Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Isu Semasa

Cuaca panas di Malaysia sehingga hujung Mac, hati-hati ular mungkin keluar

By Subeditor
January 6, 2020 3 Min Read
Comments Off on Cuaca panas di Malaysia sehingga hujung Mac, hati-hati ular mungkin keluar

Kami sekarang jarang keluar rumah pada waktu cuti, sebab panas dia tak boleh bawak bincang. Kalau kena aircond banyak sangat time musim panas ni; kepala pulak naik pening. Sebab badan pun jadi keliru – kejap panas, kejap sejuk. Apa yang buat kami lagi risau, nampaknya cuaca macam ni dijangkakan akan berterusan sehingga sekurang-kurang bulan Mac.

Permulaan tahun 2020 kita tak disambut dengan kereta terbang, tapi rasa panas. Bukan setakat cuaca je yang panas, perasaan dalam hati pun turut dirasa panaskan?

MET ramalkan cuaca panas dan hujan yang kurang sehingga penghujung Mac

Bagi yang tak tahu, Malaysia tengah berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan sebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac. Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan maklumkan cuaca kering terutamanya di utara negeri Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Perak selain Kelantan dan Terengganu.

https://www.facebook.com/malaysiamet/photos/a.330711973645439/2558136524236295/?type=3&theater

Menurut kenyataan kat atas ni, keadaan hujan mulai berkurangan di utara Kedah dan Perlis apabila beberapa kawasan tidak menerima hujan selama dua minggu. Dua negeri ini juga dijangka menerima defisit hujan antara 20 hingga 40 peratus berbanding jumlah biasa.

Pada bulan Februari, situasi sama dijangka akan berlaku di Pulau Pinang, Perak Utara, utara Kelantan, utara Terengganu dan timur Sabah. Bagi Melaka dan Negeri Sembilan, walaupun dijangka akan terima jumlah hujan yang biasa tapi Februari merupakan bulan yang sememangnya kurang hujan.

Panas weh. Via Giphy

MET Malaysia ada jugak terima maklumat bahawa jumlah paras air di empangan tertentu mengalami penurunan berbanding kebiasaan. Pada penghujung Monsun Timur Laut kebiasaannya negara akan mengalami cuaca yang agak panas di kawasan tertentu.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya. Dapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia,” – Kenyataan MET Malaysia, seperti yang dipaparkan di website rasminya

Apabila cuaca terlalu panas, ular selalunya akan datang untuk cari tempat berteduh

Cuaca panas yang mula melanda sejak awal bulan lepas menyebabkan kes panggilan tangkapan ular meningkat. Kehadiran ular ni dijangka meningkat dua kali ganda untuk mencari perlindungan dan makanan. Selain tu, ular akan bertindak agresif ketika cuaca panas disebabkan ia menjadi cepat lapar dan mudah salin kulit.

Tapi kalau korang duduk dekat bandar, jangan risaulah. Korang naik ular besi je, peratusan untuk ular datang menziarahi korang adalah rendah.

S1
Via Berita Harian

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof kata berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca panas dijangka berlaku sehingga Mac.

Dia kata, berikutan itu anggotanya sudah bersiap sedia untuk menerima banyak kes berkaitan panggilan khidmat kemanusiaan menangkap ular di negeri ini.

“Berdasarkan rekod sepanjang tahun 2019, daerah Kota Setar menunjukkan rekod panggilan berkaitan ular paling tinggi iaitu 1,079 berbanding Padang Terap 1,031 diikuti Kuala Muda 917 dan Kubang Pasu 751,” – Mohd Muaz Mohd Yusof, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Bersalin kulit. Via Giphy

Katanya, antara jenis ular paling banyak adalah tedung selar, tedung senduk, sawa dan susuk kerbau. Cuaca panas juga akan turut menyebabkan ular yang jarang ditemui turut keluar dari habitatnya untuk mencari perlindungan. Biasanya ular suka tempat lembap dan sejuk untuk berlindung dan biasanya ia akan “menumpang” di atas alang rumah, bilik tidur, bawah katil, dalam almari, kabinet dapur dan rak kasut.

Orang ramai dinasihatkan supaya tak memukul ular terutama spesis yang berbisa sesuka hati kerana ia boleh mengundang maut atau kecederaan yang berpanjangan sekiranya dibiarkan. Jadi nak jadi hero tak bertempat. Sebaiknya korang boleh terus menghubungi anggota penyelamat untuk bantu menangkap ular yang memasuki kediaman atau reban haiwan ternakan.

Untuk elakkan korang kena strok haba, baik rancang aktiviti luar dengan teliti

Dalam cuaca panas dan kering seperti sekarang, korang kena kurangkan aktiviti luar. Elak dedahkan diri kepada cahaya matahari keterlaluan yang boleh sebabkan strok haba. Bagi yang kaki bersenam, pilih waktu lebih sejuk seperti awal pagi atau malam untuk lakukan aktiviti kecergasan.

Sebabnya terdedah kepada sinaran matahari terik boleh beri kejutan kepada tubuh sehingga menyebabkan kegagalan pengawalan mekanisme penyejukan semula jadi tubuh. Akhirnya korang akan pening, muntah dan akhirnya pitam.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1a
Previous

Australia terbakar teruk, Perdana Menteri diorang relaks je baru balik dari melancong

F1
Next

Dr Maszlee, pembelajaran yang seronok tidak semestinya relevan dengan industri pekerjaan

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme