займ срочно

Kisah perlumbaan angkasa para jutawan di Amerika Syarikat, salah seorang dah sampai orbit

f1
Kisah perlumbaan angkasa para jutawan di Amerika Syarikat, salah seorang dah sampai orbit

Penerokaan angkasa lepas bukanlah suatu idea yang baharu, dan bukan jugak suatu idea yang lapuk. Jika dahulu, kita rasa keluar ke angkasa lepas ni adalah suatu perkara yang menakjubkan dan jarang dapat dilakukan. Sekarang ni, penerokaan angkasa lepas dengan wujudnya pesawat angkasa komersial tak lagi sekadar nak tunjuk negara mana yang paling hebat. Idea tersebut pernah menjadi cita-cita besar Elon Musk, dengan pesawat angkasa SpaceX yang boleh disewa untuk sesiapa yang mampu bayar.

728 X 90

Baru-baru ni pulak, dua lagi jutawan terkenal iaitu Richard Branson dan Jeff Bezos turut berjaya lancarkan pesawat angkasa komersial diorang sendiri. Walaupun matlamat diorang lebih kurang sama je, kaedah pesawat diorang berlepas pulak berbeza antara satu sama lain.

bezos branson
Di kiri, Richard Branson manakala kanan, Jeff Bezos.. -Via Time.com

Richard Branson dulu terbang guna Virgin Galactic, Jeff Bezos pulak terbang dengan Blue Origin

Richard Branson mendahului ‘perlumbaan’ pelancaran syarikat penerbangan angkasanya, Virgin Galactic dengan pesawat bernama VSS Unity. Diorang terbang daripada Spaceport America, berdekatan dengan New Mexico. Syarikat Virgin Galactic ni ditubuhkan pada 2004, oleh Sir Richard Branson, yang sebelum tu dahpun tubuhkan Virgin Group dan syarikat penerbangan Virgin Atlantic.

Pada mulanya, pesawat angkasa utama diorang dinamakan sebagai SpaceShipTwo. Pesawat tu dirancangkan nak laksanakan penerbangan suborbital dengan tempoh kenirberatan (weightlessness) yang pendek. Maksudnya, kejap je lah pesawat tu akan terbang ke luar atmosfera bumi dan tak jauh sangat pun sehingga ke planet lain mahupun ke Bulan. Namun begitu, tetap ada waktu para penumpang akan rasa badan diorang terapung-apung selama 6 minit.

Manakala Blue Origin pulak dah ditubuhkan lebih awal, iaitu pada 2000 oleh Jeff Bezos. Menerusi Blue Origin, diorang banyak bangunkan pelbagai teknologi, dengan fokus kepada kenderaan berkuasa roket yang akan berlepas dan mendarat secara menegak untuk penerokaan suborbital dan orbital. Teknologi ni diringkaskan sebagai vertical takeoff and vertical landing (VTVL). Pada Mei 2019, Jeff Bezos kata diorang rancang nak bina pesawat pendarat bulan yang akan dinamakan sebagai Blue Moon dan dijangka akan dilancarkan pada 2024.

Branson berlepas dengan dua orang juruterbang dan tiga orang kru dalam VSS Unity. Diorang terbang sedikit rendah daripada Blue Origin, tetapi masih lagi di atas paras altitud 50-batu yang diiktiraf sebagai sempadan angkasa oleh NASA dan Federal Aviation Administration. Bezos bawa tiga orang je kru, dan berjaya capai paras altitud lebih dari 62 batu di atas Bumi.

Matlamat diorang sama, cuma teknologi pesawat je berlainan antara satu sama lain

Walaupun matlamat diorang sama iaitu diorang nak bagi tunjuk kat dunia bahawa syarikat penerbangan angkasa diorang dah bersedia untuk bawa para penumpang yang berminat nak teroka angkasa lepas nanti, model dan cara teknologi diorang berfungsi pulak berlainan antara satu sama lain.

Dalam model Virgin Galactic, roket diorang adalah bahagian yang paling penting dalam pesawat angkasa diorang. Pesawat diorang tu akan dibawa oleh pesawat udara lain sejauh 45,000 kaki dan kemudiannya akan lepaskan roket tersebut. Enjin roket tersebut akan hidup, dan seterusnya akan bawa pesawat angkasa tu ke luar Bumi. Tambah lagi, model Virgin Galactic sokong rakaman secara langsung. Kita boleh tengok keadaan dalam pesawat tu secara jelas.

Berbeza sedikit dengan model Blue Origin, diorang ada enjin penggalak sendiri dinamakan New Shepard. Diorang tiru macam mana angkasawan Amerika Syarikat pada 1961, Alan Shepard dalam penerbangan pertama Mercury iaitu ada kapsul dan enjin penggalak. Blue Origin letak kapsul (yang membawa para penumpang) di atas enjin penggalak. Jikalau ada masalah semasa penerbangan, diorang ada sistem pembatalan, jadi diorang boleh keluar daripada roket tersebut.

Kapsul Blue Origin dikatakan boleh strim audio je, dan Bezos serta kru yang lain boleh didengari teriak “woo-hoo” dengan penuh gembira. Namun ada jugak video diorang ketika berada di luar Bumi. 8 minit selepas terbang tu, tiga payung terjun boleh dilihat dilepaskan dari kapsul kru untuk perlahankan roket diorang bagi tujuan pendaratan. Penerbangan diorang berlangsung selama 10 minit. Penerbangan Virgin Galactic lebih lama, iaitu berlangsung selama 59 minit.

Kejayaan kedua-dua syarikat aeroangkasa ni menunjukkan bahawa penerokaan angkasa tak lagi jadi suatu yang mustahil sekarang. Dulu, kita cuma kenal NASA je dalam hal-hal aeroangkasa. Kemudiannya, kita dapat melihat SpaceX lagi mengorak langkah baharu ke arah penerbangan angkasa secara komersial. Kini Elon Musk ada pesaing baru dah, dengan kedua-dua model pesawat angkasa yang tentunya akan ditambahbaik dari semasa ke semasa lepas kejayaan diorang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top