Kelab EPL mula beri amaran jangan ikut Ozil, tapi ada kelab batalkan akademi di China

S1

Sokongan terus mengalir kepada bintang Arsenal, Mesut Ozil yang kritik China atas kezaliman republik tu terhadap Muslim Uighur kat wilayah Xinjiang. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo pun beri respon berkenaan tindakan China terhadap Ozil. Pompeo kata, China takkan boleh menyembunyikan kenyataan kerana semua akan terungkap. Dia mengecam China atas reaksi telampau terhadap Ozil yang berkicau pasal diskriminasi republik tu kepada minoriti Uighur kat sana.

Human Rights Watch dah keluarkan laporan pada September 2018, kata ada sejuta orang dalam kem tahanan…

Seperti yang kita dah tahu, Ozil, warga negara Jerman berdarah Turki tu menuding China menekan dan menzalimi Muslim Uighur terutama dalam menjalankan ibadah. Dalam kicauan di Twitter, Ozil menyebut Xinjiang dengan nama asal wilayah tu, iaitu Turkistan Timur. Ketua Setiausaha Amerika Syarikat, sokong tindakan Ozil.

Akibat tulisan Ozil, stesen televisyen China, CCTV, batalkan siaran langsung perlawanan Arsenal menentang Manchester City. “Saluran propaganda Partai Komunis China dapat menyekat @MesutOzil1088 dan perlawanan Arsenal sepanjang musim, tetapi kebenaran akan menang,” – Tulis Pompeo di Twitter, pada Selasa (17/12).

Kata Pompei lagi, Kerajaan China takkan boleh menyembunyikan pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan kepada Uighur dan agama lain dari pengetahuan dunia.

Pihak Britain pulak katakan yang pihak diorang secara konsisten membela kebebasan berbicara dan berekspresi dan mendesak negara-negara lain untuk melakukan hal yang sama. Sampai hari ni, China membantah keras tuduhan pelanggaran hak asasi manusia terhadap suku Uighur tu. Beijing berdalih yang diorang hanya menempatkan warga Uighur dalam sebuah program latihan vokasional, bukan kem tahanan.

Tapi, Human Rights Watch sendiri dah keluarkan laporan pada September 2018 lepas, yang sejuta warga Uighur kena tahan dalam kem tu.

Sementara tu, selain Arsenal yang cuba jarakkan diri diorang daripada Ozil sebab takut kena hukum dengan Kerajaan China, bekas bintang Manchester City dan Barcelona, Yaya Toure, pun kritik Ozil dan bagi pulak nasihat kat Ozil supaya jauhkan urusan politik daripada bola sepak.

S1
Via Bleacher Report

Toure yang bercakap dari China kata;

“Pemain harus fokus dengan bola sepak, ahli politik tetap dengan politik, kamu tidak dapat terlibat dengan hal-hal seperti ini karena itu akan menarik banyak masalah. Sebagai seorang Muslim, itu masalah rumit dan itu adalah pilihannya [Ozil]. Dia telah menyampaikan komentarnya tetapi saya fikir dia salah untuk mengatakan itu.”

Kelab lain pun cuak sebab takut hilang penajaan, siap bagi amaran supaya jangan ikut jejak Ozil…

Sementara itu, The Telegraph mendakwa beberapa kelab Inggeris lain telah beri arahan kepada pemain Muslim diorang mengenai situasi tu, tapi diorang takkan menghebahkan pandangan diorang untuk menjaga hubungan dengan China.

Amaran! Via Giphy

Cystal Palace dan Bournemouth adalah antara kelab yang dapat tajaan besar dari China, manakala Liga Inggeris menerima 535 juta poundsterling dari China untuk perjanjian siaran perlawanan liga tu.

Tapi, ada jugak kelab yang berani melawan arus macam kelab Bundesliga Jerman, FC Cologne yang hentikan perjanjian diorang untuk menjalankan akademi bola sepak kat China selepas melakukan penilaian semula dari segi sumber dan keutamaan.

https://www.youtube.com/watch?v=YZkQwUCpzOQ

“Kita tak perlukan China dalam sukan kerana hak asasi manusia tak dihormati secara terang-terangan di negara itu,” – Kata pegawai kanan yang jugak bekas presiden kelab, Stefan Mueller-Roemer kepada akhbar tempatan Koelner Stadt-Anzeiger.

Selain menerima tekanan hebat dari Kerajaan China, peminat-peminat bola sepak kat sana pun turut bakar gambar serta jersi Ozil. Dari jersi Arsenal sampailah jersi Jerman dan Real Madrid, yang pernah diwakili Ozil.

S1
Ozil dalam PES. Via The Vocket

Terbaru, Ozil dipadam daripada versi mudah alih China permainan Pro Evolution Soccer (PES), kata pengedar permainan dari China tu. Syarikat Internet China, NetEase, kata diorang buang Ozil daripada permainan tu disebabkan komen melampau terhadap China. Tak lama lepas tu, NetEase mengumumkan kat akaun media sosial diorang, bahawa komen Ozil ‘menyakiti hati peminat China dan melanggar semangat cinta dan keamanan sukan.

Bekas boss Ozil kat Arsenal kata itu hak bersuara Ozil, Maher Zain pun sokong…

Tatkala ramai yang bagi kecaman kepada Ozil, ada juga yang menyokong dia. Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger atau gelarannya ‘Atuk Legend’ mempertahankan komen Ozil yang mengutuk tindakan kejam ke atas etnik Muslim Uighur, kemudian menimbulkan kemarahan penduduk dan Kerajaan China.

Via Giphy

Wenger berkata, “Mesut Ozil mempunyai kebebasan bersuara seperti orang lain dan dia menggunakan reputasinya untuk menyatakan pendapat yang tidak selalu dikongsi oleh semua orang, tetapi dia berhak melakukan sedemikian. Anda seorang manusia, mempunyai pendapat dan apabila anda bermain bola sepak, anda komited bermain. Anda melakukan tugas terlebih dahulu dan ia perlu dihormati.”

Dengan tenang, Wenger yang sekarang ni dah berusia 70 tahun sambung lagi – Apa yang penting adalah Ozil melakukan tanggungjawab secara individu. Dia tidak membawa nama Kelab Bola Sepak Arsenal, jadi apa yang dikatakannya adalah mengenai dirinya sendiri dan bukan Arsenal.

Tapi Wenger jugak mengingatkan yang Ozil pasti menerima ‘kesan’ sebab mengkritik China. Wenger yang menandatangani Ozil pada 2013. Masa tu, nama Ozil tengah mencanak naik dengan prestasi yang padu.

Seorang artis yang dikenali dengan lagu-lagu hits keagamaan macam ‘Insha Allah’, ‘For the rest of my life’ dan banyak lagi iaitu Maher Zain telah memuat naik satu perkongsian yang menyokong tindakan berani Ozil dalam menyuarakan penderitaan etnik Uighur tu. Maher mengatakan bahawa tak semua selebriti dunia yang berani kehadapan untuk mengkritik negara-negara Islam yang didakwa berdiam diri akan isu penderitaan etnik Uighur di China.

Via Giphy

Dia jugak turut berterima kasih kepada bekas pemain tengah Jerman tu atas keberanian Ozil, dan turut menyatakan sokongan ke atas tindakan yang dibuat oleh Ozil.

Ramai yang kata ni propaganda Ozil untuk dijual murah, tapi niat orang takde siapa yang tahu…

Ada yang perlekeh tindakan Ozil yang mengkritik China, dengan menuduh ni salah-satu cara dia nak bagi tekanan kepada Arsenal untuk lepaskan dia dengan harga murah, sebab klausa perpindahan dia agak mahal kalau nak ke kelab lain. Pada yang mengkritik Ozil, tindakan dia ni nampak macam mementingkan diri dan tak bersemangat kesukanan.

Tapi, untuk yang pro kepada kemanusiaan, tulisan Ozil telah menyebabkan dunia membuka mata balik kepada kekejaman Kerajaan China, terhadap minoriti Muslim Uighur, yang hidup dalam kepayahan. Jadi, bab isi hati dan niat Ozil tu, dia dengan Tuhan je yang tahu. Yang paling utama, kritikan dia menyebabkan satu dunia nak tahu apa sebenarnya berlaku kat Xinjiang, dan apa bentuk seksaan yang orang Uighur terpaksa alami.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *