Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Global

Serangan tikus yang menjadi mimpi ngeri penduduk Australia, ini ceritanya

By Farahani
May 28, 2021 5 Min Read
Comments Off on Serangan tikus yang menjadi mimpi ngeri penduduk Australia, ini ceritanya

Bayangkan ketika korang tengah berehat-rehat sebentar di ruang tamu, korang terlihat seekor tikus laju berlari kat depan korang. Seekor mungkin takde masalah bagi sesetengah orang, Mungkin, tiga ekor atau satu keluarga tikus tu masih lagi korang boleh terima. Bagaimana pulak jika ribuan tikus sedang tinggal di rumah korang? Tempat beras korang habis ditebuk, wayar barangan elektronik korang ada yang rosak teruk, dan takde satu ceruk persegi ruang rumah korang tu bebas daripada tikus perosak yang bingit… pasti rasa amat tak selesa, kan?

728 X 90

Tu lah situasi yang berlaku di Australia sekarang. Bak kata sorang warganet, ketika kita sedang sibuk bergelut dengan Covid-19… Australia pulak kena bergelut dengan alam sekitar diorang sendiri. Dahulu, kami kongsikan mengenai kebakaran hutan yang teruk di negara tersebut. Kali ni pulak, wabak tikus melanda tanah besar tu. Kerajaan pun hampir dah takde idea nak buat apa, manakala rakyatnya pun semacam dah takde kuasa nak halau tikus tu semula tanpa ‘membakar’ makanan diorang sendiri.

tikus australia
Via Bloomberg

Wabak tikus dulunya jadi bahan bualan hangat rakyat, tapi sekarang ni rakyat dah pasrah nampak tikus sini sana

Enam bulan lalu, wabak tikus melanda negeri New South Wales dan Queensland. Pada awalnya, para penduduk begitu riuh membincangkan perkara ni dalam komuniti diorang. Kebanyakan perbincangan diorang tertumpu kepada bagaimana nak tangkap, halau dan bina pertahanan nak bagi kebal rumah daripada serangan ribuan tikus yang akan datang ke rumah diorang. Pelbagai strategi dikongsi bersama, dan tentunya ia mengeratkan silaturahim sesama komuniti dalam kedua-dua negeri tu. Namun begitu, momentum tersebut tak berkekalan lama.

Tikus masih lagi berleluasa, walaupun dah bertan-tan ubat tikus diletakkan dan kaedah biologi untuk buru tikus-tikus ni tak berjaya jugak. Ni bukanlah kali pertama Australia dilanda wabak ni. Pada 1871, wabak tikus pernah berlaku dalam skala tempatan iaitu hanya di sekitar Walgett, New South Wales. Setahun lepas tu di Saddleworth, Australia Selatan… para petani terpaksa ‘kuburkan’ sarang-sarang tikus tersebut. Ia terus berlaku selama beberapa tahun lagi, sehinggalah pada 1917, wabak tikus ketika tu lebih meluas sehingga ke Australia Barat.

australia mouse plague 2
Wabak tikus pada 1917.. -Via F.G England/Amusingplanet

Wabak tikus paling teruk direkodkan setakat ni adalah pada 1993, dengan anggaran kerosakan A$96 juta kepada hasil pertanian dan ternakan di ladang babi dan ayam. Kereta, penebat elektrik dan getah, serta bangunan turut menyumbang kepada jumlah kerosakan tersebut. Kini pada pertengahan 2020 hingga sekarang, wabak tikus kembali menghantui rakyat Australia.

Kali ni, ia lebih teruk kerana Australia kerana tikus-tikus ni turut menyerang makanan dan barangan lain di pasaraya. Bukan tu je, terdapat banyak tikus mati ditemukan dalam tangki air minuman. Boleh jadi, wabak tikus tahun ni akan menggantikan rekod 1993, iaitu dilaporkan setakat ni, nilai kerosakannya dah cecah $100 juta.

https://www.youtube.com/watch?v=kchoJkatus0

Para penduduk dah penat, dan mulai pasrah nak lawan tikus-tikus ni lagi. Dah cuba racun, tak berkurang jugak jumlah tikus yang bertandang tak dijemput. Bagi sorang pengetua di sekolah Trundle Central di NSW, John Southon:

“… Bagi saya, saya boleh menjelaskan situasi ini sebagai seseorang yang mengalami kecederaan dan sentiasa merasa sakit. Lama-kelamaan, ia akan memberi kesan kepada kesihatan mental.

Tiada siapa dapat mengerti wabak tikus sehinggalah kamu telah alaminya. Tiada siapa faham mengenai bau yang tak menyenangkan, perabot yang telah dirosakkan, ia sangat teruk. Tikus-tikus tersebut tetap mengigit (dan merosakkan) sistem penghawa dingin kami. Ia telah mengigit wayar-wayar elektrik yang terdapat di bumbung sekolah, dan papan kuasa di rumah pengetua”- seperti yang dilaporkan The Guardian

https://www.youtube.com/watch?v=-TzHklEZW-Q

 

Menurut Southon lagi, dulu kanak-kanak di sekolah selalunya akan teruja bila nampak tikus, tetapi sekarang ni takde kanak-kanak memberi sebarang reaksi bila nampak tikus sekurangnya setiap jam. Para penduduk pun dah mulai pasrah dan lebih menumpukan perhatian tentang bagaimana nak bunuh je kerana tak tahan dengan tikus-tikus tersebut serta nak cari duit di mana lagi untuk membaiki kerosakan akibat serangan besar-besaran tikus yang masih bermaharajalela. Nak fikirkan kebajikan keluarga semasa pandemik pun boleh buat ramai jadi bingung.

Beberapa kaedah yang digunakan masih gagal, akhirnya para petani terpaksa guna racun

Idea nak berikan racun tikus untuk kawal perluasan wabak tu mungkin suatu idea yang buruk pada awalnya. Ye lah, apabila kita pakai racun.. boleh jadi ia dapat memberi kesan kepada kesihatan ekosistem dan kesihatan manusia. Macam kejadian tikus mati kat dalam tangki air minum rakyat; isu kesihatan boleh timbul sekiranya ada orang terminum sisa bangkai tikus.

 

tikus serang australia
Via ABC

Malah, pelbagai penyakit turut boleh muncul seperti penyakit kencing tikus, listeria dan hantavirus kalau wabak ni terus dibiarkan. Nilai kerosakan menjadi kerisauan kedua dah, jika kesihatan manusia mulai merundum. Tengoklah apa yang jadi semasa kita tengah melawan pandemik Covid-19.

Sebelum pakai racun, para petani dah cuba bermacam-macam cara. Diorang cuba buat perangkap air untuk tikus, selain dari memberi makanan yang dah diletakkan racun. Ada jugak warganet tanya, kenapa tak guna je kucing atau haiwan lain bagi mengekang wabak tikus ni.

https://www.youtube.com/watch?v=sP6nB-Y7WGs

 

Tu suatu soalan bernas, namun ia jugak tak semudah yang difikirkan. Australia sendiri pernah ‘berperang’ dengan kucing liar, sebab diorang dah ada terlalu banyak populasi kucing yang akhirnya memburu haiwan semulajadi di Australia pada 2019. Kucing domestik dan anjing peliharaan nampaknya tak cukup untuk mengekang banjiran populasi tikus ni.

Animals24-7.org, sebuah laman sesawang yang dikendalikan oleh aktivis haiwan keras mengkritik tindakan Australia untuk menolak alternatif yang lebih ‘selamat’ yakni dengan memperkenalkan beberapa haiwan pemangsa kepada tikus seperti ular, musang dan kodok. Salah sorang penulisnya mendakwa, ia seakan suatu dogma ekologi di Australia – memperkenalkan haiwan pemangsa hanya akan mengganggu ekosistem spesis asal di sana.

newhaven
Demi memelihara spesis semulajadi seperti arnab dan burung liar, kucing-kucing liar ni diburu dan dibunuh pada 2019.. -Via Australian Wildlife Conservancy

Kerajaan Australia pada akhir Mei lalu dah beli 5000 liter bromadiolone untuk bantu para petani menangani wabak tikus. Ramai beranggapan penyelesaian memberikan racun bromadiolone hanya akan memudaratkan keadaan, dimana sisa racun dalam bangkai tikus tu akan menjalar ke serata rantaian makanan haiwan lain.

Antara racun yang dicadangkan adalah zink fosfida. Ia takkan membahayakan haiwan lain yang makan bangkai tikus, tetapi ia amat toksik kepada ternakan seperti bebiri, lembu, haiwan peliharaan bahkan kepada manusia sekiranya diorang termakan racun tu. Salah satu pendekatan tanpa racun pulak adalah dengan kawalan sumber makanan oleh petani.

https://www.youtube.com/watch?v=onw0aGGLJrk

Kitaran wabak tikus nampaknya adalah lumrah hidup di Australia, maka negara tersebut kenalah bijak menyediakan kemudahan penyimpanan hasil pertanian yang lebih baik dan kebal daripada tikus. Lagipun, sebab utama yang menarik perhatian tikus ni adalah jumlah taburan hujan yang berjaya menyuburkan tanaman. Bila tanaman tu banyak, maka tikus akan datang. Dengan kawalan terhadap cara petani kumpul makanan, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kos kerugian yang diorang tanggung tiap kali wabak melanda.

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Masih lagi nak membawang isu Palestin-Israel? Korang wajib baca ini

f1
Next

Selepas sidang media memalukan, Tajuddin disiasat PDRM dan SPRM

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme