Terpaksa usung kakak yang ada sakit kanser ke pejabat KWSP, ini respons KWSP

S1

Salah satu kebaikan yang ada pada medial sosial adalah ia jadi platform untuk orang lakukan kritikan terbuka kepada mana-mana pihak yang sepatutnya lakukan kerja dengan baik. Walaupun kita boleh kata – tak semua kritikan yang ada di media sosial tu berasas dan membina, tapi sekurang-kurangnya ia adalah platform untuk cari perhatian orang.

Via Giphy

Kalau kritikan tu berasas dan masuk akal, selalunya ia akan dapat respons yang baik dari netizen. Dalam era digital ni, benda-benda yang viral akan segera dapat perhatian dari pihak berkuasa. Sebab diorang pun tak nak malu kan? Semalam tular kes yang melibatkan pencarum KWSP yang terpaksa diusung ke pejabat KWSP, ia amat menyedihkan…

Ramai yang simpati dengan pesakit kanser ni, terpaksa diusung ke pejabat KWSP…

Seorang pengguna media sosial – Nur Sheila Abdullah kesal dengan sikap kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bharu. Nur Sheila kata, keluarganya terpaksa mengusung kakaknya yang terlantar sakit dan tak boleh bangun kerana sakit kanser menggunakan ambulans ke pejabat tersebut untuk memohon pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan.

S1
Sedihnyaaaa. Via SajaShare

Dia kata dia terfikir tentang slogan KWSP, betul ke slogan tu atau sekadar membantu bagi pencarum yang sihat kalau yang dah sakit sila bantu diri anda sendiri. Dia dan abangnya ada buat pertanyaan kat kaunter pertanyaan KWSP Johor Bahru.

Kakak diorang seorang pesakit kanser yang berusia 56 tahun dan ingin keluarkan semua baki yang ada di akaun 1, ikut cerita diorang – kurang daripada RM10,000. Diorang minta jasa baik pihak pengawai KWSP buat lawatan ke rumah untuk dapatkan cop jari secara manual dan pengesahan diri pencarum.

S1
Sampai level macam ni weh. Via Oh!Bulan

Jawapan tu agak menyedihkan, sebab yang diberikan adalah pencarum mesti hadirkan diri juga di pejabat untuk pengesahan cop jari menggunakan mesin diorang. Tak kisahlah nak datang naik ambulas atau mengunakan stretcher, diorang kena jugak datang.

Dia menambah lagi, kalau kita tengok pun keadaan di pejabat KWSP Johor Bahru tu memang takde pun disediakan kemudahan seperti ruangan parking ambulans atau ruangan untuk pesakit yamg hilang upaya untuk berada kat situ, yang ada hanya untuk OKU (orang kurang upaya) bukan hilang upaya.

S1
Aduan yang ditulis oleh adik pencarum tu. Via MalaysiaKini

Yang lebih menyedihkan sister ni lagi, ambulans yang diorang sewa diarah oleh pengawal keselamatan mereka untuk ke belakang bangunan dengan alasan tak nak mengganggu bahagian hadapan bangunan. Akhirnya ada seorang pengawai yang datang untuk uruskan bab ambulans dan arahkan MA untuk tolak stretcher masuk ke kaunter.

Diorang punyalah sedih tengok kakak diorang yang memang dah takde daya upaya untuk mengangkat tangannya. Apa yang paling kami tak boleh brain, salah seorang pengawai kata, sebenarnya boleh gunakan cara cop jari manually cuma lambat.

Aduh, apalah nak jadi! Via Giphy

Kenapalah tak beritahu diorang pada mula-mula ditanya. Diorang tak kisah pun lambat janji kakak diorang tak perlu ke sana.

Sister ni tanya semula kepada pengawai KWSP yang berada di kaunter, “Puan, pihak pengurusan tak aware ke keselamatan pekerja-pekerja di dalam bangunan ni. Puan bayangkan kalau yang datang ni pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit. Tidakkah membahayakan anda semua?”

KWSP mohon maaf, berjanji akan perbaiki perkhidmatan diorang…

Selepas kes ni tular, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mohon maaf susulan kerana sebabkan seorang pencarum yang ada sakit kanser terpaksa diusung ke pejabat KWSP Johor Bahru untuk proses pengeluaran caruman.

S1
Via Rojak Daily

“KWSP ambil maklum mengenai berita yang sedang tular berkaitan pengalaman perkhidmatan dari salah seorang ahli KWSP di Johor Bahru. KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya. Pihak KWSP telah menghubungi dan berjumpa dengan ahli tersebut dan keluarganya untuk memahami situasi ini dengan lebih lanjut,” – Kenyataan KWSP, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Kata KWSP, benda ni bukan setakat nak bantu pesakit kanser tu, malah diorang akan gunakan pengalaman kali ni untuk perbaiki proses yang sedia ada supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan prihatin kepada ahli-ahli kami. KWSP katanya akan ambik berat terhadap aduan atau maklum balas daripada ahli mengenai tahap perkhidmatan untuk tujuan penambahbaikan berterusan.

Kita harus manfaatkan teknologi, ia sepatutnya membantu memudahkan urusan…

Dalam era yang semuanya di hujung jari ni, kami rasa ada beberapa SOP perlu diperkemaskan untuk memudahkan urusan orang ramai. SOP sepatutnya wujud untuk memudahkan semua orang – pelanggan dan pegawai. Melalui cerita ni – nampak sangat pegawai yang pertama diorang tanya tak tahu yang pencarum ni boleh je beri cop jari secara manual, tapi sedikit lambat.

Ia tunjukkan – masih ada lagi pekerja yang tak faham kerja mereka, dan ia sebenarnya bukanlah perkara yang mengejutkan. Banyak cerita yang membabitkan sikap ‘tak kompeten’ yang ada di sektor awam, bahkan swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *