Akibat pandemik COVID-19 graduan akan sukar untuk mencari kerja, ramai hilang pekerjaan

F1

Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh rakyat ketika pandemik COVID-19 melanda dunia adalah kehilangan pekerjaan. Impak ekonomi tak boleh bawak main-main, ia juga boleh bawa kepada “kematian”. Seseorang yang terkena jangkitan COVID-19 boleh mati sekiranya tak dapat rawatan, dan kena ingat – seseorang itu juga boleh mati sekiranya tak mampu beli makanan akibat kehilangan pekerjaan.

Fenomena hilang pekerjaan ni dah berlaku di seluruh dunia, ramai yang terkesan; dan bantuan daripada kerajaan nampaknya masih tak mencukupi dan perlu diperhalusi. Contohnya di Malaysia, di satu negeri ni…

Di Johor, ada 398 mohon untuk berhentikan pekerja atau kurang gaji diorang

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor (JTKNJ) terima permohonan pemberhentian kerja dan pengurangan gaji daripada 398 majikan yang libatkan 15,597 pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan kata, permohonan pemberhentian kerja tu libatkan pemberhentian tetap sebanyak 1,443; pemberhentian sukarela (180); pemberhentian sementara (2,864) dan pengurangan gaji (11,110).

Via Giphy

“Ini selaras dengan Seksyen 63 Akta Kerja 1955, pihak majikan diwajibkan mengemukakan sebarang penyata perihal pekerja sama ada pengambilan atau pemberhentian pekerja melalui Borang Pemberhentian Kerja (PK),” – R Vidyananthan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Untuk pastikan majikan patuhi peraturan semasa PKP, JTKNJ wujudkan Skuad Khidmat Cepat (SKC) untuk kendalikan aduan secara bersama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP). Antara langkah diambil adalah menghubungi majikan yang mendapat aduan sebelum beri nasihat untuk patuhi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Brazil Drugs Raids Police Surge Into North Rio Slums
R Vidyananthan. Via Berita Harian

Sekiranya majikan masih gagal untuk patuhi arahan tu, Pasukan Petugas Khas (PPK) akan panggil majikan untuk hadir ke pejabat bagi tujuan pematuhan arahan yang dikuatkuasa. Jika terus ingar arahan katanya, Pasukan Petugas Khas (PPK) dikehendaki membuat lawatan ke atas premis majikan dan sekiranya perlu boleh melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Akta 342.

MIER menganggarkan sebanyak 2.4 juta akan kehilangan pekerjaan, graduan sukar nak cari kerja

Keadaan ekonomi di seluruh dunia semakin teruk akibat krisis COVID-19, macam contoh yang kami bagi kat atas, ramai orang akan hilang pekerjaan. Kerajaan dah tawarkan beberapa bentuk bantuan untuk syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk elakkan diorang gulung tikar akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Covid 19
Via FEM

Suntikan dana yang kerajaan bagi (kami selalu kata perlu ditambah dan dibahaskan di Parlimen) tak dapat jamin kestabilan mana-mana pihak termasuklah golongan majikan dan pekerja. Antara yang terkesan adalah graduan universiti yang baru nak cari kerja. Keadaan ‘normal baru’ menyebabkan kadar pengambilan pekerjaan dilaporkan semakin berkurangan.

Penganalisis ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, ramalkan peluang pekerjaan yang wujud pada tahun ni akan lebih sedikit dan kadar pengangguran akan meningkat.

“MIER (Malaysia Institute of Economic Research) menganggarkan sebanyak 2.4 juta akan kehilangan pekerjaan. Berdasarkan data dan keadaan ekonomi semasa peluang pekerjaan untuk enam bulan akan datang agak terhad. Rakyat sukar untuk memilih pekerjaan,” – Dr Mohd Yusof, seperti yang dilaporkan AWANI

Brazil Drugs Raids Police Surge Into North Rio Slums
Dr Mohd Yusof. Via AWANI

Dr Yusof kata rakyat juga dah mula terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, apa lagi dengan ketiadaan pendapatan di saat-saat kritikal ni. Graduan universiti kini perlu cari alternatif lain untuk tampung kehidupan diorang.

Ada graduan yang buat dua kerja untuk tampung kehidupan di bandar

Realiti graduan di Malaysia sukar, kemunculan COVID-19 menjadikan situasi diorang bertambah sukar. Dalam satu laporan AWANI – Ameera Syahidah, 24 tahun, lakukan dua pekerjaan dalam satu masa untuk menyara kehidupannya.

“Selain memberi fokus kepada pekerjaan sepenuh masa sebagai barista, saya juga ada membuat bisnes sampingan menjual kek batik bersama adik saya. Kami berdua memutuskan untuk mencari duit sampingan sepanjang waktu PKP ini. Saya memilih untuk membuat dua pekerjaan pada satu masa kerana gaji saya tidak seberapa dengan komitmen yang saya ada,” – Ameera, seperti yang dilaporkan Astro AWANI.

Brazil Drugs Raids Police Surge Into North Rio Slums
Lelaki ni satu ketika dulu pernah menghiburkan kita semua. Via Infokini

Ameera berpendapat ramai graduan yang sanggup buat dua hingga tiga pekerjaan untuk tampung kehidupan terutamanya di kawasan bandar. Kebanyakan graduan universiti pada waktu ni terpaksa masuk sektor ekonomi gig yang tak tawarkan perlindungan sosial pekerja demi jana pendapatan yang mencukupi.

Dengan penguatkuasaan PKP, ia mengehadkan pergerakan graduan, terutamanya dalam usaha nak cari kerja. Nak datang temuduga tak boleh, dan kebanyakan syarikat pulak terkesan hebat akibat COVID-19. Cuma, dari sudut positif, situasi ni tingkatkan prestasi ekonomi digital atas permintaan yang tinggi oleh rakyat.

Bagi graduan bidang psikologi, Ahmad Zakiy Mohsin Zulbahri, 24 tahun, dia berpendapat graduan yang terjejas perlu terima apa je peluang yang ada dalam keadaan ekonomi yang tak menentu.

“Industri ekonomi digital sekarang sedang naik walaupun industri lain sedang terjejas akibat COVID-19. Jadi sebagai lepasan graduan, saya perlu bersedia untuk meningkatkan kemahiran saya dalam bidang digital untuk masa hadapan,” – Ahmad Zakiy, seperti yang dilaporkan AWANI

Ahmad Zakiy tak memiliki pendapatan sementara tunggu pekerjaan barunya dalam bidang sumber manusia yang dijangka bermula pada awal bulan Jun akibat pelaksanaan PKP. Cuma, pada waktu lapang; ia memberi peluang kepadanya untuk menambah kemahiran baru.

Ramai pekerja yang ada bekerja di bawah kelayakan, ia dah lama berlaku dalam pasaran buruh kita

Menurut kajian Khazanah Research Institute, sebanyak 95 peratus pekerja muda berada dalam kategori pekerjaan tak berkemahiran dan 50 peratus daripada jumlah tu didapati ada kelayakan pendidikan yang lebih tinggi berbanding skop pekerjaan tu. Dr Yusof kata kemelut tu dah lama ‘bersarang’ dalam pasaran buruh.

“Ia adalah satu isu struktur yang perlu ditangani segera. Untuk tahun 2018 sahaja, 24 peratus graduan bekerja di pekerjaan yang tidak sama dengan kelayakan mereka,” – Dr Yusof , seperti yang dilaporkan AWANI

Semasa tempoh PKP dan pasca-PKP, kadar ketidakpadanan graduan dijangka akan bertambah besar. Dia turut berpendapat keutamaan perlu diberikan pada kehidupan pasca-PKP. Sebabnya tak banyak perkara yang boleh dilakukan semasa tempoh PKP selain jalankan aktiviti perniagaan secara atas talian dan aktiviti-aktiviti ekonomi terhad yang dibenarkan.

Perniagaan yang mancanak naik ketika pandemik COVID-19. Via Giphy

Dr Yusof turut kata ekonomi dalam tempoh pasca-PKP dijangka akan bergerak perlahan sehingga vaksin ditemui. Normal baru dijangka akan perlahankan ekonomi. Oleh sebab ni, pelajar lepasan universiti dalam masa sama perlu tempuhi krisis ni sementara tunggu peluang pekerjaan yang ideal. Berikut beberapa langkah perlu diberi perhatian oleh graduan di bandar.

  1.  Bersedia menghadapi lanskap baharu ekonomi yang akan memberi impak kepada pasaran buruh seperti jadual kerja yang fleksibel dan penjarakan sosial.
  2. Mengenal pasti risiko pekerjaan akibat pandemik. Kepada mereka yang ingin mencari pekerjaan baharu, mereka perlu mengetahui sama ada pekerjaan tersebut berisiko tinggi atau tidak akibat pandemik.
  3. Kos sara hidup di bandar pasca COVID-19 dijangka akan lebih tinggi jika ekonomi tidak pulih sepenuhnya.

Mungkin sudah masanya kerajaan melihat kewajaran Universal Basic Income (UBI)…

Kadar bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yang hilang pekerjaan melalui Perkeso masih lagi terlalu rendah jika dibandingkan dengan keperluan harian rakyat. Mungkin ini masanya kerajaan melihat keperluan Universal Basic Income (UBI) dalam tempoh tertentu untuk mengimbangi kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *