Dr Maszlee, pembelajaran yang seronok tidak semestinya relevan dengan industri pekerjaan

F1

Seperti yang kami pernah tulis beberapa hari lepas, ada beberapa faktor yang menyebabkan Dr Maszlee Malik dinasihati untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Walaupun ia terpalit dengan pelbagai isu, tetap sahaja peletakkan jawatannya pada awal tahun 2020 adalah sesuatu yang mengejutkan

Ramai yang fikir orang Melayu tak pentingkan pendidikan, tapi sebenarnya benda tu salah…

Bagaimana Maszlee yang ramah dan mesra, kehilangan posisinya untuk kekal sebagai Menteri Pendidikan? Ada yang akan kata kerana kontroversi terhadap khat atau Jawi. Orang lain pulak kata ia disebabkan pertukaran kasut hitam pelajar sekolah rendah.

S1
Ucapan terakhir sebagai Menteri Pendidikan. Via FMT

Ada juga yang berpandangan Maszlee kurang berani untuk selesaikan isu yang bekaitan kumpulan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong. Cuma susah nak hadam kalau disebabkan tiga muka surat yang tak diwajibkan pun, menyebabkan Maszlee kehilangan jawatannya.

Banyak jugaklah sebab lain yang memungkinkan perkara ni terjadi. Banyak yang munasabah tapi sampai hari ni kita tak tahu yang mana satu. Apa yang pasti, ada perubahan besar dalam kesedaran berkenaan kepentingan pendidikan sejak awal Tanah Melayu.

Bertentangan dengan pandangan popular orang Melayu tak peduli dengan pendidikan anak-anak diorang, sebenarnya diorang ambik berat. Pendidikan untuk anak-anak ni adalah antara benda yang ibu bapa ambik berat. Ini sebabnya orang Melayu tidak pernah berhenti menghantar anak-anak mereka kepada sekolah mubaligh Arab, Islam, Kristian dan sekolah Cina.

Jika kita lihat, kebanyakan anak muda Melayu pada hari ni dah ada pendidikan tinggi. Di Hospital Ampang Puteri, yang diuruskan oleh KPH Holdings, senarai pakar Melayu; cenderung dipenuhi dengan nama seperti Abdullah atau Munirah atau Amina. Ia menunjukkan orang Melayu amat mengambil berat tentang pendidikan.

S1
Via Astro Awani

Itulah sebabnya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed nak jadi Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan. Dia tahu ketika itu, pendidikan adalah kunci untuk memenangi hati orang Melayu dan jika boleh menang hati orang Melayu, maka kaum etnik Cina dan India, yang lebih lantang menuntut pendidikan yang baik, akan lebih mudah ditawan.

Masyarakat tak fokus tentang pembelajaran yang seronok, mereka nak pembelajaran yang relevan dengan kerja

Pendidikan bukan je mampu untuk menyatukan rakyat Malaysia, ia juga mampu untuk memecah belahkan kita. Pada 9 Mei 2018, ketika pengundi memilih untuk menolak BN, salah satu sebabnya; walaupun jarang disebutkan, adalah cerita Rosmah Mansor memaksa kanak-kanak dari semua peringkat umur di Malaysia untuk filem keluaran anaknya Riza Aziz yang dikatakan diterbitkan menggunakan wang 1MDB.

Kalau korang masih ingat, nama filem tu adalah The Wolf of Wall Street. Filem ni mengandungi babak para broker saham yang mengamuk dengan kokain, terlibat dalam aksi seksual secara terbuka dan pertunjukan yang luar biasa melalui kekayaan yang diorang miliki.

Keputusan Maszlee untuk tinggalkan jawatannya adalah tepat kerana dia terlalu fokus untuk bawa mesej “belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan” sedangkan rakyat Malaysia fokus dengan “bagaimana pendidikan relevan dengan kerja”.

S1
Via SelangorKini

Di Kesatuan Eropah misalnya, ada kajian menunjukkan pada tahun 2030, 30 peratus daripada pekerjaan sekarang akan hilang secara kekal. Dalam kajian yang lain, ada kajian telah menunjukkan bahawa 85 peratus pekerjaan dalam dekad yang akan datang masih belum diwujudkan.

Via Giphy

Memang kedua-dua dapatan ini cuma statistik je, Kementerian Pendidikan, terutama menteri, tidak sepatutnya pergi ke sekolah-sekolah hanya untuk menggalakkan pelajar-pelajar muda rasa seronok. Mereka harus diberitahu untuk membaca, berfikir dan bekerja keras, berdasarkan apa yang ada dalam dunia sebenar, untuk mengukuhkan asas mereka dengan betul.

Pengganti Dr Maszlee kena belajar dari kesilapan, harus lebih yakin dalam keputusan

Sekarang kita tengah berbincang tentang pengganti Maszlee; ramai yang menjangkakan ia akan datang daripada wakil Bersatu. Tugas Menteri Pendidikan ini bukanlah sesuatu yang mudah, kalau cepat koyak, memang akan gagal. Kita perlukan seseorang yang berpengalaman dan ada keputusan yang tegas dalam apa-apa isu, terutamanya isu yang hangat.

Paling penting, dia haruslah bekerja dengan Kabinet dan tak bawak kepala sendiri.

Artikel ini diterjemahkan dan disunting daripada artikel yang bertajuk M is for Maszlee tulisan Rais Hussin. Artikel asal diterbitkan oleh MalaysiaKini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *