KPM terus membisu ketika Ain terus dikecam, ramai muncul nyatakan solidariti

f1
KPM terus membisu ketika Ain terus dikecam, ramai muncul nyatakan solidariti

Dah hampir sebulan, kita mengenali perjuangan Ain Husniza dan tengok sendiri betapa teruknya sorang remaja ni dikecam hanya kerana dia nak perbetulkan salah orang tua. Kita jugak menyaksikan sendiri bagaimana tanggapan sesetengah orang yang rasa isu rogol, bahkan jenaka lucah ni benda mudah dan bukan suatu yang serius pun. Selain tu, kita nampak sendiri respon ramai tentang Ain Husniza; siap pengetua sekolah tu panggil Ain sebagai “anak setan”.

728 X 90

Ain diserang di media sosial, dimalukan dan dikeji, dikutuk dan dimaki.. seolah macam satu-satunya salah Ain adalah bersuara. Bahkan ada jugak yang jadikan Ain ni bahan jenaka seksual… secara terbuka ye. Apa dah jadi dengan masyarakat kita ni?

utusan ain husznia
Kenalilah wajah Ain Huznina.. -Via Utusan

Ringkasan kes Ain Husniza, meletup dari Tik Tok hinggalah jadi bahan lawak lucah dalam media sosial

Tik Tok ni platform sosial yang baik apabila ia digunakan untuk kebaikan. Berbeza dengan tanggapan segelintir orang, tak semua belia di media sosial ni hanya nak berhibur dan berseronok semata-mata. Ain Husniza asalnya nak buat sebuah video Tik Tok untuk luahkan rasa tak puas hati terhadap jenaka rogol yang dilakukan oleh guru PJKnya.

“Kemudian kami bercakap tentang bagaimana undang-undang melindungi mereka yang bawah umur daripada penderaan dan gangguan seksual dan selepas itu dia kata ‘nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.’

“Kalau boys kena rape, it doesn’t get reported because the boys apparently sedap. (Kalau lelaki yang kena rogol ia tidak akan dilaporkan kerana mereka rasa sedap),”- Ain Husniza, seperti yang dilaporkan Malaysiakini

rogol jenaka ain husniza
Video Tik Tok yang tular tak lama lepas tu.. -Via Sarawakvoice.com

Video tu tular dan kemudiannya jadi topik perbualan masyarakat, lagi-lagi apabila bercakap tentang jenaka rogol. Rogol bukanlah jenaka ye korang – rogol ni jenayah. Lebih teruk, Ain Husniza turut terima ancaman rogol daripada salah sorang pelajar lelaki di sekolahnya. Perkara ni membuatkan Ain dan keluarganya risau dengan keselamatan dirinya lalu diorang buatlah laporan polis. Ketika ni, semakin ramai orang kritik tindakan Ain ni khususnya bila dah tau bahawa ada beberapa guru sekolah tu turut cuba memalukan Ain di belakang.

Salah satu tohmahan yang dilemparkan oleh sorang guru di sekolah yang sama adalah Ain ni tak berapa betul dan ada autisme. Tohmahan macam ni lebih mendukacitakan, sebab autisme bukanlah suatu perkara buruk pun. Hakikat bahawa ia terlontar dari mulut sorang guru, tu jugak mengecewakan ramai termasuklah bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab:

“…Pada saya ini sangat mengecewakan apabila seorang guru yang diberikan amanah dan kepercayaan mendidik menjadikan perkara seperti ini hal yang biasa.

Lebih teruk lagi apabila secara tidak langsung menyuntik idea bahawa merogol itu boleh dilakukan, diterima sebagai sesuatu yang normal dan dijadikan bahan lawak semasa mengajar,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

lucah fb guru ain huszniza
Antara komen lucah tentang Ain Husniza… -Via Negara Merdeka

Selain tu, Ain Husniza jugak terpaksa berhadapan dengan lebih banyak komen lucah yang ditinggalkan oleh warganet. Komen-komen lucah ni pulak, bila diselidik, antaranya ditinggalkan oleh kaum lelaki. Ada pulak antaranya penceramah sekolah dan para guru lelaki. Kalau macam tu lah keadaannya, agak-agak berapa teruk kesedaran sesetengah guru ni tentang kefahaman baik buruk sesuatu perkara? Dahlah dalam tempoh yang sama, ada jugak yang cuba menormalisasikan jenaka lucah – turut datang dari kalangan guru dan berlaku di sekolah jugak!

KPM terus membisu ketika Ain terus dikecam, ramai muncul nyatakan solidariti

Semasa Ain Husniza memberanikan diri untuk tampil ke hadapan dan memperjuangkan kempen sosial agar sekolah menjadi satu ruang yang selamat untuk para pelajar. #MakeSchoolASafePlace sohor kini di media sosial, dan diberdayakan lagi apabila ramai yang bersimpati dengan nasib para pelajar di seluruh negara. Sekolah adalah tempat mulia, tempat ilmu… jadi ia suatu yang tak patut berlaku apabila para pelajar sendiri tak rasa selamat untuk belajar.

Setakat artikel ni ditulis, KPM belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai nasib Ain Husniza. Baru-baru ni, Ain Husniza mendedahkan dia dah diberi surat amaran buang sekolah. Menurut Sinar harian, surat amaran tu didakwa diberikan lepas tak hadir ke sekolah selama tiga hari. Ni suatu yang kurang adil, sebab Ain Husniza ada alasan kukuh kenapa tak hadir sekolah.

“Di manakah kita sebagai pelajar yang seharusnya merasa selamat sekarang? Saya mendapat surat amaran bahawa saya akan diusir kerana bercakap mengenai perkara yang betul. Guru itu dan pelajar yang membuat ancaman rogol tidak diambil tindakan terhadap mereka tetapi saya diusir. Ini akan merosakkan hidup saya,” – Ain Husniza, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Jelas Ain lagi, pada hari ayahnya Saiful Nizam datang bertemu dengan pengetua sekolahnya; pengetua tu cakap diorang sokong Ain. Namun begitu, surat tu dikeluarkan pada hari yang sama. Maksudnya, takdelah sokong mana pun kalau dah surat tu dikeluarkan pada hari yang sama ayahnya dah bertemu dengan pengetua. Malangnya, pada tempoh yang sama, Ain digelar ‘anak setan’ dalam ruangan komen yang memaparkan poster hebahan sesi forum bersama beberapa panel wanita.

pengetua anak setan ain husniza
Via Mstar

Mstar melaporkan, akaun tersebut dikatakan dimiliki oleh sorang guru dan pengetua SMK. Komen tersebut ternyata menaikkan darah orang ramai, sehingga ramai warganet minta KPM siasat pengetua tersebut. Akan tetapi, ada jugak netizen yang cuba pertahankan pengetua tersebut dengan menyatakan komen tersebut berkemungkinan besar dilakukan oleh anak pengetua yang menghidap autisme.

“Kepada yang komen bukan-bukan, Cikgu Sarinah share Facebook dengan anaknya yang autism. Beliau adalah cikgu saya yang sangat baik. Anaknya comment tanpa pengetahuan ibunya. We know her. She would never comment anything like this…. (Anaknya) Dah 25 tahun. He go to school but still need guidance untuk hal-hal seharian and emotion control and tantrum. Sebab tu ada nama Aiman. Aiman tu anak dia yang autism,” – Farah Wahida, warganet, seperti yang dilaporkan Mstar

Kebisuan KPM ni segera ditegur oleh beberapa ahli parlimen pembangkang. Misalnya, Dr. Maszlee sebagai mantan Menteri Pendidikan pun dah tampil menyokong Ain Husniza. Beberapa lagi ahli parlimen yang sokong, seperti Dr. Kelvin Yii (Bandar Kuching), Nga Kor Ming (Teluk Intan), Lim Yi Wei (Kampung Tunku), Michelle Ng (Subang Jaya), Young Syefura (Ketari) dan banyak lagi. Petisyen jugak turut dijalankan dan ditandatangani oleh beberapa lagi seperti Dr. Mahathir Mohammad dan Nik Nazmi.

Pandalela Rinong, ratu terjun negara turut menyatakan sokongannya terhadap misi dan usaha Ain Husniza ni. Katanya, dia pun dulu cuba mempromosikan #makesportsasaferplace… tapi dia sendiri dipanggil ‘diva’. Tambahan lagi, Pandalela turut menasihatkan Ain Husniza agar berhati-hati kerana boleh jadi dia akan disabotaj nanti. Kami tak tau apa maksud di sebalik nasihat ni, tetapi ni membuatkan kami terimbau semula skandal yang pernah berlaku dulu iaitu isu jurulatih pasukan terjun kebangsaan didakwa rogol atlet di bawah kendaliannya pada 2018.

Dalam kesempatan ni, kami pun ingin nyatakan solidariti terhadap Ain Husniza dan kempennya untuk memastikan sekolah lebih selamat daripada jenayah seksual. Jenaka rogol, atau jenaka lucah sekalipun takde tempat dalam sekolah… apatah lagi apabila jenaka tersebut seolah memberi isyarat kepada para pelajar bahawa rogol tu tak salah, atau melucah tu pun tak salah. Para guru jugak kena buat lebih baik, dan lebih tegas bukan je terhadap para pelajar, malah terhadap kalangan guru sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top