Akibat gagal laksanakan manifesto pilihan raya, datuk bandar ni dipaksa minta sedekah

Asa
Akibat gagal laksanakan manifesto pilihan raya, datuk bandar ni dipaksa minta sedekah

Soal manifesto pilihan raya ni adalah benda yang agak sensitif sikit, sebab bila kita bercakap tentang konteks Malaysia – nampaknya banyak janji PRU14 yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan masih lagi tak terlaksana. Ada di antara benda tu tak perlu libatkan kestabilan ekonomi pun, contohnya mansuhkan semua akta-akta yang boleh disalahgunakan oleh kerajaan; contohnya Akta Hasutan. Walaupun ada janji yang dah ditunaikan seperti mansuhkan GST – rakyat masih menuntut supaya janji-janji yang dijadikan modal PRU14 tu segeralah ditunaikan.

Setakat ni takde lagi reaksi yang keterlaluan dilakukan oleh rakyat kerana janji-janji PRU14 masih belum ditunaikan, tapi secara jujur – kami rasa kalau Pakatan Harapan tu tak mula serius dalam melaksanakan janji-janji yang diorang pernah tawarkan, diorang akan menghadapi masalah yang besar untuk PRU15 ni. Menariknya, kami terjumpa satu artikel tentang seorang ahli politik kat Mexico yang gagal tunaikan janjinya, cuba teka dia kena buat apa?

Ahli politik dan pengurusnya dipaksa gunakan baju wanita dan mintak sedekah di tengah-tengah bandar…

Gara-gara gagal untuk tunaikan janji, seorang ahli politik terpaksa untuk mengenakan baju wanita, walaupun sebenarnya dia adalah lelaki. Ahli politik tu dikenali sebagai Javier Sebastian Jimenez Santi berjanji untuk memperbaiki sistem pengairan tempatan kalau dia menang pemilihan datuk bandar di Huixtan iaitu sebuah bandar kecil dekat Mexico. Sebenarnya, tak semua cerita sedih bermula dengan; pada suatu hari…’ Ada jugak yang bermula; kalau saya menang, saya akan…’

Via NOTICAS

Apabila si Javier Sebastian ni tak dapat tunaikan janji yang sepatutnya, orang ramai pun marahlah. Selepas janji tinggal janji, penduduk tempatan bertindak menyerbu pejabat Santiz dan mengarahkannya serta pengurusnya iaitu Luis Ton untuk mengenakan pakaian wanita. Kami pun tak tahu kenapa penduduk kat sana buat benda ni, tapi apa yang kami tahu ia adalah manifestasi kekecewaan yang dialami oleh rakyat yang ‘percaya’ pada datuk bandar ni menyebabkan dia boleh menang pilihan raya.

Nak tak nak, Datuk bandar Santiz terpaksa akur dan sarungkan skirt panjang berwarna hitam dan blaus putih. Pada masa yang sama, Ton pulak pakai gaun merah jambu dengan corak polka dot putih. Bukan setakat kena pakai baju tu boh, diorang jugak diarak ke seluruh bandar Huixtan selama empat hari bermula pada 30 Julai lepas. Kedua-duanya dipaksa penduduk untuk mintak sedekah kat tengah-tengah jalan raya bagi melunaskan janji yang tidak ditepati sebelum ini. Gila betul penduduk kat sana ya! Nasib baiklah takde kat Malaysia!

Via BPN

Media tempatan turut hadir ketika menemu ramah Santiz. Dengan muka terpaksa dan tengah cover malu, Santiz beritahu bahawa wang yang sepatutnya digunakan untuk baiki sistem pengairan tempatan itu terpaksa digunakan untuk hal-hal yang lebih mustahak. Tak cukup dengan tu, diorang juga diarak ke seluruh bandar Huixtan selama empat hari bermula pada 30 Julai lepas. Malah, kedua-duanya dipaksa penduduk untuk meminta sedekah di tengah-tengah jalan raya bagi melunaskan janji yang tidak ditepati sebelum ini.

Via I’m Lejen

Media tempatan turut hadir ketika itu bertanya soalan kepada Santiz. Dengan muka terpaksa dan malu, Santiz beritahu wang yang sepatutnya digunakan untuk membaiki sistem pengairan tempatan itu terpaksa digunakan untuk hal-hal yang lebih mustahak. Ketika penjelasan itu keluar dari mulut Santiz, kata-kata seperti “Berhenti menipu!” dilontarkan kepadanya oleh penduduk-penduduk yang berada kat situ.

Walaupun rakyat Malaysia tak ‘senakal’ ni, tapi diorang ada cara lain untuk menghukum

Kami bukanlah anti Pakatan Harapan, lebih-lebih lagi nak menyokong pembangkang. Tapi kami serius gila – bila kami cakap kerajaan hari ni kena start untuk cari jalan supaya dapat laksanakan manifesto yang diorang janjikan, sebabnya manifesto diorang tu bukan kosong-kosong, ia datang dengan perancangan. Cuma, diorang je yang tak nak laksanakan dengan macam-macam alasan.

Rakyat mungkin tak akan mintak diorang gunakan pakaian berlawanan jantina, tapi rakyat Malaysia ni kreatif sikit dalam hukum orang. Mungkin diorang akan sentiasa jadi bahan troll dan paling teruk akan dihukum pada PRU akan datang…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top