Disebabkan COVID-19, ini nasib gaji Cristiano Ronaldo di Juventus…

F1
Disebabkan COVID-19, ini nasib gaji Cristiano Ronaldo di Juventus…

Bagi peminat bola sepak, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni lebih ‘membosankan’ kerana semua liga bola sepak utama di dunia tengah ditangguh. Lagi-lagi kalau korang ni penyokong Liverpool yang tak sabar-sabar nak tengok pasukan korang julang piala EPL. Sebab tu ada lawak – dunia ni normal je, sampailah Liverpool nak jadi juara liga EPL. Cuma itu lawak je lah.

Jangan bersedih. Via Giphy

Kita semua tahu COVID-19 telah menyebabkan banyak benda yang dirancang terpaksa dibatalkan. Isu ‘gaji’ telah dirasakan oleh ramai orang, termasuklah pemain boleh sepak. Cuma ada di antara diorang yang barangkali mampu menampung keluarga semasa krisis; ambik keputusan untuk dermakan gaji diorang bagi membantu usaha untuk melawan COVID-19.

Pasukan JDT potong 33% gaji, bantu tabung bantuan COVID-19

Pemain, jurulatih dan kakitangan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) setuju untuk potong 33 peratus gaji diorang dalam usaha ringankan beban kelab selain membantu pihak yang terjejas akibat COVID-19. Menerusi kenyataan pasukan tu, diorang ambil inisiatif tu atas dasar perikemanusiaan selepas penularan wabak COVID-19 melanda semua lapisan masyarakat di negara ni.

“Pemain, jurulatih dan kakitangan JDT bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 33 peratus. Mereka juga akan mendermakan sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor dalam usaha meringankan beban kelab serta masyarakat pada waktu yang mencabar ini,” – Kenyataan JDT, seperti yang dilaporkan Berita Harian

JDT jadi pasukan pertama di negara ni yang lakukan pemotongan gaji susulan COVID-19. Sebenarnya bukan JDT je yang buat macam ni, beberapa kelab di Eropah pun turut lakukan benda yang sama.

Juventus potong gaji dari Mac ke Jun untuk ringankan beban kewangan diorang

Juventus dah sahkan diorang potong gaji pemain dan jurulatih. Benda ni dilakukan selepas semua acara sukan ditangguhkan sehingga 3 April susulan penularan COVID-19.

“Persetujuan dicapai antara pemain dan jurulatih. Tindakan ini akan memberi penjimatan sebanyak 90 juta euro (RM434.9 juta) kepada kelab bagi tahun kewangan 2019/2020,” – Kenyataan Juventus, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Juventus yang berada di tangga teratas Serie A dan berkelebihan satu mata di depan Lazio sebelum saingan ditangguhkan, kata diorang setuju pemotongan gaji dilakukan bagi bulan Mac hingga Jun. Kelab tu menambah, jika saingan sempat berakhir pada tahun ni, pemain akan terima bayaran tambahan bagi bulan seterusnya.

665220
Juventus. Via FORBES

Pemain di beberapa buah kelab gergasi Eropah turut bersetuju gaji mereka dipotong termasuk Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

Kelab di LA Liga pun nak potong gaji, dari kelab di kelompok teratas, sampailah ke pasukan di bawah liga

Atletico Madrid pulak antara kelab yang tengah mohon kebenaran pihak jabatan buruh untuk potong gaji pemain dan kakitangan diorang ketika bola sepak Sepanyol ditangguhkan. Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif kelab Angel Gil kata – diorang cadangkan pelan pemberhentian untuk sebahagian pekerja, kerana darurat di negara tu, diorang tak dapat jalankan tugas.

Gil tak berikan butiran berkenaan jumlah gaji yang akan dipotong, tapi mengesahkan langkah tu babitkan pemain dan kakitangan. Sebelum tu kelab bawahan La Liga Espanyol mintak jabatan buruh di Catalunya benarkan diorang potong gaji pemain dan kakitangan sehingga 70 peratus.

Buy Rcd Espanyol Football Tickets Footballticketnet
Espanyol. Via FTN

Espanyol cadangan pemotongan tu babitkan pemain-pemain dan jurulatih skuad utama lelaki dan wanita, skuad Espanyol B serta pasukan remaja, dan perlu dilakukan dengan kadar segera. Barcelona Khamis lalu pulak umumkan diorang akan potong gaji – walaupun tak sebut secara khusus siapa yang terbabit – bagi membendung impak kewangan ke atas kelab.

PFAM tak setuju gaji pemain liga Malaysia dipotong, tapi puji tindakan JDT

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) tak setuju dengan sebarang usaha untuk lakukan pemotongan gaji pemain pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang tempoh penangguhan liga akibat penularan wabak COVID-19.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji penuh amat mustahak memandangkan pemain turut tak terlepas daripada pelbagai komitmen dan penambahan kos kehidupan seharian terutama sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami agak berdukacita…dengan segala usaha demi pasukan, bermain dengan sepenuh hati, berjuang tanpa henti, merisikokan diri dengan kecederaan yang boleh menutup karier kami, mematuhi segala arahan dan obligasi dalam kontrak, tetapi ketika kita semua berhadapan ancaman segetir ini, ada pasukan melihat kami sebagai liabiliti. Isu pemotongan mahupun penangguhan gaji tidak seharusnya dibangkitkan ketika ini. Adalah sangat tidak adil menjadikan pemain sebagai mangsa untuk ‘kemandirian’ kewangan pasukan,” – Kenyataan PFAM, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Pendirian PFAM itu susulan saranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mintak pasukan dan pemain berbincang serta bertolak ansur dalam menangani krisis dihadapi industri bola sepak tempatan.

665220
Via Berita Harian

Beberapa pasukan dah suarakan kebimbangan terhadap masalah kewangan yang dihadapi diorang, dengan desas-desus menyatakan gaji pemain bakal dipotong demi kelangsungan ekonomi pasukan sehingga liga bersambung nanti.

Sambil-sambil tu, PFAM ada puji inisiatif diambil barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bersedia menyumbangkan sebahagian daripada pendapatan mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor untuk bantu Kerajaan Negeri Johor.

Nampak isu pendapatan sepanjang krisis COVID-19 ni akan beri kesan pada orang ramai

Apabila orang tak boleh keluar dari rumah secara sesuka hati, ia akan beri kesan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi kita. Nampaknya atlet yang sebelum ni kita nampak ada gaji yang besar sebab tempoh karier diorang pendek, turut terkesan dengan krisis ni. Lebih malang, bantuan akan diberikan pada penghujung bulan depan.

Sedangkan atlet yang ada pendapat puluh-puluh ribu pun terkesan, ini kan pulak Mak Cik Kiah yang sedang takde apa nak dimakan, tapi terpaksa tunggu penghujung April.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top