Setiap kali anak perempuan lahir, kampung ini akan menanam sebatang pokok

f1

Kita pasti pernah mendengar pegangan orang zaman dulu yang dikatakan sanggup tanam anak perempuannya sendiri sebab malu. Tak pun, diaorang rasakan anak perempuan ni menyusahkan keluarga dan wajib disegerakan berkahwin demi mengurangkan beban. Walaupun idea ni dah lapuk dan boleh ditolak atas sebab kemanusiaan dan keadilan sesama manusia; rupanya ia masih mendapat tempat dalam hati sebilangan masyarakat konservatif di India.

728 X 90

Jenayah terhadap wanita masih lagi berleluasa di sana, terutamanya bila nak sentuh pasal konsep bunuh untuk tebus maruah (honour killings). Anak gadis diperkosa, dibunuh, diseksa, diserang bahkan oleh bapa atau abang keluarga tu sendiri. Menyedari masalah tu, sebuah kampung kecil di India cuba melawan budaya tersebut dengan cara diaorang yang tersendiri.

201907010234271558 western tn gaining notoriety as honour killing capital secvpf
Via DTNext

Pencemaran ‘membunuh’ anak gadis tersayang, bapa cuba balas dendam dengan tanam pokok

Macam kami katakan awal tadi, persepsi jantina yang berat sebelah seringkali memperlihatkan wanita sebagai suatu ‘dosa’ berjalan. Wanita dianggap beban hidup yang takde guna dan hanya bernilai untuk dikahwinkan je jika dibandingkan dengan anak lelaki yang dilazimkan membantu keluarga dari segi ekonomi.

Persepsi ni turut membelenggu sebuah kampung terpencil di Piplantri, terletak di Rajasthan, utara India. Pada 2005, seorang bapa bernama Shyam Sunder Paliwal dilantik jadi ketua kampung terpaksa melihat sendiri kesan perlombongan batu di bukit berhampiran kawasan kampungnya. Aktiviti perlombongan ni menyebabkan tanah di sekelilingnya merekah dan akhirnya mengurangkan kesuburan tanah.

piplantri
Ni lah ketua kampung tu.. -Via BBC

2 tahun kemudian, anak gadisnya berumur 17 tahun meninggal dunia akibat dehidrasi melampau. Ni bermaksud keadaan alam sekitar kat kampung tu amat teruk dan bekalan air untuk diminum dulu amat sukar untuk didapati. Akibat kehilangan tersebut, Shyam Sunder Paliwal ni patah hati. Demi mengenang memori anak tersayangnya, keluarga Paliwal tanam sebatang pokok dekat dengan pintu masuk kampung tu atas namanya. Lepas tu dia terfikir; kenapa tak buat benda ni untuk orang lain jugak?

Daripada sebatang pokok untuk mengenang ahli keluarga, ia seterusnya menjadi adat istimewa untuk Piplantri. Sekarang, untuk setiap anak perempuan yang lahir di Piplantri, orang kampung akan tanam 111 batang pokok atas nama bayi perempuan tu dan untuk pulihkan semula alam sekitar. 111 ni nombor suci untuk orang India di sana, maka bilangan tersebut diharapkan membawa berkat kepada kehidupan para penduduk.

Sehingga kini, kawasan tersebut memiliki lebih dari 350,000 batang pokok, daripada mangga kepada bambu yang tumbuh daripada tanah yang tak subur… akhirnya sekarang diliputi 1,000 hektar. Menanam pokok cuma salah satu daripada langkah memulihkan semula kesuburan tanah yang dah kering tu. Pengurusan air jugak penting untuk elakkan kejadian dehidrasi kronik menerima nasib yang sama seperti anak gadis Shyam Sunder Paliwal. Hasilnya, tahap air bawah tanah pun meningkat kerana peningkatan pokok yang ada.

Tanam pokok berjaya tingkatkan kualiti hidup dan status wanita, buatkan ramai dah mulai berharap nakkan bayi perempuan

Walaupun cuma sebuah kampung kecil di India, kita dapat melihat dengan jelas mengenai kesungguhan orang kampung dan kepimpinan yang cemerlang berjaya ubah persepsi dan pemikiran lama. Ketika kawasan lain masih lagi tak percaya fungsi pokok dan kaitannya terhadap kemajuan hidup, kampung ni muncul menjadi contoh terbaik bagaimana berbudi pada tanah tu membawa keuntungan yang amat besar.

piplantri pokok
Via Greener Ideal

Memandangkan penanaman pokok dilihat sebagai suatu aktiviti yang tak hanya terikat kepada kelahiran anak perempuan; ia jugak menghasilkan potensi menjana wang dan pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk kampung. Ye lah, hasil hutan segar dan terpelihara sentiasa menjadi pilihan ramai.

“Dulu mereka (anak perempuan) dianggap sebagai beban. Sekarang kami tak rasa seperti itu. Kami tiada hasrat khusus inginkan anak lelaki. Kampung ni kampung yang kecil. Kami berusaha bersungguh-sungguh, kami buatkan ia lebih istimewa. Dengan cara ni, kami dapat peluang pekerjaan dan rezeki juga.”- Nanubhai Paliwal, salah sorang penduduk kampung, seperti yang dilaporkan BBC

piplantri aloe vera
Hasil hutan turut diproses menjadi produk lain.. -Via The Sociolovist

Nanubhai Paliwal adalah salah sorang penduduk kampung yang ditemubual oleh wartawan BBC, Bhavya Dore semasa dia nak tengok-tengok kampung tersebut. Ternyata kampung tu merupakan suatu kebanggaan kepada para penduduknya, apatah lagi pada tahun 2018, kerajaan negara tersebut mengimplementasikan model berteraskan eko-feminisme ni.

Digelar sebagai ‘Model Piplantri’; seramai 50-60 pelawat datang ke Piplantri hampir setiap hari untuk belajar macam mana kampung ni bina suatu sistem dan perubahan budaya yang progresif. Ramai tak segan nak daftar masuk bengkel kat pusat latihan di kampung tersebut, malah ada antara penduduk kampung tu bina penempatan inap desa untuk para pelatih yang datang.

piplantri orang putih
Via journeywoman.com

Tak cukup dengan tu, status wanita turut diangkat setaraf dengan lelaki. Setiap pasangan ibu bapa yang ada bayi perempuan kena tandatangan afidavit untuk beri peluang kepada anak gadis mereka. Dalam afidavit tersebut, ibu bapa tersebut tak boleh kahwinkan anak gadisnya sebelum dia berumur 18 tahun dan wajib habiskan persekolahannya. Tak cukup dengan tu, penduduk kampung jugak bersama sumbangkan sedikit wang untuk membenarkan anak gadis tersebut mempunyai akaun simpanan. Akaun simpanan tu disasarkan akan ada wang terkumpul sebanyak Rs 31,000 (kira-kira RM 1,700) menjelang usia 18 tahun.

Anak gadis di Paliwal dapat keadilan, sementara jenayah terhadap wanita terus berlangsung di negara tersebut

Apabila kita memberi peluang kepada anak perempuan, kita sebenarnya turut memberi suatu peluang baharu buat generasi baharu menjadi lebih baik dari generasi masa ini. Piplantri sememangnya harus dijadikan contoh yang baik untuk diikuti termasuklah untuk rakyat Malaysia.

Sementara tu, jenayah terhadap wanita terus berlangsung kat seluruh dunia. Di India pulak, kes jenayah seksual berterusan dilaporkan terjadi. Asianetnews.com menyenaraikan 10 kes rogol paling teruk yang berlaku di India – daripada dibunuh dengan cara yang ngeri, pelancong luar pun dirogol, hinggalah cacat kekal akibat kecederaan semasa cubaan merogol.

Menafikan wujudnya kes rogol, terutamanya bila satu-satunya pendekatan yang kita berikan untuk solusi isu ni adalah salahkan wanita… ia bukanlah suatu langkah yang bijak dan setaraf dengan akal yang diberikan kepada manusia. Kupasan kami tentang perbalahan 3 pempengaruh Malaysia dulu membuktikan bahawa kita kadangkala ‘tutup mata’ dengan apa yang berlaku kerana kita taknak mengaku kita salah mendekati isu tersebut.

Model Piplantri ni lebih kreatif dalam mendekati isu wanita, disebabkan ia turut menyelesaikan rantaian masalah ekonomi penduduk dan kelestarian alam sekitar. Tanam pokok tak semestinya kerana nakkan sekeliling korang nampak hijau dan segar; akhirnya penduduk kampung jugaklah mengajar kita bahawa tanam pokok dengan hasrat yang lebih bermakna sekadar untuk suka-suka hati je masih membawa impak yang besar kepada masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *