Sayur kangkung diharamkan di Amerika Syarikat, ini sebabnya

kangkung1

Kangkung merupakan salah satu sayur yang memang popular di Asia. Macam-macam kita boleh masak dengan kangkung ni. Dahlah senang masak, mudah jugak didapati dan ditanam sendiri. Bagi tekak orang Asia, kangkung ni boleh dikatakan antara bahan utama dalam masakan lain seperti nasi goreng atau mi goreng.

Walaupun begitu, tahukah korang bahawa sayur kangkung ni diharamkan untuk ditanam kat Amerika Syarikat? Bukan tu je, dikatakan bahawa ada sesetengah komuniti masyarakat di sana tak berkenan pun nak seludup dan jual sayur ni. Kalau diorang nak makan pun, diorang kena pandai-pandai cari kat kedai atau pasar Asia di sana. Rupanya ada sebab kenapa macam tu…

kangkung
Via Maggi.my

Sayur kangkung ni rupanya tumbuhan asing di Amerika Syarikat, dikhuatiri punca keracunan makanan

Kalau di Asia, termasuklah Malaysia sendiri… kita suka makan kangkung dan secara terbuka boleh jual serta beli sayur kangkung ni. Petik depan rumah pun takde masalah. Namun berlainan situasinya pula dengan Amerika Syarikat. Bagi diorang, kangkung ni diklasifikasikan sebagai suatu tumbuhan asing dan boleh merosakkan ekosistem diorang kat sana. Tu sebab sesetengah negeri di Amerika Syarikat ni masih lagi haramkan penjualan sayur kangkung. Ada jugak negeri-negeri lain di sana yang mengetatkan penanaman sayur tersebut. Sesiapa yang nak tanam mesti ada permit kebenaran dahulu.

Misalnya di Arizona, kangkung memang susah nak jumpa walaupun kat dalam menu sebuah restoran Asia. Kerajaan negeri Arizona mempunyai undang-undang yang ketat terhadap kangkung, sehinggakan orang kat sana tak boleh tanam, jual, beli mahupun mengimport kangkung ke dalam negeri tersebut. Kalau betul diorang nak, diorang kena beli di negeri lain yang masih membolehkan kangkung ni dijual beli seperti di Texas dan California.

img 1516
Via NPR

Selain dikategorikan sebagai tanaman yang invasif untuk ekosistem setempat, dulu pernah jugak ada kes keracunan makanan kerana bayam . Pada 2006, kes E.coli ditemukan pada sayuran bayam yang didapati dari California. Akibatnya, ramai orang masuk hospital di beberapa buah negeri kat sana manakala produk bayam yang diedarkan tu terpaksa ditarik semula dan para petani tak dapat jual sebahagian lagi bayam yang diorang tanam. Ramai khuatir kangkung pun boleh cetuskan perkara macam ni.

Menurut dapatan kumpulan penyiasat CDC berkenaan kes keracunan makanan tu, rupanya sayuran tu diperoleh dari sebuah kebun berhampiran Sungai San Benito, Monterey Bay, California. Boleh jadi sumber air yang mengairi tanaman tersebut dah tercemar, menjadikannya tak bagus untuk kesihatan manusia.

kangkungair
Via Pinterest

Pengharaman kangkung dah lama berlangsung, tapi ada yang berusaha longgarkan tanaman kangkung

Pengharaman kangkung ni sebenarnya dah lama berlangsung.  Kangkung memang bukan tanaman yang lazim ditemukan di Amerika Syarikat, dan ia dibawa oleh para penghijrah Asia yang datang ke Amerika Syarikat pada 1970-an. Kalau kat tempat kita ni, kita dah biasa dengan kangkung serta sifatnya yang cepat tumbuh melata. Walaupun begitu, kat Amerika Syarikat… ia dianggap suatu tanaman yang agresif kerana cepat tumbuh dan boleh mengugat laluan air dan spesis tumbuhan asal di sana.

Menurut Robert Smook, wakil jurucakap Jabatan Pertanian Arizona mengesahkan bahawa diorang dah lama laksanakan operasi dari semasa ke semasa dimana diorang banyak rampas dan musnahkan kangkung haram ni. Menariknya, sehingga awal 2020, bunga seri pagi yang merupakan spesis asal Arizona pun dikategorikan sebagai tanaman yang dilarang. Secara teknikalnya, ubi keledek pun diharamkan jugak kerana diorang ni dalam keluarga genus yang sama.

morningglory
Via Wikipedia

Berbeza pulak dengan Georgia. Diorang pun pada awalnya memang haramkan kangkung ni ditanam dan dijual beli. Namun begitu, populasi keluarga Asia Amerika yang semakin berkembang di sana buatkan kerajaan negeri pun perlu pertimbangkan semula larangan tu. Sentiasa ada kegusaran bahawa bila kita biarkan kangkung ditanam, ia boleh tumbuh dengan cepat di kawasan-kawasan lain. Jadi buat masa ni, Georgia hanya berminat melonggarkan kangkung import. Sama ada diorang akan benarkan tanaman kangkung pada masa hadapan, tu menjadi harapan sebahagian besar komuniti Asia-Amerika di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.