займ срочно

Kerajaan disaran perkenal kempen pemilikan rumah mampu milik, atasi kesan Covid-19

F1
Kerajaan disaran perkenal kempen pemilikan rumah mampu milik, atasi kesan Covid-19

Ketika seluruh dunia tengah berperang melawan COVID-19, ramai dah jangkakan ia akan beri kesan yang buruk pada ekonomi dunia. Dekat Malaysia, banyak perniagaan khususnya pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) masih perlu bijak merancang masa depan syarikat mereka supaya tak rugi, paling teruk pun, mati di tengah jalan.

Dulu kami dah kupas sikit pasal krisis perumahan kat Malaysia. Tapi di zaman pandemik COVID-19 ni, nampaknya pasaran hartanah pun turut terkena tempiasnya.

Via Giphy

OPR rendah awal Januari, wabak pula buat pembeli lari dan pemaju hartanah lemas…

Untuk menyelesaikan masalah pemilikan rumah, kita dapat saksikan kadar OPR (Overnight Policy Rate) diturunkan hingga ke 2.75 peratus, menjadikannya kadar yang paling rendah sejak 2011.

Untuk pengetahuan korang, OPR ni adalah kadar sesebuah bank peminjam membayar bank lain. Kadar ni diubah oleh Bank Negara Malaysia dan memberi kesan pada pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan inflasi negara.

Bank Negara
Via NST

Sudah pasti ramai pemaju dan pembeli gembira dengan berita tersebut, ditambah lagi dengan pengurangan 25 poin asas yang menjadikan kadar faedah pinjaman lebih rendah. Namun begitu, wabak pandemik COVID-19 merupakan salah satu benda yang dikhuatiri boleh ganggu proses pembelian dan penjualan hartanah.

Para pemaju pun dilihat sebagai satu perniagaan yang akan menerima kesan yang teruk jugak:

“Ramai pemaju sudah semakin sukar untuk bernafas. Dengan berita terkini, informasi baharu dan lebih banyak kes jangkitan, kesan jangka panjang COVID-19 (terhadap hartanah) masih sukar dijangka. Hakikatnya, ia adalah masa yang sukar. Jumlah pelabur hartanah akan menjadi lebih kurang, dengan situasi kini. Namun seperti dalam sejarah, pasaran akan pulih semula walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang disebabkan krisis ekonomi global.”- Seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.com pada 20 Mac 2020

Selain tu, kadar kejatuhan pasaran hartanah pun ada kena mengena dengan faktor pembeli tu sendiri yang terpaksa berjimat cermat manakala penjual hartanah pulak dijangkakan terpaksa menjual aset hartanah mereka agar dapat duit lebih untuk hidup.

Via Giphy

Menurut Najib Mohammed, seorang perunding hartanah dalam lamannya:

Apabila pendapatan terjejas, rakyat yang terkesan akan mencari jalan untuk keluar daripada masalah kewangan (tidak membayar ansuran) dengan menjual rumah (kalau yang ada rumah lah). Jika lambat terjual, mungkin akan masuk list lelong. Nak jual cepat rumah, pembeli akan meminta untuk mendapatkan harga yang lebih murah dari harga pasaran. Ini menyebabkan punca kejatuhan harga hartanah. – Seperti yang dipetik dari NajibMohammed.com pada 13 Mac 2020

Via Giphy

Pemaju, pelabur hartanah masih harap yang terbaik supaya pasaran hartanah tak jatuh teruk…

Ramalan pasaran hartanah ni sedikit berbeza dengan apa yang pernah dikongsikan oleh Sheldon Fernandez, Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia. Dia kata akan berlaku sedikit penyusutan pembelian asing dari Hong Kong dan China, termasuklah penangguhan projek disebabkan ancaman COVID-19. Oleh demikian, pasaran hartanah kita takkan terima impak secara langsung.

“Keadaan itu disebabkan kebanyakan pemaju memberi tumpuan membina kediaman dalam lingkungan harga mampu milik, malah banyak jualan hartanah di negara ini disumbang segmen mampu milik,”- Sheldon Fernandez, seperti yang dilaporkan oleh Bisnes Sinar pada 11 Mac 2020

Sheldon Fernandez Propertyguru
Via Berita Harian

Salah satu cara terbaik yang diharapkan oleh pihak pemaju dan pelabur hartanah kepada kerajaan adalah dengan pelaksanaan semula kempen pemilikan rumah pertama khususnya kepada belia. Pada 2019, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melancarkan program Home Ownership Campaign: Affordable Homes (HOC).

Rumah Pemilikan
Via Malay Mail

Kempen ni yang ditunggu-tunggu oleh para pemain industri pasaran hartanah, terutamanya kepada para pemaju rumah mampu milik untuk 2020. Kata seorang penganalisis yang tidak ingin dinamakan:

“Jika kita lihat di Bursa Malaysia, banyak pemaju catatkan keuntungan yang lebih rendah dan ada syarikat yang sudah rugi dari operasi mereka. Mereka tidak lancarkan strategi pemasaran yang agresif seperti dulu. Jumlah dan nilai hartanah yang dilancarkan sudah dikurangkan sejak 2017. Boleh jadi ramai pemaju yang tidak akan penuhi jumlah sasaran jualan mereka tahun ini disebabkan pengurangan pelancaran projek hartanah dalam pasaran tersebut.”- Seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.com pada 20 Mac 2020

Untuk tahun lalu, jumlah jualan rumah dianggarkan melebihi 31 ribu buah rumah dengan nilai sebanyak RM23.2 billion. Ni menunjukkan bahawa rakyat kita sememangnya berminat nak beli rumah ikut kemampuan mereka, lagi-lagi bila para pemaju buat diskaun dari 10-30 peratus daripada harga pasaran.

Kalau nak buat kempen beli rumah, pastikan tak dijual dengan orang asing pulak…

Salah satu cadangan yang kena dipertimbangkan untuk pastikan rakyat Malaysia dapat beli rumah tanpa perlu bersaing dengan orang asing adalah dengan kekalkan kempen pemilikan rumah berasingan. Ertinya, para pemaju tak bolehlah sengaja bina rumah murah dan jualkan pada pelabur luar semata-mata.

Via Giphy

Menurut Michael Geh, presiden Fiabci Malaysia kata kempen pemilikan rumah yang sepatutnya disasarkan pada rakyat Malaysia ni dibuka dan diiklankan ke negara luar pulak hanya kerana nak tarik perhatian warga asing tinggal di Malaysia. Sebaiknya Malaysia patut kekalkan pelaksanaan program yang berbeza, seperti Malaysia My Second Home (MM2H).

“HOC tak seharusnya dipromosikan di negara lain sebab setiap negara ada jangkaan patriotik terhadap rakyatnya untuk berada dalam tanah airnya sendiri, jadi dengan membawa kempen ini kepada negara luar hanya untuk tarik minat mereka membina rumah di Malaysia bukanlah suatu tindakan yang betul…”- Michael Geh, seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail pada 19 September 2019

Fiabgi Michael Geh
Ni lah Michael Geh. Via Edgeprop.my

Kami harap kerajaan lepas COVID-19 ni boleh meneruskan langkah sewajarnya untuk menstabilkan pasaran ekonomi, termasuklah hartanah. Satu bonus jika kerajaan dapat kekalkan program yang berbeza supaya mengelakkan para pemaju ‘menyalahgunakan’ program kempen rumah mampu milik untuk dibuka pada warga asing pulak.

Satu lagi pesanan kami adalah kalau korang bercadang nak beli rumah dalam masa COVID-19 ni, kami bercadang sebaiknya korang dapatkan nasihat kewangan untuk pastikan korang mampu ke tak ye…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top