Politik wang masih wujud lagi di Malaysia, adakah takde cara untuk bendung?

f1

Selain fenomena ‘katak’ melompat, politik wang merupakan salah satu fenomena dalam politik yang tak habis lagi. Bukan tu je, ia dah ‘upgrade’ menjadi suatu amalan budaya politik tak kira parti. Perkara ni kerapkali dikupas oleh ramai sarjana dan penulis, wartawan lama dan otai-otai politik. Mungkin dalam fikiran ramai, orang dah terima bahawa politik ni sendiri suatu gelanggang yang kotor. Sebab tu jugaklah, tak ramai yang hairan dah bilamana ada khabar menyatakan sesebuah parti tu ‘bermain’ dengan wang.

728 X 90

Dalam artikel kali ni, kami nak kedepankan isu politik wang di Malaysia dan kenapa ia mungkin sekali takkan berjaya kita tangani walaupun dengan inisiatif perundangan yang dah diletakkan untuk mengelakkan fenomena politik wang ni terus berleluasa. Sebuah dapatan pada 2002 masih lagi relevan hampir 2 dekad selepasnya.

money politics efor cover
Via BebasNews

Kewujudan permainan politik duit tak dapat disangkal, polisi yang baik terus dimanipulasi untuk golongan elit

Politik duit ni bolehlah diumpamakan sebagai rasuah berskala besar. Ia tak nampak macam rasuah kerana ia dilakukan oleh golongan elit berkepentingan, bahkan pembuat dasar yang sepatutnya memelihara integriti dasar yang dijunjung tu pulak yang buat hal. Kat Amerika Syarikat, politik duit wujud apabila didapati orang yang nak berkempen tu terima duit dari luar negara.

Sedikit berbeza di Malaysia, politik wang ni selalu dikaitkan dengan wang, hadiah dan kontrak untuk ‘beli’ kesetiaan pengundi atau penyokong politik. Amalan ni lazimnya terjadi ketika ambang pilihan raya. Amalan ni pun sebenarnya boleh dianggap sebagai rasuah, iaitu apabila mereka yang pegang hak untuk jaga kepentingan awam tu terpaksa ‘tunduk’ dengan kemahuan peribadi atau segelintir individu terutamanya apabila ia dijalankan secara rahsia, tertutup dan penuh tipu daya.

rasuah beli undi
Terus terjajah? Via cangkulhijau.wordpress

Hakikat ni bertambah rumit apabila elit berkepentingan ni boleh jugak buka perniagaan peribadi sambil menjalankan kerja sepenuh masa sebagai sorang penjawat awam. Contoh paling baik, sorang ahli politik yang ada kaitan rapat dengan perniagaan-perniagaan yang mampu dapatkan kontrak jutaan ringgit. Baru-baru ni timbul semula isu sorang ahli politik yang terpalit sekali akibat kaitannya sebagai pengerusi GLC. Dia didakwa salah guna kuasanya untuk dapatkan kontrak pembinaan pejabat guna dana kerajaan.

Semasa polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung, syarikat-syarikat kerajaan mulai ditubuhkan untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Melayu dan Bumiputera. Subsidi turut diperkenalkan untuk bantu melonjakkan sosioekonomi kaum Melayu dan Bumiputera. Walau bagaimanapun, kebanyakan ‘kuasa’ ni masih dipegang oleh elit berkepentingan termasuklah ahli politik.

Mentaliti ‘cepat kaya’ turut menambah bencana dalam minda masyarakat. Apabila ahli politik ni sedar yang mereka boleh kumpul kekayaan tanpa perlu berusaha keras sepertimana usahawan biasa, mulalah mereka ‘manfaatkan’ akses dan kepentingannya untuk meraih wang peruntukkan yang asalnya ditujukan untuk memajukan rakyat miskin. Prof Dr. Jomo pada 1990 menyatakan bahawa lanskap macam ni memberi persepsi bahawa peluang kejayaan nak kaya lebih cerah seandainya seseorang tu boleh rapat dengan parti pemerintah dan ahli politik berbanding sekadar usaha bersungguh-sungguh.

Malaysia memang dah ada undang-undang untuk elak politik wang, adakah ia cuma perhiasan indah semata-mata?

Dari segi perundangan, Malaysia sememangnya dah wujudkan undang-undang yang membolehkan ‘pemain’ politik wang ni dihukum. Tiga akta diperuntukkan untuk elak politik wang terus berleluasa, iaitu Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Kita turut mempunyai agensi pencegahan rasuah dan banyak lagi akta lain yang boleh kita heret untuk penerima rasuah ni.

wang politik
Ada beza rupanya.. Via SPR UMS

Malangnya perkara ni masih lagi berleluasa, bahkan turut menular menjadi perkara lain lagi. Misalnya, pemberian pangkat dan jawatan kepada para penyokong politik ataupun wujudnya janji-janji manis untuk bantu individu berkepentingan ‘lepas’ daripada halangan birokrasi. Ketika rakyat biasa terpaksa tunggu giliran dan jawapan daripada pihak berkuasa, permohonannya terus diluluskan atas arahan ahli politik yang jugak bekerja sebagai pegawai tinggi dan menteri.

Menabur wang dan hadiah kepada rakyat pun boleh dianggap sebagai salah satu masalah politik wang. Kat kampung, selit je duit atau hadiah berbentuk keperluan seperti pemberian kain batik, beras, lembu dan kerbau. Kalau untuk pengundi bandar, golongan ni biasanya dah berpendidikan tinggi dan sedikit sukar untuk ‘dibeli’ undinya. Namun ia masih lagi tak mustahil untuk dilakukan, kerana ada je laporan yang mendakwa golongan pengundi bandar diberi tiket percuma untuk melancong ataupun janji diberikan tender projek kerajaan.

https://www.youtube.com/watch?v=PuSlgMq389U

Persoalan sama terus hidup mekar walaupun dah dibincangkan entah berapa kali dah sepanjang dekad kita merdeka, ataupun sekurangnya lepas Dr Mahathir sendiri akui wujudnya politik wang dalam perebutan dalaman UMNO pada 1984. Sampai sekarang ia masih jadi rahsia terbuka; apatah lagi kalau ia dah jadi darah dalam daging akal sesetengah ahli politik. Kekurangan kehendak politik memusnahkan rakyat, tak kira betapa banyaknya akta diperkenalkan untuk membendung politik wang ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *