Musa Aman dibebaskan dengan hujah guna “saranan” Peguam Negara yang lama?!

F1
Musa Aman dibebaskan dengan hujah guna “saranan” Peguam Negara yang lama?!

Salah satu perkara yang buat ramai rakyat marah adalah peristiwa ahli politik yang terkenal dengan kes-kes rasuah, tapi dapat dilepaskan macam tu je. Macam yang kita semua dah tahu, salah satu sebab BN kalah pada PRU14 adalah berkumpulnya orang-orang yang korup dalam koalisi politik tu. Kita memang mempercayai ketelusan penghakiman yang ada di negara kita, cuma kita risau ada orang yang “campur tangan” sehingga sistem Kehakiman di negara kita tak boleh berlangsung dengan betul.

Semalam, ramai yang tak puas hati apabila ada seseorang yang terkenal dengan korupsi, dilepaskan macam tu je. Ada yang berpandangan ada “campur tangan” yang menyebabkan benda ni berlaku. Korang rasa macam mana?

Mahkamah bebaskan Musa Aman dari semua 46 kes tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram

Mahkamah Tinggi semalam melepas dan bebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin buat keputusan tu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, bahawa pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadap Musa. Sepatutnya semalam tu hari untuk pengurusan kes, tahu-tahu, dia dilepaskan pulak.

Peguam Francis Ng Aik Guan yang wakili Musa mohon mahkamah untuk bebaskan anak guamnya untuk elakkan dari tuduhan tergantung. Oleh sebab tu, hakim arahkan Musa Aman dilepas dan dibebaskan dari semua tuduhan. Hakim turut batalkan dua permohonan daripada pihak pembelaan iaitu untuk batalkan tuduhan dan permohonan bagi cabar keperlembagaan Seksyen 82(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Untuk kes rasuah, dia hadapi 30 pertuduhan, sebagai ejen kerajaan Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah AS$50.1 juta. Wang suapan tu sebagai dorongan untuk lakukan perbuatan  berikan kontrak konsesi balak Sabah kepada 16 syarikat.

Agak-agaknya, ahli politik yang makan rasuah akan tidur macam ni kan? Via Giphy

Perbuatan tu didakwa dilakukan di lapan bank dan institusi kewangan di Hong Kong, China dan Singapura di antara 20 Disember 2004 dan 6 November 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Bagi kes pengubahan wang haram, pertuduhan pertama dan ke-16, Musa didakwa babitkan diri secara tak langsung dalam transaksi pengubahan wang haram dengan arahkan Richard Christopher Barnes buka satu akaun di UBS AG di atas nama lelaki tu untuk tujuan terima hasil aktiviti haram. Dia juga hadapi tuduhan alternatif, iaitu sembunyikan pemilikan hasil aktiviti haram tu.

323
Kes rasuah dan pengubahan wang haram Musa Aman ni merupakan di antara kes-kes rasuah yang babitkan orang -orang ternama. Via Sinar Harian

Bagi pertuduhan kedua hingga sembilan dan 11 hingga 15, Musa didakwa secara tak langsung babitkan diri dalam pengubahan wang haram, iaitu terima AS$37,845,491.60 dari beberapa individu melalui akaun atas nama Barnes yang jumlah itu adalah daripada hasil aktiviti haram, manakala bagi pertuduhan ke-10 pula, dia didakwa terima AS$2.5 juta atas sebab sama.

Musa Aman bersyukur terlepas dari tuduhan, cuma kena ingat, selepas PRU14, dia sering keluar negara

Dari pandangan Tan Sri Musa Aman, dia bersyukur kerana katanya dia diberikan keadilan untuk bersihkan segala tuduhan terhadap dirinya. Katanya, permohonan pembatalan pendakwaan difailkan awal tahun ni dah dibuat dengan cukup teliti serta disokong keterangan dan dokumen bukti.

“Terima kasih kepada barisan peguam saya bersama pembantu mereka yang telah memberi perkhidmatan cukup baik dan berdedikasi sepanjang tempoh ini. Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada badan pendakwaan dan badan kehakiman negara terutamanya mereka yang telah bertindak secara objektif, profesional, berkecuali dan tanpa prejudis di dalam menilai fakta kes ini sejak dua tahun lalu,” – Musa Aman, melalui kenyataan rasminya

Bagi yang mungkin dah terlupa, dua tahun lepas, beberapa anggota SPRM ada menyerbu rumah Musa Aman dan merampas beberapa fail. Menurut laporan berita masa tu, satu pasukan penyiasat dah pergi ke rumahnya di Luyang di Kota Kinabalu berhubung siasatan kes rasuah. Masa tu, Musa dan ahli keluarganya takde kat rumah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jugak pernah arahkan Musa Aman agar menyerahkan pasportnya, pada tahun lepas. Ia selepas mahkamah benarkan permohonan pihak pendakwa agar keputusan benarkan Musa memegang pasportnya – atas tujuan dapatkan rawatan di luar negara – disemak semula. Dalam batalkan keputusan hakim Mahkamah Sesyen tu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan kata takde cadangan yang dibuat Musa bahawa dia hanya boleh dirawat di Singapura atau United Kingdom.

“Beliau bertanggungjawab menunjukkan beliau memerlukan rawatan khas yang tiada dalam negara. Tertuduh hanya mendapatkan rawatan oleh doktor yang dipilihnya. Anggapannya adalah beliau boleh dirawat dalam negara ini dan penyakit yang dihidapinya daripada koronari boleh dirawat oleh doktor dalam negara. Korespondens (dengan doktor pakar luar negara) juga menunjukkan perkara sama,” – Mohamed Zaini Mazlan, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Jika Musa Aman dilepaskan dengan gunakan afidavit mantan AG, adakah dalam kes Najib, ia juga boleh dilakukan?

Jabatan Peguam Negara putuskan untuk tak teruskan pendakwaan ke atas Musa Aman selepas menerima afidavit daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang menyokong supaya tuduhan terhadap Musa dibatalkan. Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun kata; melalui afidavit diterima pihaknya pada 5 Jun lalu, Abdul Gani pertahankan keputusan Jabatan Peguam Negara pada tahun 2012, untuk tak ambil apa-apa tindakan terhadap Musa.

1

2

3

Idrus kata; dalam afidavit itu yang difailkan Musa bagi batalkan tuduhan terhadapnya, dia menyatakan Abdul Gani buat keputusan tu berikutan siasatan mendapati wang yang terbabit adalah sumbangan politik. Dia kata, Abdul Gani menyatakan keputusan itu dibuat secara kolektif oleh individu peringkat atasan, iaitu bekas Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Seri Tun Abdul Majid Tun Hamzah; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan bekas Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali.

3
Peguam Negara. Via Astro Awani

Jika hujah utama yang digunakan dalam melepaskan Musa Aman ni adalah afidavit yang diberikan oleh mantan Peguam Negara yang kata Musa Aman tak perlu dibicarakan; kami ada satu persoalan. Bagaimana dengan kes Najib Razak dan lain-lain? Sudah tentu Peguam Negara pada zamannya memiliki hujah dan afidavit yang sama ketika seluruh dunia mengatakan Najib terlibat dengan salah satu skandal kewangan terbesar yang pernah terjadi di dunia. Kes apa lagi, 1MDB lah.

Sekarang ni, Najib Razak tengah tunggu penghakiman setelah satu perbicaraan yang panjang, lebih kurang dua tahun kot perbicaraan tu. Kita kena ingat – dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya untuk hentikan perbicaraan. Kalau kita fikir secara logik, mesti Abdul Gani Patail ada afidavit yang lebih kurang sama untuk menyokong Najib Razak tak didakwa.

3
Adakah kesnya juga akan digugurkan? Via DNA India

Kenapa kami cakap macam ni? Sebabnya kes yang melibatkan Najib ni agak popular, dan Pejabat Peguam Negara masa tu dah tentu dapat tekanan yang hebat. Untuk memastikan Najib tak dibicarakan, sudah tentu ada afidavit untuk menguatkan hujah – Najib tak perlu dibicarakan. Adakah selepas ini kita akan melihat kes Najib dan yang lain-lain digugurkan menggunakan hujah yang sama? Itu yang kami tak sabar nak tengok.

Tak mustahil akan ada lagi kes rasuah yang dilepaskan, kita akan kembali ke zaman dulu kala

Melihat senario politik semasa, kami rasa tak mustahil untuk beberapa kes rasuah akan digugurkan lagi selepas ini. Apa yang paling tak boleh blaa, kita mungkin akan melihat – ahli politik yang dah dirampas berjuta-juta duit rasuah diorang, akan dapat semula duit itu. Nampaknya kita dah kembali ke zaman sebelum PRU14, zaman yang kita dapat melihat ahli politik, isteri dan keluarganya untuk hidup dengan penuh mewah. Mereka yang korup (walaupun telah dapat liputan media yang besar), terlepas dari perbicaraan.

Jika satu demi satu kes rasuah ahli politik digugurkan, kami nak jadi orang yang pertama untuk ucapkan; selamat datang ke zaman Malaysia lama, semuanya tak mengapa, yang penting orang Melayu Islam.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top