Pakej Rangsangan Ekonomi, ini pandangan Persatuan Peniaga Bumiputera..

F1
Pakej Rangsangan Ekonomi, ini pandangan Persatuan Peniaga Bumiputera..

Setelah kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi beberapa hari lepas, ada beberapa kumpulan dan individu pantas memberikan respon. Ahli Parlimen pembangkang sedang meminta satu mesyuarat tergempat diadakan di Parlimen bagi membahas pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi. Dalam sistem demokrasi berparlimen, perbincangan di antara kerajaan dan pembangkang amat penting, lebih-lebih semasa krisis.

Hari ini kami akan kongsikan beberapa pandangan dari Persatuan Peruncit Bumiputera berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi kita. Ada dia antaranya pandangan yang baik. Kalau diadakan perbincangan di Parlimen, sudah tentu cadangan-cadangan ini akan dibincangkan.

Persatuan Peniaga Bumiputera harap kerajaan berbelanja lebih banyak untuk kepentingan ekonomi

Bagi yang tak tahu, jualan terkumpul ahli-ahli Persatuan Peniaga Bumiputera ni melebihi RM8 bilion, diorang ada lebih daripada 19,000 pekerja yang perlu ditanggung.

S31
Via Facebook BRO

Untuk merangsang pasaran dalam jangka pendek dan jangka sederhana, diorang cadangkan peningkatan perbelanjaan dari rangsangan ekonomi sedia ada. Diorang ambik contoh beberapa negara. Di Amerika Syarikat, diorang dah luluskan rang undang-undang perbelanjaan USD8.1 bilion pada 6 Mac, dan dua bil perbelanjaan lain atau pakej rangsangan berjumlah lebih USD1 trilion sedang menunggu kelulusan Senat.

Selain tu, Australia dah umumkan pakej yang AUD189 bilion rangsangan ekonomi termasuklah pakej AUD17.6 bilion rangsangan awal pada 12 Mac. Korea Selatan pulak umumkan pakej rangsangan fiskal USD9.8 bilion pada 3 Mac. Kebanyakan negara pada krisis ini memang akan berbelanja besar untuk menampung kesan ekonomi yang berlaku akibat Covid-19.

Diorang turut cadangkan pengurangan cukai – termasuklah cukai pendapatan, cukai jualan, duti setem bagi tahun 2020. Dasar ni sedang digunakan di kebanyakan negara. Diorang cadangkan cukai pendapatan korporat dan individu sebanyak 10%, dan cukai jualan sebanyak 2% dan pengecualian duti setem bagi 2020.

Diorang cadangkan jumlah wang tertentu diperuntukkan untuk perniagaan, dan jumlahnya bergantung pada kerugian

Diorang turut cadangkan lanjutan moratorium terhadap tempat dan fasiliti perniagaan kerana kebanyakan peruncit dan pemborong sangat bergantung kepada fasiliti-fasiliti ni.

Keadaan kebanyakan tauke perniagaan pada hari ini. Via Giphy

Walaupun diorang puji suntikan dana untuk pinjaman jaminan kerajaan di bawah tabung bantuan khas kepada perniagaan, diorang harap bank-bank tak terlalu bergantung kepada pemeriksaan kredit atau keputusan CTOS. Diorang jugak harapkan pengeluaran boleh dipercepatkan dalam tempoh masa maksimum satu minggu hingga dua minggu.

Diorang akui kerajaan dah ambil kira kebajikan individu dengan menyediakan pengeluaran tunai kepada individu yang berkelayakan. Namun diorang cadangkan supaya pembayaran tunai turut dipinjamkan kepada syarikat dan perniagaan untuk mengurangkan kebimbangan aliran tunai jangka pendek.

Via Giphy

Diorang jangkakan syarikat-syarikat yang lebih besar dah terima beberapa bentuk bantuan; terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor penerbangan dan pelancongan. Namun ada beratus-ratus beribu syarikat-syarikat lain termasuk PKS turut memerlukan bantuan kewangan.

Diorang cadangkan jumlah wang tertentu diperuntukkan untuk perniagaan, dan jumlahnya bergantung kepada kerugian yang disebabkan oleh Covid-19 untuk setiap industri. Di Amerika Syarikat, dana USD500 bilion sedang dicadangkan untuk dibayar kepada rakyat dan USD500 bilion sedang dicadangkan untuk disalurkan kepada perniagaan.

S12
Via Timeout KL

Diorang juga cadangkan kerajaan sediakan pakej rangsangan berkesan melalui pengenalan diskaun ke atas amaun prinsipal bayaran awal dan kadar faedah dikurangkan untuk tempoh yang lebih lama.

Bantuan bayaran gaji RM600 masih tak mencukupi, diorang kemukakan dua cadangan

Perniagaan runcit dan borong bergantung kepada pekerja untuk mengendalikan urusan perniagaan. Pekerja adalah aset kepada perniagaan, tanpa pekerja hampir mustahil untuk diorang teruskan perniagaan. Namun krisis Covid-19 telah menyebabkan kebanyakan peniaga menghadapi masalah untuk mengekalkan pekerja diorang.

Covid-19 berfungsi macam panda ni, dia halang orang buat kerja di premis. Via Giphy

Bagi sesetengah ahli Persatuan Peniaga Bumiputera, mereka mungkin tak dapat bayar gaji tepat waktu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini boleh membawa kepada pemberhentian pekerja tanpa mengira tindakan undang-undang atau peningkatan pengangguran. Jika diorang dibantu, diorang mahu untuk terus mengekalkan pekerja yang ada.

Diorang berpandangan cadangan sebanyak RM600 bagi setiap pekerja (bagi mereka
berpendapatan di bawah RM4,000) tak mencukupi. Oleh itu, diorang cadangkan salah satu daripada yang berikut;

  • Pembayaran yang bersamaan dengan RM1,200 setiap kakitangan secara menyeluruh; atau
  • Skim sokongan berperingkat seperti berikut:
    (i) untuk pekerja pendapatan RM2,000 dan ke bawah, sumbangan wang tunai 50%;
    (ii) untuk pekerja pendapatan RM4,000 dan ke bawah, sumbangan wang tunai 30%;
    (Iii) untuk pekerja pendapatan di atas RM4,000, sumbangan wang tunai RM1,000
S34
Via SAYS

Skim ni untuk semua kakitangan tempatan yang terlibat dalam industri runcit atau borong dengan syarat mereka terus bekerja untuk tempoh enam bulan (termasuk semasa tempoh PKP). Sekiranya tak nak pekerja diberhentikan, diorang cadangkan kerajaan bantu syarikat-syarikat dalam usaha memberi gaji kepada peserta, walaupun ketika pendapatan terjejas.

Kerajaan patut bantu diorang untuk selesaikan isu sewa premis semasa krisis Covid-19

Sewa premis merupakan di antara kos yang tertinggi untuk menjalankan perniagaan runcit dan borong. Apabila pendapatan merosot, ia akan menyukarkan peniaga untuk membayar sewa. Ia merupakan tuntutan kontrak, dan peniaga tak dapat larikan diri dari membayar. Sesetengah pemilik pusat membeli-belah telah ambil pendekatan mengecualikan sewa semasa PKP. Berbanding dengan peruncit, masih ada mereka yang masih terpaksa membayar sewa penuh.

S32
Via MAIP

Oleh itu, diorang cadangkan supaya kerajaan membantu peniaga supaya dikecualikan membayar sewa tanpa mengira apa jua tuntutan kontrak. Kerajaan boleh memilih untuk membayar pampasan kepada pemilik melalui pembayaran tunai secara langsung atau melalui potongan cukai.

Diorang turut cadangkan supaya kerajaan menggalakkan atau beri insentif kepada pemilik premis untuk membolehkan mereka mengurangkan sewa untuk peruncit dalam tempoh 12 bulan. Diorang cadangkan pengurangan sewa sebanyak 70% atau 5% daripada jualan.

Perniagaan kecil dan sederhana perlu dibantu, mereka menawarkan banyak pekerjaan

Ramai yang kata kita perlu selamatkan individu bukan perniagaan, tapi sebenarnya dengan selamatkan perniagaan – terutamanya perniagaan kecil dan sederhana, kita menyelamatkan pekerjaan ramai orang. Jadi, secara tak langsung, kita sebenarnya dah selamatkan sumber pendapatan individu. Pada waktu krisis seperti ini, kerajaan tak boleh kedekut untuk berbelanja, diorang kena pastikan keselamatan kesihatan dan ekonomi rakyat terjamin.

 

Artikel ini merujuk kenyataan Persatuan Peniagaan Runcit berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top