Tabung Haji bukan setakat TIDAK DIKUASAI BUKAN ISLAM, turut catat lebihan aset

F1

Sebelum ini PH sering dikaitkan dengan dakwaan menjual aset negara dan tak lakukan kerja dengan betul. Kami pun pernah bantu untuk terangkan berkenaan Tabung Haji ni, sebab kami tak nak lah korang bina pemikiran semata-mata dengan sentimen perkauman, sebab selalunya pembinaan naratif melalui kaedah tu, akan tersasar. Isu Tabung Haji boleh dikira sebagai salah satu isu besar yang memberi impak terhadap imej Pakatan Harapan sebagai kerajaan ketika tu.

Semalam segala persoalan atau stigma tentang “PH jual Tabung Haji” dah terbatal, Perdana Menteri kita jawab di Parlimen – Prestasi Tabung Haji untuk setengah tahun pertama adalah RM78 bilion, dengan lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion. Macam perancangan yang dah dilakukan pada zaman PH, mana-mana aset Tabung Haji yang datangkan kerugian, akan dipindahkan. Inilah yang dikatakan “jual aset TH”, padahal aset yang dipindahkan tu datang kerugian kepada Tabung Haji.

Paling penting, dalam jawapan Perdana Menteri semalam, turut disebut TABUNG HAJI TIDAK DIKUASAI OLEH BUKAN ISLAM.

Walaupun Tabung Haji sering dikatakan telah dikuasai DAP, ia berjaya catatkan keuntungan RM1.3 bilion

(Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 5 Mac 2020, dan diterbitkan semula pada 14 Julai 2020)

Bagi yang tak tahu lagi, Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya catat kesan pemulihan yang baik apabila raih keuntungan sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019. Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) kata, bagi tempoh sama, jumlah asetnya turut meningkat dan melebihi liabiliti pada jumlah RM2.3 bilion.

S1
Tabung Haji. Via Sinar Harian

“Menerusi pakej pemulihan bagi melindungi kepentingan penyumbang dan membantu TH kembali stabil, ia tidak lagi perlu menanggung kerugian aset bernilai RM10 bilion kerana kerugian ini akan ditanggung oleh UJ dan Kerajaan Malaysia. TH juga tidak perlu lagi menanggung beban dan risiko kerugian berterusan ke atas aset-aset yang telah dipindahkan ini,” – Kenyataan Tabung Haji, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Untuk pengetahuan korang, UJ ni adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Sebab tu orang pernah kata DAP dah kacau Tabung Haji. Selepas perubahan kerajaan pada 2018, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dilantik kendalikan kajian semula kedudukan kewangan TH telah dapati pelbagai langkah diambil oleh pentadbiran terdahulu untuk palsukan peningkatan dan memanipulasi keuntungan TH.

Ini termasuk tak rekodkan kerugian rosot nilai aset dan transaksi kewangan yang mencurigakan bagi catatkan keuntungan berganda untuk bayar hibah. Laporan PwC turut nyatakan bahawa liabiliti-liabiliti TH telah melebihi aset-asetnya dan memerlukan pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan semula oleh kerajaan untuk pastikan kesinambungan dana TH.

Oleh sebab tu, pakej pemulihan telah dicadangkan oleh TH dan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang kemudiannya diluluskan oleh Kabinet.

“Pakej ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen pada 10 Disember 2018. Sebagaimana diusulkan dalam pelan pemulihan itu, UJ telah memperoleh aset-aset bernilai RM9.63 bilion daripada TH pada jumlah RM19.9 bilion melalui terbitan 2 siri sukuk dan tunai kepada TH. Ini bermakna Kerajaan telah membayar sebanyak tambahan RM10.3 bilion untuk memulihkan TH,” – Kenyataan Tabung Haji, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Ohhhh. Macam tu rupanya. Via Giphy

Aset-aset yang dipindahkan kepada UJ tu termasuklah campuran ekuiti tersenarai, 29 hartanah dan satu aset tak tersenarai, termasuk meliputi empat hotel yang beroperasi iaitu TH Hotel Kota Kinabalu; TH Hotel Bayan Lepas; TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu. Tapi, pindahan milik ni tak termasuk hartanah atau aset milikan TH Plantations (yang sahamnya kekal dimiliki oleh TH).

Benda ni untuk pergiat dan tingkatkan prestasi kewangan aset-aset yang diperoleh, UJ jugak dah tubuhkan anak syarikat milik penuh, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) bagi meneruskan operasi keempat-empat hotel tu.

 

Bukan setakat Tabung Haji, Khazanah catatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah

Selain Tabung Haji, Khazanah Nasional Bhd turut catatkan keuntungan operasi untuk tahun kewangan 2019 sebanyak RM7.36 bilion, tertinggi dalam sejarahnya, berbanding kerugian operasi RM6.27 bilion pada tahun 2018. Dana pelaburan strategik kerajaan itu juga mengumumkan dividen sebanyak RM1 bilion untuk tahun 2019.

S1
Via Berita Harian

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, kata keuntungan operasi tertinggi dalam sejarahnya tu disumbangkan oleh hasil pelupusan yang lebih tinggi dan rosot nilai lebih rendah serta pulangan portfolio lebih mantap.

Katanya, Khazanah dah capai kemajuan ketara dalam pelbagai bidang, termasuklah menjana pulangan sejajar dengan sasaran jangka panjang bagi dana komersil seliaannya. Ia turut mengukuhkan kedudukan kewangannya menerusi pengurangan perbelanjaan operasi (OPEX) dan pembayaran balik hutang.

“Prestasi kami pada tahun 2019 dicapai dalam keadaan persekitaran global yang tidak menentu, yang menyaksikan proses Brexit yang berpanjangan serta perang perdagangan AS-China yang kian sengit. Hal ini menjadi lebih mencabar akibat persekitaran pulangan rendah yang berterusan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan. Walaupun berhadapan cabaran ini, kami berjaya mencatatkan kemajuan yang ketara dalam memenuhi mandat kami untuk membangunkan kekayaan jangka panjang Malaysia,” – Shahril Ridza Ridzuan, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian

Power. Via Giphy

Khazanah turut mengukuhkan kedudukan kewangan diorang hasil daripada perbelanjaan yang dikurangkan sebanyak 28.2 peratus kepada RM484 juta berbanding RM674 juta pada tahun 2018. Jumlah hutang telah berjaya dikurangkan sebanyak 17.0 peratus kepada RM45.8 bilion daripada RM55.2 bilion pada tahun 2018.

Setelah setahun melaksanakan aktiviti pengimbangan semula portfolionya, Khazanah dah mula catatkan kejayaan awal dalam mempelbagaikan Dana Komersil di bawah mandat barunya. Diorang berada pada kedudukan yang baik untuk terus meningkatkan aktiviti pelaburannya pada tahun 2020.

Pelan pemulihan memerlukan sedikit masa, dan tindakan yang di luar kebiasaan

Daripada laporan Tabung Haji dan Khazanah ni, ia memperlihatkan sebenarnya strategi Pakatan Harapan untuk pulihkan kedua-dua entiti ni boleh dikatakan berjaya. Sayangnya, kita kerap termakan dengan tuduhan-tuduhan yang dibungkus dengan perkauman sehingga gagal untuk buat pertimbangan yang betul.

Jadi, lepas ni kalau ada orang yang buat apa-apa dakwaan berkenaan sesiapa pun, korang kena kaji betul-betul. Lebih-lebih lagi kalau tuduhan tu disalut dengan sentiman perkauman atau bangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *