Ini cara Malaysia tangani COVID-19, fokus saringan dan ujian ubat baharu

F1

Boleh dikatakan hampir tiap hari, berita negara cakap pasal COVID-19. Setakat ni kita dah boleh atasi beberapa masalah utama seperti kekurangan PPE, ventilator dan topeng muka dengan bantuan rakyat serta pertalian diplomatik kita dengan China.

Selain tu, kita pun dah laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah ke atas kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Kerajaan pun turut laksanakan kawalan penyebaran media palsu dan sentiasa sebarkan informasi menerusi platform yang lebih mudah diakses oleh rakyat. Wajarlah kalau ada rakyat negara lain pun puji bagaimana Malaysia tangani pandemik ni…

Dalam tempoh PKP, KKM fokus saringan nak kenal pasti mangsa jangkitan…

Sebenarnya salah satu tujuan PKP ni adalah untuk cari mereka yang mungkin dah terjangkit dan elakkan virus tu dari menjangkiti lebih ramai orang. Kami dah ulas berapa banyak kluster utama yang menyumbang pada jumlah kes tersebut, dan sehingga artikel ni ditulis, kluster utama adalah dari perhimpunan Sri Petaling.

Bila kita dah dapat kawal pergerakan rakyat yang sihat, kita akan lebih mudah kesan dan asingkan kelompok yang dah terjangkit berbanding dengan kelompok yang masih sihat. Sebab tu lah kita terpaksa berkali-kali merayu peserta perhimpunan tabligh dan kontak rapat mereka supaya tampil buat saringan termasuklah yang takde gejala.

“Kalau mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pihak kementerian hanya akan menyaring mereka yang ada gejala. Namun hari ini, kita putuskan mereka yang tidak bergejala juga perlu mendapatkan saringan kesihatan,”- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 23 Mac 2020

Lonjakan kes meningkat dari semasa ke semasa buatkan rakyat risau. Kami pun risau jugak, sebab ni bererti penyebaran virus tu dah semakin luas. Namun begitu, kadar kes yang dilaporkan setiap hari sebenarnya tak benar-benar cerminkan situasi sebenar. Boleh jadi rantaian jangkitan sebenar lebih teruk dari yang kita dapat kesan…

Kadar laporan kes ni pun banyak bergantung pada jumlah kit uji dan sampel saringan yang dah diambil. Peningkatan kes positif dari hari ke hari tu pun tak boleh dianggap sebagai cerminan orang yang sakit pada hari tersebut. Sebaliknya, kebanyakan pesakit tersebut memang dah sakit atau tengah dikuarantin.

Malaysia contohi idea baik Korea Selatan, buat saringan besar-besaran untuk kawal jangkitan…

Semakin banyak yang kita boleh saring, semakin cepatlah kita boleh kesan dan sekat virus COVID-19 ni dari terus menjangkiti orang lain. Sebab tu pada 27 Mac lalu, KKM menyasarkan sebanyak 16,000 sampel dapat dilakukan menerusi kit ujian sehari.

“Usaha melakukan saringan secara besar-besaran akan dilakukan pada Jumaat ini dan kita akan menguji kemampuan rapid test kit untuk antigen dan bukan daya ketahanan badan. Kemampuan KKM ada 18 makmal manakala swasta ada lima dan kita tingkatkan keupayaan untuk kita mengesan jangkitan itu. Sekarang kita laksanakan sebanyak 6,000 sampel sehari dan kita jangkakan peningkatan saringan sehingga 16,000 sehari dapat dilakukan walaupun masih belum guna kit ujian berkenaan,”- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani pada 25 Mac 2020

Myeg Test Kit Fake
Baru-baru ni, MyEG diselar jual kit tanpa kebenaran KKM. Boleh pulak macam tu..? Via FMT

Sebelum ni kita memang ada terima model jenama kit saringan daripada China dan Korea Selatan, namun kita terpaksa tukar jenama kit saringan dari China tu disebabkan kurang tepat. Hasilnya, China menghantar kit saringan jenama yang lain.

Pembangunan kit pengesanan dari Korea Selatan ni pun salah satu faktor penyumbang kepada keberkesanan Korea menangani virus tersebut, sedangkan kes mereka pun lebih kurang sama jugak. Kluster utama para pesakit mereka datangnya dari gereja Shincheonji yang dikatakan enggan hadir ke hospital.

Kultus Shincheonji
Dikatakan lebih dari 1,500 anggotanya tak nak terima rawatan… Via Allkpop

Menurut Jerome Kim yang merupakan Ketua Pengarah International Vaccine Institute dalam temubualnya kepada Al Jazeera, Korea Selatan mampu cipta banyak kit pengesan yang lebih baik kerana kewujudan industri bioteknologi yang terdiri daripada beberapa syarikat kecil yang dah dimajukan oleh barisan saintis.

“China sudah terbitkan susunan (gen) koronavirus tersebut. Syarikat-syarikat ini belajar daripadanya dan terus membangunkan (kit) ujian…”, – Jerome Kim, seperti yang dilaporkan Al Jazeera pada 21 Mac 2020

Covid Test Kit
Ni lah kit ujian untuk COVID-19… -Via NST

Tak cukup dengan tu, beberapa hospital swasta turut menyediakan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 secara pandu lalu. Contohnya, Hospital Pakar KPJ Damansara adalah satu-satunya hospital yang sediakan ujian saringan yang tidak memerlukan temujanji. Kata Dr. Nur Abdul Karim, Ketua Perkhidmatan Kemalangan & Kecemasan di KPJ Damansara:

“Kami mengikut model Korea Selatan untuk menyaring semua orang. Uji, uji, uji – dan kemudian uji lagi. Dengan menyaring semua orang, kita dapat mengesan kes positif lebih awal dan membantu meminimumkan penyebaran Covid-19. Ini saringan yang sama digunakan di hospital lain dan ia disahkan Kementerian Kesihatan sebagai ‘standard emas’,”-Dr Nur Abdul Karim, seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today pada 27 Mac 2020

Drive Thru Covid Damansara Kpj
Via FMT

Malaysia antara negara yang dipilih uji antiviral baharu, pelbagaikan jenis ubat untuk mudahkan rawatan…

Memandangkan dunia pada ketika ni tengah berlumba-lumba nak keluarkan vaksin yang betul-betul berkesan untuk melawan COVID-19 ni, kita masih turut mencari ubat dan rawatan yang sesuai untuk selamatkan nyawa pesakit. Buat masa ni, bekalan ubat kita tetap mencukupi untuk menampung kadar pesakit.

Contohnya, bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan COVID-19. Ketiga-tiga ubat tu jugak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Clorokuin Virus Covid
Via Tirto.id

Selain tu, bekalan ubat yang perlu diimport seperti Favipiravir turut diutamakan. Manakala untuk Remdesivir (ubat antiviral), Malaysia merupakan antara negara terpilih untuk uji ubat tersebut untuk lihat sejauh mana keberkesanannya.

“Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial – COVID-19’ yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan. NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal,”- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seperti yang dilaporkan Bernama pada 28 Mac 2020

Ubat Covid
Ada 11 lagi ubat yang tengah dicuba sekarang… -Via Times of India

Haa… ni ubat-ubatan mahal dan agak sukar untuk didapati (dan dijual sesuka hati). Jika korang ada ternampak sebarang iklan ubat palsu dijual, korang boleh laporkannya kepada pihak KKM. Di zaman sekarang ni, Panadol pun palsu!

#KitaJagaKita jadi bentuk solidariti kempen duduk rumah, prihatin terhadap masa depan negara…

Walaupun kita sedia maklum bahawa masih ramai lagi yang taknak bagi kerjasama dan duduk diam-diam kat rumah; kami pun perasan jugak semakin ramai yang faham dah kenapa tindakan kerajaan melaksanakan PKP ni penting untuk kebaikan bersama.

Kempen Kita Jaga Kita
Kita Jaga Kita! Via Buzzkini

Banyak je bentuk ‘solidariti’ yang digunakan oleh rakyat kita, namun antara yang paling popular adalah #KitaJagaKita, dimana rakyat bertanggungjawab ke atas kesihatan orang lain. Ni pun turut merangkumi mereka yang bekerja di barisan depan, hinggalah mereka yang dah faham peri pentingnya jaga jarak sosial (social distancing) sewaktu menunggu giliran di tempat awam.

Jarak Sosial Kfc Covid
KFC antara premis awal yang mulakan letak garisan 1 meter. -Via MSN

Hanya rakyat yang boleh lakukan perubahan, dan percayalah, benda baik sekecil debu pun bernilai besar dalam usaha bersama masyarakat untuk menangani COVID-19 ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *