Selepas sidang media memalukan, Tajuddin disiasat PDRM dan SPRM

f1

Menguruskan bencana merupakan salah sebuah pekerjaan yang memerlukan seseorang itu berjiwa besar dan berpengalaman. Mana tidaknya, seseorang yang mengetuai pengurusan bencana akan menjadi tumpuan orang-orang yang terlibat dengan bencana – mangsa, keluarga terdekat, dan rakan-rakan yang terlibat dalam bencana. Sekiranya tak dilakukan dengan betul, ia akan mengundang lebih banyak kesedihan dan rasa marah orang ramai.

728 X 90

Kami rasa inilah yang terjadi apabila berlaku kemalangan LRT baru-baru ini. Akibat seorang pemimpin politik yang bangang kurang pintar, ramai yang rasa marah.

Kemalangan terburuk LRT berlaku, tapi sidang media seperti rancangan realiti TV lawak

Beberapa hari lepas, beratus penumpang cedera apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen di Kampung Baru. Satu daripada tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terbabit dalam perlanggaran bersama sebuah lagi tren LRT yang membawa 213 penumpang.

3
Via Harian Metro

Tren tu dalam perjalanan dari Gombak, dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang tak membawa penumpang dan dipercayai mengalami masalah teknikal. Setakat ini ada tiga penumpang mengalami pendarahan otak, dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, seorang lagi penumpang perlu menjalani rawatan resusitasi serebrum, serta tiga lagi mangsa sedang dirawat di wad biasa kerana antara lain mengalami patah tulang, kecederaan di dada dan di hati.

Keadaan menjadi lebih hangat apabila sehari selepas itu, Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikatakan telah mengendalikan sidang media secara tak profesional.

https://www.youtube.com/watch?v=auZmRjqh-d4

Seorang Peguam, Haniff Khatri Abdulla menyifatkan sidang media dikendalikan Tajuddin pada pagi Selasa lalu di lokasi kejadian sebagai perbuatan tak profesional, biadab dan amat memalukan.

Jelasnya, tingkah laku Tajuddin sepanjang sidang media menampakkan kedangkalannya berhubung fakta latar belakang kejadian, perangkaan berkaitan kemalangan sehinggakan kenyataan dikemukakan seringkali perlu diperbetulkan oleh pegawai-pegawai yang mengiringinya.

“Selain itu, beliau juga dilihat tidak peka kepada peristiwa tragis serta perasaan trauma dan kesedihan dialami para penumpang yang menjadi mangsa serta ahli keluarga masing-masing apabila tanpa rasa kesal dan sedih mengeluarkan kenyataan berbentuk jenaka secara biadab. Secara keseluruhannya, tindak tanduk hodoh seperti ini oleh para pemimpin politik yang dilantik memegang jawatan kerajaan, wajib dihentikan dan dinoktahkan terus mulai sekarang serta tidak boleh berulang lagi,” – Haniff Khatri, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dalam sidang media berkenaan, Tajuddin secara berjenaka memberitahu wartawan keadaan kemalangan dalam terowong bawah tanah itu adalah ‘normal dengan hanya dua tren bersama, saling bercium’.

Via Giphy

Ramai yang beranggapan keputusan pemberian RM1,000 kepada setiap mangsa kemalangan adalah satu penghinaan dan rakyat wajib lebih kritikal untuk memberi kata dua terhadap kerajaan supaya negara ini benar-benar memiliki pemimpin berkeupayaan memacu kemajuan, bukan menjadi bahan lawak negara asing.

Bukan setakat dipecat, Tajuddin juga sedang berada dalam siasatan polis

Selepas kejadian yang memalukan itu, Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Tajuddin atas perkhidmatannya. Bagi yang dah lupa, Tajuddin dilantik sebagai pengerusi Prasarana pada 11 Mei tahun lalu.

Bukan setakat dipecat dari jawatannya, polis jugak tengah menjalankan siasatan terhadap Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa tak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abidin Abdullah, berkata siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan Tajuddin sudah dimulakan pada hari sama.

“Siasatan dijalankan ke atas video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media selepas selesai meninjau lokasi insiden kemalangan membabitkan tren di Stesen LRT Kuala Lumpur. Semua mereka yang terbabit dalam kes itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat,” – Mohamad Zainal Abidin Abdullah, seperti yang dilaporkan Harian Metro

3
Via FMT

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Baru je dipecat dan disiasat polis, kini giliran SPRM pulak untuk siasat Tajuddin

Baru je kena pecat, Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa. Dia ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan. Tajuddin bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas itu.

Cuma, Tajuddin kata dia bekerja seperti biasa dan menafikan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pegawai medianya, Rozairi Abdul Rahman berkata, Tajuddin kini berada di pejabatnya di Menara Dato Onn, seperti biasa bagi melakukan kerja-kerja parti.

Kita akan melihat bagaimana perkembangan kes ni, memandangkan kami juga pernah menulis tentang dakwaan salah guna kuasa Tajuddin. Ia juga boleh jadi pencetus kepada perbalahan di antara Bersatu dan Umno. Yalah, kita tahu Umno dan Bersatu tengah bergaduh dan tak akan bersama pada pilihan raya akan datang; memecat Tajuddin tanpa memberi ruang untuk dia meletakkan jawatan adalah aksi yang cukup memalukan Umno.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *