LIMA kumpulan jenayah terancang di dunia, ada yang sanggup bunuh kanak-kanak

F1

Kalau korang suka mengikuti perkembangan filem di Malaysia, korang mesti tahu tentang filem KL Gangster hasil arahan Syamsul Yusof yang telah mencetuskan fenomena dan jadi kegilaan rakyat Malaysia pada suatu ketika dulu. Tapi, kali ni kami bukan nak cerita tentang filem. Kali ni kami akan kongsikan kepada korang tentang kisah lima kumpulan gangster yang paling kejam yang ada kat dunia.

1. Mafia Camorra (Itali), mafia paling berkuasa dan mampu mengawal ekonomi dengan keganasan

Korang tahu tak tentang filem The Godfather yang keluar pada tahun 1970-an? Untuk pengetahuan korang, filem ini mengisahkan tentang kisah hidup seorang ketua mafia yang berpusat di New York dan kisah ini adalah merupakan inspirasi daripada sebuah kisah benar tau. Ideologi mafia berasal daripada negara Itali yang mana satu geng mafia telah menguasai negara tersebut dan mereka adalah Mafia Camorra.

Sonny 1812115c
Via teleghraph.co.uk

Camorra telah ditubuhkan pada abad ke-18 dan merupakan sebuah organisasi jenayah tertua dan terbesar yang ada kat Itali. Mereka terlibat dengan segala aktiviti jenayah yang wujud tapi yang membuatkan mereka terkenal adalah aktiviti peras ugut. Geng Mafia ni sering memeras ugut peniaga tempatan untuk tujuan wang perlindungan dan sekiranya mereka enggan membayar, mereka sepatutnya bersyukur jika geng mafia tersebut hanya bakar rumah mereka sahaja dan bukan membunuh ahli keluarga mereka.

Roberto Savioni yang merupakan seorang wartawan jenayah dan pakar mafia telah menyatakan bahawa Camorra adalah mafia yang paling berkuasa dan disebabkan oleh itulah mereka mampu untuk mengawal ekonomi dengan keganasan.

2. Hell’s Angels (USA), gangster yang berselindung disebalik imej kelab permotoran

Samseng jalanan atau lebih gemar kita panggil sebagai mat rempit merupakan salah satu masalah sosial yang ada kat negara kita ni. Tapi, kami rasa ia tak cukup hebat macam kat Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat, mereka ada kelab motor berkuasa besar Harley Davidson yang digelar sebagai Hell’s Angels.

1377614583
Via beritasatu.com

Hell’s Angels ni bukanlah geng rempit hujung minggu tetapi sindiket jenayah yang besar dan  digeruni. Berselindung di sebalik imej kelab motorsikal tetapi sebaliknya mereka menguasai pelbagai aktiviti jenayah seperti pengedaran dan penjualan dadah, penyeludupan senjata api dan pemerdagangan manusia. Namun, yang aneh dan peliknya Hell’s Angels ini turut mempunyai website mereka sendiri dan keanggotaan hanya dibuka untuk orang yang mempunyai kulit putih sahaja.

Untuk mengetahui kedudukan siapa yang paling tinggi dalam geng ini, korang hanya perlu lihat kepada lencana yang mereka gunakan. Sekiranya pada lencana mereka tertulis perkataan Dequiallo, ia melambangkan ahli geng tersebut telah melawan pegawai polis semasa mereka hendak ditangkap dan bersedia untuk membunuh pihak berkuasa. Rasa-rasanya Hell’s Angels ni ada tak cawangan kat negara kita?

3. P.C.C (Brazil), kumpulan gangster yang hanya gunakan telefon bimbit untuk lakukan jenayah

Geng Piranhao atau dikenali sebagai pirana besar merupakan lapan banduan yang telah menubuhkan geng Primeiro Commando Da Capital yang juga lebih dikenali sebagai P.C.C di kota Sao Paulo yang terkenal dengan penindasan para banduan.

Unnamed
Via ipa-brasil.org

Pada 2 Oktober 1992, telah berlaku pembunuhan beramai-ramai, sebanyak 111 banduan dikatakan dibunuh penjara Carandiru oleh pihak polis tentera yang cetuskan kewujudan organisasi P.C.C. Sindiket ni telah diwartakan sebagai sebuah sindiket jenayah yang terbesar di negara tersebut oleh kerajaan Brazil dengan seramai 13,000 orang ahli keanggotaan setakat ini dan ironinya seramai 6,000 ahli mereka sedang berada dalam penjara. Pada tahun 2001, setiap ahli P.C.C di 29 buah penjara di serata negara telah menjalankan rusuhan yang meragut sebanyak enam belas nyawa.

Ketua mereka iaitu Carlos Ambrosio jalankan kegiatan ni dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan satu panggilan telefon sahaja. Menggunakan simbol Yin dan Yang dengan tujuan untuk mengimbangi elemen baik dan jahat, geng ni sebenarnya ditubuhkan untuk menentang pertubuhan kerajaan seperti balai polis dan sistem kehakiman. Pada bulan Mei 2006, satu kota Sao Paulo huru hara angkara mereka, kompleks bangunan kerajaan telah dibakar dan ramai anggota polis yang telah dibunuh secara kejam.

4. Yakuza (Jepun), kumpulan gangster yang harus memotong hujung jari mereka jika melakukan sebarang kesilapan

Korang mesti kenal dengan nama kumpulan gangster Yakuza kan? Sindiket jenayah terancang yang telah lama wujud di negara Jepun ni sememangnya sangat digeruni di seluruh dunia. Seperti yang banyak kita tonton di dalam filem, Yakuza merupakan satu organisasi yang sangat unik yang sopan, berbudi bicara tetapi kejam dan tak berperikemanusiaan.

Yakuza
Via qz.com

Budaya rakyat Jepun diterapkan dengan elemen kesetiaan menjadi satu kod moral wajib bagi Yakuza. Setiap ahli baru diwajibkan untuk meninggalkan keluarga mereka bagi tujuan membuktikan kesetiaan mereka. Sebenarnya mudah untuk korang mengesan ahli yakuza, korang cuma perlu melihat pada anggota badan mereka yang pasti akan dipenuhi dengan tatoo termasuklah kemaluan mereka.

Kumpulan terbesar di bawah nama Yakuza iaitu Yamaguchi-gumi adalah sindiket jenayah terancang yang paling kaya di dunia. Mereka mengaut keuntungan berbilion-bilion dolar melalui pelbagai aktiviti jenayah seperti peras ugut, pengedaran dadah, perjudian, pelacuran dan pornografi. Sampaikan pasaran saham pun boleh dimanipulasi oleh sendiket ini tau.

Seterusnya, jika ada ahli yang melakukan kesilapan maka ahli tersebut perlu melakukan yubitsume untuk menebus dosa mereka iaitu mereka hanya perlu memotong hujung jari mereka sahaja.

5. Mara Salvatrucha (Los Angeles), membunuh tanpa mengira jantina dan umur seseorang

Bagi sesetengah orang simbol rock mungkin sangat sinonim dengan muzik heavy metal tetapi hati-hati kerana korang mungkin akan disalah anggap sebagai salah seorang ahli kepada sindiket jenayah yang paling kejam dan ganas yang ada kat dunia. Kalau korang nak tahu, simbol ini adalah merupakan pengenalan diri bagi sendiket jenayah antarabangsa yang dikenali sebagai Mara Salvatrucha atau lebih dikenali sebagai MS-13.

Como Opera La Mara Salvatrucha De La Que Uno De Sus Miembros Fue Apresado En Rd
Via archyworldys.com

Organisasi ni bermula di Los Angeles dengan diasaskan oleh pelarian daripada negara El Salvador tapi pengaruh geng ini telah tersebar luas di negara Amerika Syarikat dan juga benua Amerika Tengah yang ada ahli seramai lebih 70,000 orang. Bertatoo di seluruh badan, geng ini menjalankan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata api, rompakan bersenjata serta pembunuhan beramai-ramai adalah merupakan satu rutin harian mereka. Disebabkan kumpulan ini terlalu bahaya, pihak FBI terpaksa menubuhkan sebuah pasukan khas untuk melawan mereka. Ya, hanya untuk melawan mereka sahaja tau.

Mara Salvatrucha sangat ganas dan tak berhati perut ketika jalankan operasi jenayah mereka; tak kiralah wanita, kanak-kanak atau bayi pun akan dibunuh tanpa belas kasihan. Kes yang berlaku pada 23 Disember 2004, enam orang ahli kumpulan ini menahan sebuah bas awam di negara Honduras dan telah lepaskan tembakan rambang yang telah mengorbankan kesemua nyawa 28 orang penumpang yang rata-ratanya adalah wanita dan kanak-kanak.

https://www.youtube.com/watch?v=Gwjv1l7jynU

Seterusnya, media barat juga pernah kecoh dengan dakwaan yang mana kumpulan ini sebenarnya telah bekerjasama dengan pihak Al-Qaeda untuk jalankan serangan ke atas Amerika Syarikat. Untuk memasuki kumpulan ini, setiap ahli baru wajib dibelasah secara beramai-ramai selama 13 saat.

Sebaiknya korang jauhkanlah diri daripada budaya gangsterisme ni

Tujuan kami kongsikan artikel mengenai gangster ni bukan untuk mempromosikan budaya gangsterisme kepada korang, tapi sebagai peringatan kepada korang bahawa budaya gangsterisme ni bukanlah satu budaya yang baik dan cool seperti yang korang selalu bayangkan. Silap hari bulan, korang boleh dibunuh oleh musuh atau kawan korang sendiri tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *