TIGA wabak berjangkit yang pernah melanda dunia, nombor TIGA tu paling dahsyat

F1

Dalam keadaan semasa negara kita yang tengah dilanda dengan pandemik COVID-19, diharapkan agar korang sentiasa mengikuti segala arahan dan langkah perintah kawalan pergerakan serta menjaga kebersihan dan kesihatan diri masing-masing. Kalau korang nak tahu, sebenarnya wabak penyakit membawa maut ni dah banyak kali berlaku tau.

Kali ni kami akan senaraikan untuk korang tentang tiga wabak penyakit membawa maut yang pernah berlaku kat dunia.

1. Wabak Taun/Kolera, menimbulkan mogok secara besar-besaran di Liverpool…

Wabak taun atau kolera merupakan sejenis penyakit bawaan air dan makanan. Penyakit ini berpunca daripada oleh jangkitan sejenis bakteria iaitu Vibrio Cholerae yang mana bakteria ini menggemari persekitaran kawasan air masin dan suam. Mereka yang dijangkiti oleh wabak ini akan mengalami cirit-birit yang sangat teruk dan boleh membawa kepada maut akibat dehidrasi.

Cholera
Via metrorakyat.com

Penyakit ini dipercayai mula tersebar di Sungai Ganges yang terletak di negara India pada tahun 1817 dengan skala yang sangat besar. Sungai Ganges merupakan sebuah sungai yang dianggap sebagai sungai yang suci bagi sesetengah penduduk India dan air daripada sungai ini digunakan oleh mereka untuk tujuan aktiviti harian seperti mandi, tempat mencuci pakaian, dan upacara keagamaan.

Pada kebiasaannya mereka akan datang ke Sungai Ganges beramai-ramai dan menjalankan beberapa ritual-ritual tertentu seperti membuang habuk di sungai tersebut.

Kesannya, mereka yang hadir berhampiran dengan Sungai Ganges tadi telah membawa jangkitan wabak taun atau kolera ini ke rumah mereka dan telah menyebarkan ke beberapa kawasan di negara India yang mana pada akhirnya telah menyebabkan ratusan ribu orang telah meninggal dunia akibat terkena jangkitan tersebut.

Pada tahun 1820, wabak taun atau kolera ini telah merebak luar ke beberapa negara seperti Thailand, Indonesia, China, Jepun dan Eropah. Ia telah membunuh seramai 100 ribu orang di kepulaun Jawa. Sesampainya wabak ini di Britain, masyarakat umum telah pun mengetahui tentang bahaya wabak ini dan telah mencetuskan suasana panik sehingga berlakunya penyebaran berita yang mengatakan bahawa lebih ramai orang mati di hospital berbanding di rumah mereka.

Orang ramai mempercayai bahawa pesakit yang di bawa ke hospital hanya untuk dibunuh dan dibedah siasat sahaja sehingga akhirnya telah menimbulkan kemarahan masyarakat dan berlakunya mogok secara besar-besaran di Liverpool.

2. Ebola, virus yang berpunca daripada kelawar di Afrika

Untuk pengetahuan korang, penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam Berdarah Ebola (EHF) adalah sejenis penyakit yang telah menyerang manusia berpunca daripada virus Ebola. Wabak virus Ebola ini juga dikenali sebagai salah satu virus yang paling berbahaya di dunia kerana virus Ebola ni sangat mudah untuk berjangkit dan boleh menyebabkan maut.

Kes pertama virus Ebola ini dikatakan yang datang daripada keluarga Filviridae di Filipina pada November 2008 dan telah menyebabkan kematian berjumlah seramai 2,430 orang. Wabak virus ini dipercayai berpunca daripada kelawar buah yang banyak menghuni Afrika Barat, terutamanya di negara Congo dan Uganda.

Via Giphy

Disebabkan kemiskinan yang melanda negara tu, ia memaksa para penduduk yang berada di situ untuk memakan buah-buahan yang tercemar akibat digigit oleh kelawar buah ataupun mereka menjadikan kelawar itu sebagai salah satu sumber makanan harian.

3. Black Death (Maut Hitam), pandemik maut yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah manusia…

Maut hitam turut dikenali sebagai wabak hitam merupakan antara pandemik maut yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah manusia. Ianya telah bermula di Asia Tengah dan telah merebak ke Eropah pada akhir tahun 1340.

Akibat daripada penularan wabak maut ini, seramai 50 juta nyawa telah dianggarkan meninggal dunia. Di Eropah saja, satu pertiga populasi manusia telah menemui ajal mereka akibat daripada wabak ini sehingga ianya telah mengubah landskap sejarah benua tersebut sehingga ke hari ini.

Nama wabak ini berasal daripada bintik-bintik hitam yang terdapat pada kelasi yang mengembara pada laluan Sutera dan telah singgah di pelabuhan Sicilian. Mereka yang dijangkiti wabak ini akan mengalami simptom yang dipanggil sebagai “buboes” yang mana pada kebiasaannya ianya akan tumbuh di bahagian kulit sekitar leher, ketiak dan kelamin yang kemudiannya akan bernanah dan mengeluarkan darah.

Kebanyakan pesakit yang dijangkiti wabak ini akan meninggal dunia selepas empat atau lima hari terkena jangkitan tersebut dengan kadar peratus kematian sebanyak 30 hingga 75 peratus. Agak tinggi juga kan?

Black Death
Via cbsnews.com

Keseluruhan populasi bandar yang telah disinggahi oleh wabak hitam ini akan mati dan dikatakan warga Eropah lebih banyak menghabiskan masa mereka dengan menanam orang mati sahaja.

Bersama kita mencegah wabak COVID-19 daripada terus menular, semoga Malaysia segera sembuh…

Kepada korang yang sedang duduk di rumah, bersamalah kita membantu pihak kerajaan dan barisan hadapan negara kita yang sedang bertungkus lumus membendung wabak covid-19 daripada terus menular. Korang kena pastikan kebersihan diri dan melakukan pemeriksaan di hospital berhampiran jika terdapat simptom-simptom wabak ini. Semoga Malaysia segera sembuh seperti sedia kala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *