Bantuan Prihatin Nasional, ini beberapa perkara penting yang anda perlu tahu

F1

Berikutan kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 dah umumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Ramai yang sambut baik pakej ekonomi, dan tak kurang jugak, banyak yang masih tertanya pasal kesan rangsangan ni nanti terhadap ekonomi negara.

Pkp Berkurung Covid
Via Malaysian Gazette

Dua benda penting untuk faham kalau nak mohon Bantuan, pastikan ada dokumen sah ye…

Kami faham, masih ramai lagi yang belum faham sangat macam mana nak mohon, dan apa je syaratnya. Kalau nak sekali imbas, memang nampak berbelit sikit sebab dalam BPN ni, ada dua sasaran utama.

Sasaran utama yang dia nak capai adalah untuk kelompok B40 dan M40. Ni benda pertama ye. Jadi kalau korang bukan berstatus dalam kelompok ni, mungkin korang kena tengok pakej bantuan yang lain.

Bantuan Prihatin Nasional Carta
Semak kelayakan korang kat sini…Via Treasury.gov.my

Bila cakap pasal kelompok isi rumah macam ni, maksudnya tak kiralah korang kerja kilang ke, pengurus ke… korang layak dapat selagi gaji korang di bawah RM8000 (untuk sekeluarga dalam satu rumah) atau bawah RM4000 (untuk bujang). Kami ringkaskan seperti di bawah:

Kalau korang bergaji di bawah RM4,000 ke bawah, maka korang layak terima bantuan sebanyak RM1,600 dengan dua kali pembayaran iaitu pada April dan Mei. Ertinya korang ni dimasukkan dalam bantuan kelompok B40 ler.

Manakala untuk korang yang bergaji dalam lingkungan RM4,001 hingga RM8,000, korang layak terima bantuan M40 dan dapat RM1,000 dengan dua kali pembayaran seperti B40 tadi. Kurang RM800 dari B40.

One Off Bantuan Prihatin
Ni pula ikut status perkahwinan korang…Via Treasury.gov.my

Benda kedua yang wajib korang tau adalah kenal pasti status penerimaan korang dulu. Sebelum pandemik ni, masih ada yang tak layak mohon Bantuan Sara Hidup (BSH) khususnya untuk keluarga yang berpendapatan RM4,000. Pangkalan data kerajaan hanya ambil kira mereka yang bayar cukai je kat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk M40 ni.

Sebab tu untuk mereka yang dah ada data kat dalam pangkalan data kerajaan, korang dah tak payah buat permohonan baharu. Hanya perlu pastikan akaun bank yang terdaftar tu masih aktif je. Kalau korang nak kemaskini butiran terkini; korang boleh layari aplikasi e-Kemaskini LHDN kat sini.

Pendaftraran Lhdn
Contoh permohonan online kat LHDN. Via Loanstreet

Kalau korang layak tapi masih tak tersenarai lagi, korang boleh buat permohonan baharu dan hanya dibuka mulai 1 April sama ada melalui laman web rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH). Pastikan korang tak guna bantuan orang tengah atau pihak kedua untuk tolong isikan korang ye sebab kebanyakan butiran peribadi ni adalah butiran sensitif.

Korang tetap boleh semak status korang kat laman web BSH dan Hasil jika korang belum yakin. Yang pasti, sebarang permohonan tetap perlukan dokumen-dokumen penting seperti bukti pendapatan korang dan biasanya dengan gunakan format fail elektronik PDF.

Najib Bsh Sijil
Eleh.. padahal dari dulu pun dah kena upload banyak fail. Via CariGold

Nampaknya bantuan B40 dan M40 bukan untuk semua, kata artis…

Ketika ramai gembira bila benda ni diumumkan, ada jugak yang masih menunggu jawapan yang pasti. Beberapa pertanyaan yang disiarkan dalam lampiran dokumen rasmi BPN ni, kami baru tau jugak bahawa mereka yang bekerja sambil belajar tak tersenarai dalam bantuan ni.

Maksudnya, mereka yang belajar sepenuh masa dan bekerja separuh masa tak layak dapat bantuan ni. Hal ni jugak sama keadaannya dengan mereka yang tengah bekerja sepenuh masa dan tengah sambung pengajian secara sepenuh masa jugak. Biasanya kelompok ni adalah mereka yang tengah teruskan pengajian di peringkat pascasiswazah sambil bekerja.

Bpn Kelompok Lain
Kelompok lain turut terima bantuan, khasnya warga emas dan pelajar IPT. Via GKerjaya

Selain tu, warga pedalaman di negeri Sabah dan Sarawak yang sepatutnya boleh menikmati bantuan ni dengan lebih mudah terpaksa turun ke lokasi kaunter yang akan dimaklumkan kelak. Boleh jadi bantuan ni mungkin terus disalurkan dalam bentuk tunai.

Tapi kami rasa rakyat boleh faham keperitan kelompok-kelompok kat atas ni, berbanding rasa simpati dengan luahan para artis yang menuntut supaya mereka pun turut dibantu jugak. Bukan setakat artis, malah para selebriti dan usahawan kosmetik sendiri dianggap tak peduli dengan masalah rakyat.

Ikut tangkap layar dari akaun Persatuan Seniman Malaysia (yang kini telah dipadamkan), mereka nak cadangkan agar bantuan one-off turut diberi kepada para penggiat seni sebanyak RM500. Antara cadangan lain adalah:

  • “Skim Kerugian Seni” , minimum RM1000 hingga RM3000
  • Baucer Keperluan Diri dan Rumah, dengan jalinan kerjasama kerajaan dengan pasaraya besar seperti Tesco, Mydin dan lain-lain.
  • Dana khas Persatuan Seni
  • Sistem bantuan penggiat seni yang takde KWSP
Via Giphy

Cadangan-cadangan ni mungkin bernas untuk kalangan penggiat seni. Namun ramai dah jadi kurang bersetuju dengan cadangan ni disebabkan dah marah dengan reaksi sesetengah artis yang dilihat tak bersyukur.

Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan. Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan.”- Black Hanifah, seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian pada 25 Mac 2020

Black Hanifah
Black Hanifah. Via MStar

Ada jugak artis lain yang menempelak luahan ni, dan turut menegur suara-suara artis yang seolah nak rayu bantuan dari kerajaan sedangkan ramai lagi terkesan dengan pandemik COVID-19.

Ada kata kiraan Muhyiddin salah, Mak Cik Kiah jadi Mak Cik Kiah Tertipu?

A. Kadir Jasin mempersoalkan beberapa perkara yang bagi kami, harus dinyatakan jugak kat sini. Misalnya, banyak laporan media kata kerajaan dah beri bantuan bernilai RM250 billion. Padahal bantuan yang betul-betul sampai kepada rakyat hanya sebahagian je.

“Walaupun pakej itu berjumlah RM250 bilion tetapi adalah dianggarkan tidak sampai 10 peratus atau hanya sekitar RM22 bilion saja duit kerajaan. Yang selebihnya adalah duit rakyat jelata sendiri. Duit kita.” – A. Kadir Jasin, seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini pada 28 Mac 2020

Sebahagian besar daripada jumlah tu sebenarnya adalah kemudahan kewangan. Kemudahan kewangan tidak sama dengan peruntukan kewangan. Misalnya, RM100 bilion adalah dalam bentuk penangguhan bayaran balik hutang rakyat jelata kepada bank, dimana benda ni tetap datang dari duit rakyat kepada bank.

Via Giphy

Kemudian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/ EPF) benarkan kita yang ada simpanan untuk keluarkan sebahagian daripadanya. Jumlah itu dianggarkan RM40 bilion. Tu jugak duit kita, bukannya peruntukan dari kerajaan. Lepas tu kerajaan tinggal ‘claim’ je lah kelonggaran ni datangnya dari kebijaksanaan kerajaan tanpa memikirkan kesannya nanti.

Pakej Kiah Tertipu
Pakej Kiah Tertipu? Via Alditta.blogspot.com

Analogi Mak Cik Kiah pun sebenarnya kurang tepat kiraannya. Kadir Jasin anggarkan ‘penjimatan’ sebenarnya yang dinikmati oleh Mak Cik Kiah hanyalah lebih kurang RM700 hingga RM800 je. Takde lah sampai RM4,000 lebih.

Belum nak dikira lagi kos kehidupan yang agak berbeza ikut tempat. Kami pernah bincangkan dapatan KRI mengenai pentingnya faktor kos sara hidup mengikut lokasi dulu, dan secara logiknya, hujah Kadir Jasin ni ada benarnya.

“Sebagai perbandingan, kos sara hidup di Kuala Lumpur untuk suami isteri dan dua orang anak adalah RM6,700 sebulan. Di Singapura, kerajaan bagi S$800 (kira-kira RM2,400) sebulan selama tiga bulan kepada yang hilang pekerjaan. Bagi yang kerja sendiri, kerajaan mereka bagi S$1,000 (RM3,000) sebulan selama sembilan bulan. Kita bagi sekali saja.”

Kuala Lumpur
Via TripSavvy

Maksudnya, bantuan yang diberikan tu masih kurang adil untuk benar-benar menampung kehidupan para pekerja kerana banyak bergantung pada kos hidup kat bandar yang berbeza.

Usah biarkan bantuan lumayan diamkan minda yang sedar dan kritikal terhadap kerajaan…

Sudah lumrah menjadi kerajaan, iaitu kena bantu rakyat bila negara dalam kesusahan. Bila rakyat susah, negara pun susah. Bila dah dapat duit nanti, korang janganlah terus tutup mulut dari terus mengkritik dan menuntut pada kerajaan agar teruskan tanggungjawab mereka untuk jaga kebajikan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *