Tak percaya vaksin Covid-19 berkesan? Mari kita belajar dari Singapura

f1
Tak percaya vaksin Covid-19 berkesan? Mari kita belajar dari Singapura

Ketika ni, kita masih lagi dalam peringkat mengagihkan dos vaksin. Beberapa vaksin yang ada sampai ke Malaysia masih lagi diagihkan, misalnya baru-baru ni.. kita ada buka pendaftaran sistem terbuka, iaitu khas untuk penerima sukarela untuk AstraZeneca. Selain tu, kita masih lagi agihkan dua lagi vaksin, iaitu Pfizer dan Sinovac. Menurut sesetengah warganet, Pfizer ni untuk barisan hadapan manakala Sinovac ni untuk satu lagi program bersasar untuk industri.

728 X 90

Namun dalam keterujaan kita untuk menanti giliran dan pembukaan sistem pendaftaran seterusnya untuk AstraZeneca, ramai jugak orang masih lagi skeptikal tentang kemampuan vaksin. Oleh sebab tu, kali ni kami nak kongsi apa jadi di Singapura sekarang ni. Ada satu kluster aktif di sana pada waktu ni, dan penerima vaksin ternyata ‘terlindung’ daripada simptom-simptom berat.

kluster ttsh
Via The Straits Times

Kluster hospital jadi kluster terbesar yang aktif sejak awal Mei, antaranya terjangkit varian dari India

Ia suatu tanda tak baik apabila hospital pun boleh ada kluster. Ye lah, jika difikirkan pun… hospital sebenarnya adalah tempat yang paling ‘bersedia’ menerima jangkitan, dan kerapkali disanitasikan supaya takde kluster. Namun kes di Singapura membuktikan bahawa hospital pun boleh jugak ada kluster sendiri. Kluster tersebut setakat ni dinyatakan sebagai kluster aktif paling besar di negara tersebut. Kluster Tan Tock Seng Hospital (TTSH), kini lebih pendek dipanggil Kluster TTSH.

Mengikut StraitsTimes.com, tiga kes pertama membabitkan Wad 9D ni adalah pelawat antara 18 April hingga 28 April. Kesannya, pihak hospital terus buat ujian saringan dan mendapati dua lagi kes, iaitu sorang ahli farmasi dan sorang lagi pesakit di wad yang sama. Sejak tu, lebih ramai lagi yang terjangkit. Sehingga 8 Mei, lebih 40 orang terkesan dengan satu kematian dicatatkan iaitu sorang pesakit wanita berusia 88 tahun. Dalam ujian saringan tu jugak, didapati lima daripadanya positif untuk varian virus dari India.

generic of tan tock seng hospital, april 30. photo: raj nadarajan/today
Hospital Tan Tock Seng di Singapura.. -Via Todayonline

Seperti nama varian tersebut, ia datang dari India. Negara tersebut pun sekarang tengah dilanda ‘tsunami Covid-19’ akibat kegagalan kerajaan mengawal kadar kebolehjangkitan dalam kalangan rakyatnya. Apabila dah lama banyak kes, boleh jadi jugak virus tu termutasi hingga jadi varian baharu. Varian dari India ni lebih pantas merebak, tapi ia masih tak sekuat virus terdahulu. Kita turut berjaya kenalpasti beberapa varian, termasuklah varian India ni di tanah air kita. Atas kecekapan pihak berkuasa, pengenalpastian ni memudahkan kita jejak dan kawal perebakan virus tersebut.

Beberapa penerima vaksin ditemui takde simptom, terbuktilah keberkesanan vaksin

Dalam kluster TTSH ni, rupanya sembilan daripada pesakit ni dah terima dua dos vaksin. Sekurangnya sorang daripada individu ni terima vaksin Moderna, manakala majoriti dah terima Pfizer. Singapura tengah agihkan dua pilihan utama ni untuk rakyatnya. Dari satu sudut, realiti ni dapat memperlihatkan bagaimana vaksin berkesan dalam langkah mengurangkan kesan jangkitan virus tu. Ramai salah sangka bahawa bila dah dapat vaksin, diorang dah kebal dan tak perlu buat penjarakkan fizikal atau jaga kebersihan diri.

ttsh cluster singapore
Infografik kluster TTSH.. -Via CNA

Vaksin sebenarnya lebih bertindak membina antibodi supaya badan kita lebih ‘tahan’ berperang dengan virus. Ni bermaksud kita masih boleh terjangkiti, tetapi simptomnya tak seteruk mereka yang belum ada vaksin lagi. Untuk orang muda yang takde masalah kesihatan, perkara ni tak menggusarkan hati diorang. Tetapi untuk mereka yang ada masalah kesihatan respiratori atau kalangan berusia, vaksin mengurangkan simptom yang boleh menyumbang kepada komplikasi. Ramai meninggal bukanlah semata-mata kerana Covid-19, tetapi kerana komplikasi kesihatan yang diorang dah alami dan diburukkan pula dengan jangkitan Covid-19.

Dalam kluster TTSH ni, ternyata sembilan orang yang kami maksudkan tadi didapati takde simptom atau memperlihatkan simptom ringan. Tujuh daripadanya merupakan kakitangan kesihatan hospital, manakala dua daripadanya adalah pesakit. Keadaan ni berbeza dengan para pesakit yang belum dapat vaksin, dimana tujuh daripadanya memerlukan bantuan oksigen.

“Berdasarkan maklumat awal filogenetik yang tersedia, kluster TTSH berpunca dari sebuah varian, tetapi vaksin nampaknya berkesan melawannya”- Prof Madya Kenneth Mak, Pengarah Perkhidmatan Perubatan, seperti yang dilaporkan The Straits Times

Perkara ni jelas menunjukkan bahawa vaksin sememangnya berkesan mengatasi jangkitan virus dalam badan, mengurangkan simptom yang boleh membawa kepada komplikasi kesihatan dan paling penting, dapat membina imuniti kelompok (herd immunity) apabila dah cukup orang terima vaksin ni. Keengganan sesetengah rakyat untuk menerima vaksin ni boleh menggagalkan misi kita nak kembali ke norma biasa.

“Kehadiran varian dalam kes tempatan kita mengesahkan strategi kita untuk vaksinkan semua petugas kesihatan dan mengutamakan vaksinasi terhadap rakyat Singapura yang lebih tua. Jika ia tidak dilaksanakan, kluster TTSH boleh jadi lebih besar pada masa ini, dan terdapat kemungkinan yang tinggi ia boleh jadi tidak terkawal.

Oleh demikian ia adalah peringatan buat kita semua bahawa kita perlu ambil vaksin dan terlindung apabila masa kita sudah tiba dan kita tidak boleh leka”- Prof Madya Kenneth Mak, seperti yang dilaporkan The Straits Times

malaysia vaksin bosnia
Malaysia dikatakan beri vaksin kepada negara lain, sedangkan kita belum capai 80% populasi yang dah divaksin.. -Via Malaysiadateline

Dengan apa yang berlaku di Singapura, kami harapkan ni boleh jadi suatu teladan untuk kita agar terus memacu program vaksinasi kita. Menurut pemerhatian kami terhadap komen-komen warganet, ramai berpandangan program vaksinasi kita sebenarnya agak lambat. Hal ni sedikit sebanyak disokong oleh kenyataan Khairy Jamaluddin baru-baru ni, dimana ada kemungkinan fasa 3 tak dapat diteruskan lebih awal berikutan kekurangan bekalan vaksin sekarang ni. Kami berharap bahawa isu bekalan vaksin dan kempen menangani berita dan dakwaan palsu mengenai vaksin.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top