Ramai mengadu ditolak permohonan BPN, padahal layak. Ini nasihat kepada kerajaan

F1
Ramai mengadu ditolak permohonan BPN, padahal layak. Ini nasihat kepada kerajaan

Semalam kita diberitahu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sepatutnya tamat Khamis ni dilanjutkan sehingga 9 Jun. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata, keputusan untuk lanjutan PKPB selama sebulan lagi tu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun 2020. Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” – Muhyiddin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Cuma dalam pengumuman ni, ada keresahan rakyat yang semakin kedengaran. Keresahan ni sepatutnya didengar oleh kerajaan, kerana ia melibatkan “nyawa” rakyat.

Ramai yang layak dapat BPN ditolak permohonannya, nampaknya kerajaan masih guna data lama rakyat

Di antara masalah terbesar yang sedang dibincangkan oleh netizen sejak beberapa hari lepas adalah – orang yang layak terima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), tak dapat bantuan ni. Kebanyakan orang yang cakap macam ni sememangnya layak dan harapkan bantuan tu, dan tengah dalam keadaan terdesak seperti sekarang setelah hampir dua bulan tak dapat bekerja.

Sistem rayuan perlu dibuka dan dipercepatkan prosesnya supaya mereka yang layak dapat bantuan tak akan ketinggalan atau tersisih. Kebanyakan orang yang tak lulus sebab ada daftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tapi sebenarnya dah banyak syarikat yang didaftarkan ni dah tak beroperasi. Diorang daftar suka-suka je. Lagi satu, masa PKP, mana boleh bukak perniagaan. Mengandaikan orang yang dah daftar dengan SSM sebagai berduit adalah satu kesalahan yang besar.

Contoh paling senang, dilaporkan ramai bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan) yang diberhentikan kerja tahun lepas kecewa sebab tak dapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana dikatakan tak layak.

Ew
Via Sinar Harian

Selain daripada lebih 1,000 bekas kakitangan Utusan yang tak dapat bantuan tu, dipercayai kehilangan kerja ni turut dialami oleh lebih 100,000 rakyat kita, diorang terpaksa berhenti kerja tahun ni atau tahun lepas.

Kata bekas kakitangan Utusan, apa yang lebih malang, sehingga kini, diorang masih belum terima tunggakan gaji sepenuhnya dan tak dapat apa-apa bayaran imbuhan pampasan dari majikan. Rata-rata bekas kakitangan Utusan yang hilang kerja masih belum dapat pekerjaan baru dengan majoriti hanya lakukan kerja-kerja sampingan seperti memandu e-hailing atau berniaga kecil-kecilan dengan pendapatan kecil untuk menyara kehidupan keluarga.

Sedih kami dibuatnya. Via Giphy

Alasan yang diberikan laman web BPN sebelum ini adalah ‘tidak layak kerana mempunyai pendapatan melebihi kelayakan’ dan alasan terbaru rayuan ditolak pula adalah “tidak layak kerana pendapatan melebihi RM4,000 atau RM8,000.”

Nampaknya pihak yang uruskan BPN masih guna sistem semakan yang sama seperti sebelum ni iaitu hanya gunakan data pendapatan pemohon dan perayu berdasarkan pendapatan yang direkodkan LHDN tahun lepas.

“Kami semua tiada kerja sejak Oktober tahun lepas dan masih mencari kerja baru. Kenapa dikatakan masih mempunyai pendapatan melebihi RM8,000?,” – Wan Norashikin, salah seorang bekas editor majalah di Utusan, seperti yang dilaporkan Edisi9

Ew
Via BebasNews

Tambahnya, kebanyakan daripada bekas kakitangan Utusan yang diberhentikan kerja dan yang ambil VSS kini hanya lakukan kerja-kerja sampingan untuk menyara kehidupan dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Sepatutnya dalam borang rayuan, BPN mintak bukti pendapatan permohonan baru atau rayuan tapi borang rayuan/permohonan baru sangat ringkas hingga buatkan ramai rakyat yang tak layak juga memohon.

Kemaskini data yang lapuk dengan kaedah baru, kerajaan juga perlu umumkan bentuk bantuan baru

Salah satu sebab benda ni berlaku – kita takde satu sistem penyimpanan data yang dikemaskini dan rentas kementerian. Walaupun kewujudan “database” mempunyai risiko seperti digodam atau dimanipulasi oleh kerajaan – ia perlu diwujudkan dengan framework keselamatan dan ketelusan. Selagi ia tak dilaksanakan, selagi itulah kita akan berhadapan dengan keciciran dalam memberi bantuan kepada rakyat.

Via Giphy

Kita boleh mengambil contoh negara-negara yang telah “mendigitalkan” rakyat mereka supaya bentuk bantuan dan data penting dapat dikoordinasikan dengan betul. Zaman sudah bergerak ke hadapan, tapi negara kita masih lagi menggunakan keadah lama untuk menyimpan data; dan selalunya apabila maklumat itu perlu merentasi kementerian atau jabatan; ia tidak dapat dikoordinasikan dengan betul. Sampai bila kita nak berada sebagai negara kuno dalam penyimpanan dan pengurusan data?

Sekiranya isu ini tak diselesaikan, ia akan beri imej yang buruk kepada Perikatan Nasional. Kerajaan hari ni akan dilihat sebagai kerajaan yang abaikan rakyatnya kerana mereka gagal untuk perkenalkan sistem yang lebih sistematik dan teratur untuk uruskan data rakyat. Padahal, ia bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan, mengambil kira teknologi yang kita ada pada hari ini.

Selain tu, memandangkan kerajaan telah mengumumkan PKPB akan dilanjutkan sebulan lagi; kerajaan perlu segera mengumumkan bentuk bantuan baru kepada rakyat. Sebabnya bantuan sebelum ini hanya untuk menampung bebanan rakyat pada bulan April dan Mei. Kerajaan tak boleh lambat dalam pengumuman, jika terlalu lambat – akan ada rakyat yang kebulur.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top