukan setakat kerajaan je, pembangkang dari parti DAP turut mengecam tindakan ganas Israel ke atas Masjid al-Aqsa. Setiausaha Antarabangsa DAP, Teo Nie Ching berkata insiden ke atas rumah ibadat adalah perbuatan keganasan dan tidak sepatutnya berlaku terutama semasa Ramadan dan Aidilfitri juga bakal tiba.

“Israel sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan konflik di Timur Tengah yang semakin meruncing, bukan mengambil jalan keganasan. DAP menggesa kerajaan Malaysia untuk turut sama mengecam serangan Israel tersebut,” – Teo Nie Ching, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Via Giphy

Turut tidak ketinggalan dalam mengkritik tindakan Israel adalah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang berkata dia mengecam sekeras-kerasnya serangan yang tidak berperikemanusiaan tersebut. Katanya ia menambah luka umat Islam kerana dilakukan ketika penduduk Palestin terbabit sedang menunaikan solat dan beribadat di penghujung Ramadan.

“Saya menyeru seluruh umat Islam bermunajat kepada Allah SWT untuk kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada saudara kita di bumi al-Quds. Isu Palestin adalah melangkaui isu umat Islam dan ini merupakan isu kemanusiaan sejagat,” – Hadi Awang, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Presiden PAS tu berkata semua pihak dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan dunia Islam perlu mengambil tindakan tegas dan mengecam kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terbabit.

Pemimpin Hamas membidas negara-negara Arab kerana berdiam diri

Dengan situasi yang semakin meruncing, Hamas telah melakukan respons terhadap insiden ini. Katanya Israel akan terima balasan kerana menyerang rakyat Palestin di kawasan yang dicerobohinya di timur Baitulmaqdis. Rakyat Palestin ‘mampu halang pencerobohan (Israel) dan merangka perseimbangan baharu dalam konflik dengan’ Israel, kata anggota kanan Hamas, Mousa Abu Marzouk, dalam satu kenyataan.

1
Mousa Abu Marzouk. Via MEM

“Penceroboh akan menerima akibat kerana mengotorkan Masjid Al-Aqsa dan menyerang jemaah,” – Mousa Abu Marzouk, seperti yang dilaporkan MalaysianGazzete

Abu Marzouk turut membidas negara-negara Arab kerana berdiam diri terhadap perkembangan terkini di Baitulmaqdis. Sikap berdiam diri yang diambil oleh negara-negara Arab akan ‘menggalakkan pencerobohan kepada serangan Masjid Al-Aqsa dan penduduk Palestin’.

Dia menggesa penduduk Palestin ‘menyokong Baitulmaqdis denga apa jua cara dan berusaha berhadapan dengan pencerobohan itu’. Beberapa negara Arab dan negara serantau termasuk Turki dan Iran mengutuk serangan Israel kerana menyerang rakyat Palestin di Baitulmaqdis dan menyatakan Israel bertanggungjawab sepenuhnya.

Isu Israel-Palestin sudah lama berlaku, dunia harus lebih vokal dalam isu ini

Isu Palestin dan Israel merupakan di antara isu politik antarabangsa yang telah berlaku sejak sekian lama. Kita harap negara-negara lain akan lebih vokal dan berani dalam memberi tekanan kepada Israel supaya mereka tidak sesuka hati menindas rakyat Palestin. Mari kita doakan semua rakyat Palestin berada dalam keadaan yang selamat menjelang sambutan Aidilfitri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top