Kajian ni tunjukkan pandangan rakyat Malaysia terhadap rasuah

Sp
Kajian ni tunjukkan pandangan rakyat Malaysia terhadap rasuah

Korang semua mesti tahukan yang jenayah rasuah ni semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat seluruh dunia termasuklah dalam negara kita. Bagi yang mengikut perkembangan politik negara, korang akan tahulah kenapa kerajaan Barisan Nasional ditolak oleh rakyat masa PRU14 dulu, sebab diorang terkait dengan banyak isu rasuah. Perbicaraan kes-kes tu pulak masih berjalan sampai ke hari ni. Tapi, korang pernah tahu tak ada satu organisasi ditubuhkan untuk perangi kegiatan rasuah secara global? Biar kami ceritakan…

Transparency International,  satu organisasi untuk lawan rasuah secara global…

Korang tahu tak apa tu Transparency International? Transparency International (TI) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan antarabangsa yang telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan berpusat di Berlin, Jerman. Tujuan organisasi ni ditubuhkan adalah untuk mengambil tindakan dalam memerangi korupsi secara global dengan menggunakan kaedah anti-rasuah melalui masyarakat awam dan untuk mencegah kegiatan jenayah yang akan timbul hasil daripada gejala korupsi.

Contoh index rasuah. Via Tribuneindia

Organisasi ini telah menerbitkan Global Corruption Barometer dan Corruption Perceptions Index. Transparency International mempunyai status undang-undang persatuan sukarela yang berdaftar di Jerman (Eingetragener Verein) dan berfungsi sebagai organisasi utama.

Ahli-ahlinya telah berkembang daripada beberapa individu sehingga lebih dari seratus negara yang terlibat dalam memerangi korupsi di negara asal diorang. Menurut laporan indeks Global Go To Think Tank Global 2016, Transparency International adalah nombor 9 dari 100 kategori Top Think Tanks Worldwide (AS dan bukan AS). Manakala Global Corruption Barometer yang diterbitkan oleh Transparency International merupakan satu kaji selidik terbesar di dunia yang mengkaji pendapat umum mengenai rasuah.

Ianya telah mengkaji sebanyak 114,000 ribu orang di 107 buah negara tentang pandangan mereka terhadap rasuah. Banyak tak?

Sebanyak 62% rakyat Malaysia juga merasakan kerajaan sekarang sedang mengendalikan isu korupsi dengan teruk

Untuk pengetahuan korang, Transparency International-Malaysia (TI-M) telah mengeluarkan dapatan-dapatan kajian mengenai 2017 Global Corruption Barometer (GCB) di benua Asia Pasifik yang mana kajian tu merupakan kajian mengenai persepsi orang awam terhadap korupsi(rasuah) dan keberkesanan pihak kerajaan dalam menangani isu korupsi. GCB juga telah menjalankan kajian mengenai pengalaman orang awam dan tahap kemahuan diorang dalam membanteras isu tu.

Sebanyak 21,861 orang kat 16 buah negara dalam kawasan Asia Pasifik telah jadi peserta kajian ni pada julai 2015 sehingga Januari 2017. Antara negara yang terlibat adalah Australia, Korea, Jepun, Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, China, India, Pakistan, Myanmar, Sri Langka, Mongolia dan juga Malaysia. Satu sesi temu bual telah pun dijalankan iaitu di 13 buah negeri dalam negara kita ni dengan menggunakan kaedah kajian persampelan secara rawak (random sampling) yang mana sebanyak 1,009 responden telah di temubual pada September 2016 sehingga Disember 2016 dan jantina yang dipilih adalah sebanyak 50% lelaki dan 50% perempuan.

Hasil kajian daripada GCB berkaitan tahap persepsi mengenai jenayah korupsi di negara kita telah dapati seramai 60% responden merasakan tahap rasuah meningkat dan hanya 11% sahaja yang mengatakan bahawa korupsi telah menurun sedikit. Seramai 54% rakyat Malaysia merasakan bahawa pengurusan ekonomi adalah masalah yang paling penting yang harus ditangani oleh kerajaan.

Via SlideShare

Sebanyak 62% rakyat Malaysia juga merasakan kerajaan sekarang sedang mengendalikan isu korupsi dengan teruk dan 41% rakyat Malaysia mengatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memerangi rasuah dengan sangat teruk. Selain tu, sebanyak 53% rakyat Malaysia merasakan bahawa usaha kerajaan tidak berkesan dalam menangani isu rasuah.

Antara institusi yang dilihat terlibat dalam gejala korupsi di Malaysia adalah Polis (57%), kerajaan tempatan dan anggota majlis (48%), pegawai cukai (48%), eksekutif perniagaan (46%), pegawai kerajaan (45%), wakil badan perundangan (41%), perdana menteri dan para pegawainya (41%), hakim dan majistret (33%), dan pemimpin agama (31%).

Via KlateLoni

Polis Di-Raja Malaysia telah diperhatikan sebagai salah satu badan institusi yang mempunyai risiko rasuah yang tertinggi dan perkara ini jelas akan menjejaskan kualiti  dan keadilan istitusi penguatkuasaan undang-undang secara serius. Sampai pegawai agama pun ada tu. Macam tak percaya kan?

Tahap kebersediaan orang awam dalam membuat laporan, ramai yang takut terima akibat yang teruk

GCB juga telah menjalankan satu kajian mengenai sama ada orang awam merasa berhak untuk bantu perangi rasuah dan perkara yang jadi halangan untuk diorang daripada berkata mengenai isu rasuah dan antara beberapa soalan yang telah diajukan ialah apakah perkara-perkara paling berkesan yang boleh dilakukan oleh orang awam? Kenapa tidak ramai yang laporkan? Adakah ia diterima secara sosial untuk melaporkan gejala rasuah?

Via Metro

Di Malaysia,  terdapat beberapa kajian yang dijalankan mengenai tindakan yang paling berkesan untuk membantu memerangi rasuah antaranya ialah “enggan membayar rasuah (17%)”, “mengundi calon-calon yang menentang rasuah (14%)”, dan “melaporkan kejadian rasuah (12%)”. Namun, perkara yang membimbangkan adalah sebab utama kebanyakan orang awam tidak melaporkan kegiatan rasuah adalah kerana mereka takut akan  akibatnya yang mana seramai 15% responden memberikan jawapan tersebut.

Benda ni menunjukkan bahawa ketakutan terhadap tindak balas atau tindak balas negatif (seperti kehilangan pekerjaan seseorang individu) adalah penghalang utama kepada lebih ramai orang awam yang tampil ke hadapan dalam melaporkan perkara ini. Alasan kedua paling utama ialah ramai orang tidak tahu di mana ingin melaporkan jenayah korpusi (12%) dan tiada apa yang akan dilakukan atau ia tidak akan membuat perbezaan (12%).

Macam budak ni takut dengan bayang-bayang sendiri. Via Giphy

Selain itu, masyarakat juga berasa kurang percaya dalam keberkesanan saluran laporan atau para pegawai yang sangat kebal dalam mempertahankan diri mereka apabila mereka melakukan kesalahan rasuah.

Rasuah adalah jenayah berbahaya dan boleh merosakkan negara

Korang mesti tahu kan bahaya jenayah rasuah ni. Sampai boleh merosakkan negara tau. Kita semua haruslah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan gejala rasuah ni tidak lagi berlaku dalam negara kita. Malu kita kalau sampai negara kita ni asyik-asyik kena bahan disebabkan gejala rasuah yang berlaku kat negara kita ni. Lepas ni, kalau nampak je orang ambik rasuah, cepat-cepat korang lapor!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top