займ срочно

Korang dah boleh pergi kedai gunting rambut, tapi bayaran kemungkinan akan MENINGKAT

F1
Korang dah boleh pergi kedai gunting rambut, tapi bayaran kemungkinan akan MENINGKAT

Satu berita menggembirakan yang disambut bahagia orang Malaysia ketika ni adalah kedai juruhias dan tukang gunting dah boleh dibuka. PKPB yang telah bermula awal bulan lalu boleh dianggap berjaya menurunkan kadar kebolehjangkitan, sehingga kita dah ‘tukar’ strategi nak rancakkan semula ekonomi negara.

Pengenalan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ni menggantikan PKPB dulu, dimana dah banyak sekatan terdahulu telah dilonggarkan. Dulu rentas daerah je boleh, sekarang ni rentas negeri dah pun dibenarkan…

Berita Harian Rentas Negeri
Via Berita Harian

Tukang gunting dulu tak setuju dibuka, kini dah bersetuju buka kedai dengan SOP yang sesuai

Sejak April lalu, kita dah mula buka beberapa sektor ekonomi khususnya yang boleh diklasifikasikan sebagai sektor penting untuk negara kita. 9 sektor yang diberi keutamaan untuk beroperasi semula tu termasuklah kedai dobi dan kedai perkhidmatan gunting rambut.

Saling bantu gunting rambut sesama member… Via Giphy

Walau bagaimanapun, pengumuman kebenaran ni ditentang sendiri oleh Persatuan Pendandan Rambut Malaysia (MHA). Bagi mereka, agak sukar untuk mengekalkan jarak sosial yang selamat iaitu sejauh 1 meter di samping takde panduan yang agak jelas agar dapat disesuaikan dengan keadaan kedai gunting rambut mereka. Dalam kenyataan mereka;

“Ketika penularan wabak berbahaya ini, menggunting rambut tidak harus disenaraikan sebagai perkhidmatan penting kerana perkara yang paling penting sekarang ialah untuk terus hidup. Tujuan PKP adalah untuk menyelamatkan nyawa orang, bukan penampilan mereka”- Kenyataan MHA, seperti yang dipetik oleh Sinar Harian pada 11 April 2020

Kegusaran Gunting Rambut Komen Facebook
Ramai takut jadi kluster kedai gunting rambut pulak.. Via Facebook

Kenyataan ni jugak turut disokong ramai, termasuklah pelanggan sendiri. Pada ketika tu, ramai orang masih takut lagi dengan risiko penularan COVID-19… tu belum tambah dengan kluster-kluster yang belum dijejaki dan diketahui. Masyarakat masih lagi dalam tahap berjaga-jaga dan sentiasa cakna dengan sebarang peningkatan kes setiap hari.

Sebulan kemudian, gabungan persatuan pendandan serta jurugaya rambut dari seluruh negara pulak nak kerajaan beri semula kebenaran untuk beroperasi.

Gunting Rambut
Via Astro Awani

Gabungan ni terdiri daripada 7 persatuan, iaitu Persatuan Pendandan Malaysian (MHA); Persatuan Pendandan Bumiputera (BUHA); Persatuan Penggunting rambut Bumiputera (MBBA); Persatuan Pembangunan Kemahiran Dandanan Rabut (HSDA); Persatuan Pemerkasaan JurugayaRambut India Malaysia (MIHASS); Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia (MINDAS) dan Persatuan Jurugaya Rambut India Selangor Wilayah Persekutuan (PJRISWP).

Wakilnya, Bambang Soteto yang turut merangkap Presiden Persatuan Pendandan Rambut Bumiputera (BHA) kata mereka dah sediakan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai untuk dibentangkan kepada kerajaan. Antara SOP yang dicadangkan termasuk mewajibkan pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE), pelitup muka dan pelindung muka bagi semua kakitangan, selain menyahkuman peralatan sebelum dan selepas digunakan bagi setiap pelanggan.

Gunting Rambut Ppe
Via FMT

Bagi kami, ni suatu yang harus dipuji sebab mereka taknak membahayakan pelanggan dan jadi punca penularan pulak walaupun terpaksa menelan kerugian dan ketiadaan pendapatan selagi takde SOP yang selamat dan sesuai diaplikasikan kepada kedai-kedai gunting rambut yang berbeza dari segi saiz lot dan sebagainya.

SOP dah cukup syarat kebersihan dan jarak sosial, tapi harga servis semakin naik?

Dah macam filem pulak kan.. ada plot twist dah. Walaupun SOP yang dibentangkan dan diterima oleh kerajaan kerana dah cukup syarat seperti penggunaan PPE serta jarak sosial sejauh 2 meter, tetapi satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah harga caj perkhidmatan yang akan dinaikkan untuk tanggung kos peralatan pakai buang seperti PPE.

Nak gunting rambut sendiri ke gunting kat kedai eh… Via Giphy

Pada mulanya, anggaran yang diberikan adalah sekitar RM3 hingga RM10 bagi setiap pelanggan. Hal ni menerima reaksi pelbagai dari rakyat, sebab ia dilihat agak mahal dan membebankan rakyat. Selain tu, ada jugak yang berpendapat caj tu sebenarnya keterlaluan.

Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia kata harga caj tu agak “mustahil”. Katanya lagi:

“Mustahil untuk mengenakan caj sehingga RM10 jika mereka hanya menggunakan apron dan sarung tangan pakai buang yang dijual pada harga tidak menjangkau kadar kenaikan terbabit. Kita tidak mahu amalan ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan ‘hidup lebih segar’ dalam keadaan kita sedang berdepan wabak COVID-19,”- Seperti yang dilaporkan Berita Harian pada 7 Jun 2020

Kedai Gunting Rambut
Via Mynewshub

Pendapat yang sama dikongsi oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi. Dia siap buat kiraan lagi, dimana dia menganggarkan kenaikan tersebut sepatutnya sekitar RM3.80 je. Kos barangan tak semahal tu, ringkasnya.

“Contoh lain diandaikan barangan tambahan yang terlibat adalah apron plastik penutup badan pengguna berharga RM3, kos sarung tangan 50 sen dan cecair sanitasi tangan 30 sen, maka jumlah kos tambahan yang boleh dikenakan adalah sebanyak RM3.80 sahaja.

“Pengusaha kedai gunting rambut tidak boleh mengenakan caj tambahan sehingga RM10,”- Seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 7 Jun 2020

Mask Gunting Rambut Ppe Full Buatan
Lelaki ni siap buat sut PPE sendiri lagi.. -MStar

Selain tu, dia gesa para pengusaha perkhidmatan gunting rambut dan salun kecantikan ni kena pamerkan jugak senarai harga beserta servis caj tambahan tu.

Ada jugak antara rakyat yang berpendapat boleh je naikkan kerana setimpal dengan peningkatan kos operasi, tapi kurangkan harga maksimum tu kepada RM5 je. Namun kos-kos tambahan ni boleh dikurangkan dengan cara bijak seperti pembelian pukal dan memanfaatkan insentif cukai untuk perbelanjaan operasi sepertimana yang dah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin:

“Oleh kerana pelaksanaan PKP telah menjejaskan aktiviti perniagaan dan menyebabkan masalah aliran tunai, Kerajaan akan memberikan insentif cukai dalam pelbagai bentuk termasuklah potongan cukai berkait dengan perbelanjaan untuk operasi dalam kebiasaan baharu seperti pembelian PPE dan kos ujian saringan.”- Teks Ucapan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun 2020

Insentif cukai! -Via Giphy

Lebih baik gunting kat rumah je kalau nak gunting asas, belajar dandan rambut sendiri

Bila dah susah-susah je nak fikir caj tambahan ni, banyak jugak cadangkan solusi paling mudah iaitu belajar sendiri kemahiran gunting rambut. Ada betulnya jugak sebab pengalaman membina kemahiran tu amat penting jugak untuk kehidupan kita. Sekarang ni pun banyak dah tutorial percuma kat Internet pasal macam mana nak gunting rambut secara asas, atau dandanan rambut yang mudah.

Youtube Tutorial Potong Rambut
Banyak video tutorial mudah yang boleh dicuba..

Walau bagaimanapun, pengusaha kedai gunting dan dandanan rambut tak perlu khuatir kehilangan pelanggan bila dah ramai belajar sendiri kemahiran gunting rambut ni. Kebanyakan pengusaha kedai gunting dan dandanan rambut mempunyai gaya tersendiri yang disukai para pelanggan, jadi pelanggan setia korang takkan lari punya.

Satu peringatan mesra dari kami adalah sentiasa amalkan jarak sosial yang selamat dan penggunaan topeng litup muka, dan adukan kat KPDNHEP sekiranya korang terjumpa harga barang dan caj servis perkhidmatan yang luar biasa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top