LIMA penjara yang kejam di seluruh dunia, ada yang terpaksa berdiri siang dan malam

F1

Bagi mereka yang pernah melakukan jenayah, pasti mereka dah tahu tentang bagaimana suasana menjalani kehidupan di dalam penjara. Kat negara Brazil, terdapat penjara yang boleh meringankan tempoh hukuman seseorang banduan tu dengan syarat perlu membaca buku, kaedah tu macam baik kan. Kali ni kami akan kongsikan kepada korang tentang lima buah penjara yang paling kejam yang ada kat dunia…

1. Penjara Pulau Rikers (USA), penjara yang memiliki pengawal penjara serta banduan paling kejam kat dunia

Amerika Syarikat sangat terkenal sebagai negara yang ada sistem sekuriti yang efisien. Namun, negara ini juga tak terkecuali sebagai salah sebuah negara yang ada sistem penjara yang paling kejam dan berbahaya di dunia.

8909778b Ee79 401e 9e73 8718e64658e9
Via slate.com

Rikers Island Prison atau Penjara Pulau Rikers sememangnya sebuah penjara yang terkenal dan sering dijadikan sebagai rujukan dalam banyak penerbitan filem serta program televisyen. Penjara yang dihuni oleh barisan banduan yang ganas seperti geng samseng, perogol, pengedar dadah, dan pembunuh bersiri.

Tapi, apa yang lebih kejam adalah barisan pengawal penjaranya pernah dikatakan merogol seorang banduan wanita yang telah ditahan didalam bilik penjara solo yang mana dia telah ditemui dalam keadaan kaki dan lehernya diikat menggunakan cadar katil. Selain tu, seorang banduan yang ada masalah sakit mental yang dikenali sebagai Bradley Ballard ditemui mati di penjara ni dalam keadaan berbogel, muka dipenuhi najis dan kemaluannya membengkak dan bernanah.

Pada tahun 2003, dalam tempoh enam bulan je ada enam banduan yang telah menggantung diri mereka kerana tak tahan dengan keadaan serta layanan yang diterima oleh banduan lain dan para pengawal penjara.

2. Penjara Pulau Petak (Rusia), penjara yang menyeksa banduannya dengan cara psikologi

Di Rusia, lebih kurang 460 kilometer arah utara Moscow terletaknya sebuah penjara yang dikenali sebagai Penjara Pulau Petak. Ia merupakan sebuah kompleks penjara dengan tahap keselamatan maksimum yang dikelilingi dengan sebuah tasik yang luas.

Alca 120807 Fs 03 1
Via share.america.gov

Penjara yang menempatkan seramai 193 banduan yang kesemuanya merupakan banduan yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Di penjara ini memang tak ada masalah pergaduhan, keganasan dan tiada pengawal penjara yang kejam tetapi kesemua banduan yang ada kat sini diseksa secara psikologi. Mereka akan dikurung selama 22 jam 30 minit setiap hari di bilik penjara kecil tanpa ada radio, televisyen atau sebarang bentuk hiburan.

Selain tu, satu jam setengah di luar bilik penjara pula mereka akan dikurung dalam sebuah sangkar kecil seperti seekor binatang dan semasa musim sejuk para banduan terpaksa hidup dalam keadaan beku dengan suhu serendah -40 darjah celsius. Kalau korang nak tahu, hanya mereka yang berjiwa kental sahaja boleh bertahan kat penjara ni dan yang gagal telah menjadi gila setelah beberapa tahun dikurung dalam penjara ni.

3. Penjara yang mana banduannya menjadikan daging rakan mereka sendiri sebagai santapan mereka

Sebuah padang bola sepak kebiasaannya menempatkan seramai 22 orang pemain. Bayangkan pula separuh saiz padang bola tetapi menempatkan seramai 7,000 manusia? Begitulah keadaan di Penjara Gitarama di negara Rwanda yang mana merupakan penjara paling sesak dan padat yang ada kat dunia.

penjara gitarama
Via republika.co.id

Bangunan ini sebenarnya dibina hanya untuk menempatkan seramai 400 orang banduan sahaja tetapi kini ianya telah menjadi rumah kepada lebih 7,000 orang banduan. Ramai banduan yang dijatuhkan hukuman mati di sini telah mati sebelum hukuman dijalankan lagi disebabkan kelaparan, mati lemas, mati disebabkan penyakit dan banyak lagi. Dikatakan bahawa penjara ini sangat kekurangan dana dan makanan sememangnya menjadi masalah utama.

Tambahan pula, ribuan banduan yang ditahan di sini terlibat dalam kes genocide ataupun penghapusan etnik pada tahun 1994. Disebabkan itu, untuk membunuh rakan satu penjara dan memakan mayat mereka merupakan sebuah perkara dan senario biasa di dalam penjara ini. Selain itu, di Penjara Gitarama ini juga tidak mempunyai bilik-bilik penjara seperti yang umumnya kita ketahui.

Para banduan perlu merebut ruang dan ramai yang perlu berdiri sepanjang hari dan malam di atas lantai yang kotor dengan najis mereka sendiri. Bayangkan jika sistem penjara yang ada kat Malaysia seperti ini, korang rasa ada lagi tak manusia yang sanggup melakukan jenayah?

4. Penjara La Sabaneta (Venezuela), penjara yang paling kerap berlakunya rusuhan dan pembunuhan setiap tahun

Pengawal penjara bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan serta segala aktiviti para banduan tetapi terdapat sebuah penjara yang ada kat dunia ni yang menjadi saksi kepada pertumpahan darah dan mengakibatkan 108 banduan kehilangan nyawa. Peliknya, para pengawal penjara yang ada kat situ hanya melihat segala kejadian tersebut seperti sedang menonton wayang.

20120314 Prisons Slide Q5ke Jumbo
Via nytimes.com

Kejadian yang berlaku pada Januari 1994 hanyalah salah satu daripada banyak lagi tragedi berdarah yang berlaku kat Penjara La Sabaneta yang terletak di Venezuela. Penjara ni telah dibina untuk menempatkan seramai 700 orang banduan tetapi 3,700 banduan telah dimampatkan dan dipenjarakan dalam satu bangunan ini. Penjara La Sabaneta adalah penjara yang menempatkan penjenayah berbahaya yang kebanyakannya adalah ahli-ahli geng atau sindiket dadah.

Disebabkan perkara tersebutlah telah kerap berlakunya aktiviti rusuhan di antara geng-geng yang bermusuh dan kes-kes pembunuhan antara mereka mencatatkan purata 69 peratus kematian yang berlaku di penjara ini setiap tahun. Pada September 2013, telah berlakunya satu pertempuran di antara dua geng samseng yang bermusuh yang mana mengakibatkan seramai 16 orang telah dijumpai maut dengan anggota badan mereka bertaburan dan badan yang telah dipenggal kepala.

5. Penjara Tuol Sleng (Kemboja), penjara yang berikan banduannya bubur nasi yang telah basi

Kemboja merupakan negara jiran yang sangat hampir dengan Malaysia tetapi mungkin sesetengah daripada kita tak tahu yang negara Kemboja pernah menjadi medan pembunuhan beramai-ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat negara ini masih segar dengan memori pemerintahan rejim komunis paranoid iaitu Khmer Rouge.

Penjara Tuol Sleng atau penjara S-21 di ibu kota Phnom Penh asalnya merupakan sebuah sekolah dan ia telah ditukarkan menjadi sebuah penjara yang menempatkan tahanan-tahanan politik. Ribuan daripada mereka dipaksa hidup dalam keadaan yang lebih teruk daripada seekor binatang. Untuk pengetahuan korang, mereka yang ditahan di sini tidak mengira usia sama ada mereka itu tua, muda, ayah, ibu dan kanak-kanak.

Kesemua mereka dibogelkan dan dirantaikan kaki mereka dengan besi yang berkarat serta diberi makanan bubur yang basi bersama sup daun dan dilarang sama sekali untuk bercakap.

Setiap tahanan akan disoal siasat dengan dakwaan yang tidak masuk akal contohnya seperti dituduh menjadi ejen CIA, KGB, FBI dan jika mereka tak mengaku maka mereka akan diseksa secara teruk. Seramai 20 ribu tahanan telah disiksa dan dibunuh dipenjara Tuol Sleng ini. Kekejaman yang berlaku di negara Kemboja umumnya menjadikannya sebagai rejim pembunuhan beramai-ramai yang terkenal dalam sejarah zaman moden dengan dianggarkan 1.5 juta hingga 2 juta orang menjadi mangsa.

Korang jangan pulak anggap semua penjara yang ada kat dunia ni adalah kejam tau

Tapi korang jangan tersalah anggap tentang penjara tau. Tidak semua penjara adalah kejam seperti mana yang kami telah senaraikan kat atas. Selain itu, tidak semua mereka yang melakukan kesalahan jenayah itu adalah berpunca daripada kehendak mereka, kadang-kadang ada je yang terpaksa melakukan jenayah demi kelangsungkan kehidupan mereka. Cumanya, kalau korang tak nak masuk penjara, jangan buat jenayah ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *