Lin Dan bersara, ikuti kisahnya dengan Lee Chong Wei, seperti Ronaldo dan Messi

F1
Lin Dan bersara, ikuti kisahnya dengan Lee Chong Wei, seperti Ronaldo dan Messi

Dunia badminton ni antara dunia sukan yang paling digemari dan dikenali rakyat Asia, khususnya dengan nama Malaysia yang menjadi igauan banyak lagi negara besar seperti China, Indonesia dan India. Kita banyak melahirkan bakat-bakat terkemuka, yang mana kebanyakan daripadanya selalu menjadi pilihan utama pertandingan macam Datuk Lee Chong Wei dulu.

Kini pemain terakhir dalam barisan empat legenda dunia badminton, Lin Dan atau ‘Super Dan’ akhirnya melabuhkan tirai generasi hebat yang seringkali buatkan mata kita tak berkelip langsung tiap kali bertembung dengan pemain negara. Begitu sengit, hinggakan Lee Chong Wei pun tabik hormat dengan kehebatan Lin Dan.

Lin Dan Bersara
Via Times of India

Disuruh belajar piano, tangannya rupanya lebih lincah bermain badminton hingga ke peringkat dunia

Lin Dan, atau dikenali ramai sebagai ‘Super Dan’, akhirnya gantung raket juga pada bulan awal Julai lalu. Kita hanya mengenali Lin Dan berdasarkan tingkah laku yang terpapar di televisyen sepanjang pertandingan. Ada kata Lin Dan ni macam sombong je, ada jugak yang kata Lin Dan ni keras kepala orangnya. Walau apapun sifat sebenarnya, Lee Chong Wei sendiri memuji kehebatan dan sifat persahabatan antara mereka berdua.

Dalam puisi tersebut, ternyata Lee Chong Wei pun jelas bahawa sudah tiba masanya untuk Lin Dan bersara, sekaligus menutup tirai empat legenda dunia badminton iaitu Peter Gade, Taufik Hidayat, Chong Wei dan Lin Dan sendiri. Ringkas je puisi tu, tapi sarat dengan makna terutamanya untuk para peminat dunia badminton. Chong Wei bersara dulu pun kami dah sedih, kali ni Lin Dan pulak menutup tirai ‘persembahan’ pelbagai aksi dan kemahiran hebat mereka.

Lin Dan Taufik Chong Wei Peter Gade
Dari kiri: Peter Gade, Lin Dan, Chong Wei dan Taufik Hidayat.. -Via Kompasiana.com

Oleh demikian, rasanya ada baiknya jugak untuk kita kenali siapa sebenarnya Lin Dan ni. Dia dilahirkan di Fujian, China pada 14 Oktober 1983 dan mendirikan rumah tangga dengan sorang lagi pemain wanita badminton China iaitu Xie Xingfang. Masa dia masih kecil, dia sebenarnya disuruh untuk belajar piano. Namun bila dia mencecah umur 5 tahun, barulah dia mulai tertarik dengan badminton.

Minatnya ni tak terhenti setakat tu. Lepas dia mendaftar masuk ke dalam People’s Liberation Army (PLA) yang ditubuhkan sebagai respon pemimpin China mengawal kebangkitan rakyat dulu pada 1927, dia membawa minatnya dalam badminton tu apabila turut mendaftarkan dirinya dalam sebuah kelab badminton PLA pada usia 15 tahun.

Juara Lin Dan
Via Badminton Planet.com

Pada umur 2000, dia sudah menjuarai Asian Junior Championships dalam kategori perseorangan dan beregu lalu dipilih menjadi salah sorang atlet kebangsaan China setahun kemudian. Namun begitu, personalitinya di gelanggang banyak menunjukkan jiwanya yang sangat ghairah bermain badminton. Dia pernah marah dan bertekak dengan jurulatihnya, Ji Xinpeng depan rakan pemain dan wartawan akibat perbezaan pendapat je.

Kemudian pada 2012, dia selalu undur diri sebelum bertanding demi melayakkan para pemain negaranya yang lain untuk maju dalam pertandingan supaya layak masuk ke Olimpik London. Malah apabila lawan dengan rakan pemain senegaranya, dia akan undur diri. Misalnya masa Singapore Open, dia terpaksa bertembung dengan Chen Jin, pemain senegaranya maka dia undur diri untuk beri gelaran tersebut pada Chen Jin.

Lin Dan
Via BadmintonPlanet.com

Tapi kalau main kat negaranya sendiri seperti Hong Kong Open dan China Open, Lin Dan tak buat macam tu pulak dan lebih bersungguh-sungguh untuk menang. Ye lah, mana nak letak muka kalau undur sebelum berjuang kat tanah sendiri.

Chong Wei dan Lin Dan disamakan seperti Messi dan Ronaldo, ramai orang Malaysia sedih dengar berita persaraan Lin Dan

Pada tahun lalu, memang ada desas desus menyatakan bahawa Lin Dan dah nak bersara. Ni berikutan berita persaraan Lee Chong Wei dulu yang diumumkan pada Julai 2019 akibat faktor kesihatan. Dia pernah kata jugak, kalau dia nak bersara… pesaing utamanya Chong Wei kena bersara dulu. Selagi Chong Wei tak bersara, dia pun tak nak bersara.

“Saya masih bermain kerana saya mahu mencabar diri sendiri kerana sebelum ini tidak ada pemain badminton di peringkat umur saya ini yang masih bermain dengan baik. Saya juga berhasrat untuk mempamer contoh teladan baik kepada pemain-pemain muda untuk mengikuti jejak langkah saya,”- Lin Dan, seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 3 April 2019

Memandangkan Chong Wei pun dah bersara, dan ditambah lagi dengan berita Olimpik Tokyo 2020 ni ditunda pulak… Akhirnya dia memutuskan ikut jejak langkah para pesaing utamanya dulu termasuk Chong Wei dan mengumumkan persaraannya di akaun peribadinya dalam platform Weibo.

“Saya sudah berusia 37 tahun, dan tahap kecergasan fizikal dan kecederaan tidak lagi membolehkan saya bersaing bersama rakan sepasukan,”- Lin Dan, seperti yang dilaporkan Astro Awani pada 4 Julai 2020

Rata-rata peminat dunia badminton seluruh dunia, terutamanya dari Malaysia bersedih dengan berita tersebut. Sorang pengguna Instagram dalam akaun @djm4estro simpulkan Chong Wei dan Lin Dan ni macam Messi dan Ronaldo dalam dunia bola sepak.

Lee Chong Wei Snap Messi Ronaldo Lin Dan
Via Instagram

Dekat Facebook, komen-komen pelbagai ‘rasa’ membanjiri ruang pautan berita. Kami petik rangkaian komen ni kat Berita Harian, iaitu di bawah perkongsian pautan laman berita tersebut. Di samping ramai bersedih, ada jugak yang berterima kasih atas jasa Lin Dan dalam memberikan persembahan yang menarik untuk ditonton dan diperkatakan.

Fb Lin Dan Bh
Via Facebook

Bekas pemain perseorangan Malaysia, Hafiz Hashim pun turut kongsikan pengalamannya ketika berhadapan dengan Lin Dan sebanyak 9 kali. Dia tewas dalam kesemua pertembungannya dengan Lin Dan dulu termasuk Kejohanan Dunia 2016 dan All England 2010. Hafiz Hashim ni pernah jadi juara All England pada 2003.

“Lin Dan ni macam-macam perangai dalam court, sampai aku naik pening lawan dia, tapi dia lagi pening lawan aku, sampai dia tak tau dia buat apa ni. Lawan dalam court, kat luar kawan, itulah Lin Dan.

Lin Dan, lawan paling liat untuk ditewaskan walaupun setiap kali rasa boleh menang tapi last-last kalah. The one and only Lin Dan, Selamat Bersara SuperDan”, – seperti yang dilaporkan Labolamalaya.com pada 5 Julai 2020

Statistik Lin Dan
Via Badminton Talk

Kami ucapkan selamat maju jaya buat Lin Dan, setakat ni dinobatkan sebagai legenda terhebat dalam dunia badminton dan satu-satunya pencabar yang dapat menggegarkan Lee Chong Wei selaku pemain badminton terkenal seluruh dunia. Kini dengan ketiadaan otai-otai ni, maka ni menandakan ruang dan era baharu untuk generasi seterusnya mengharumkan nama negara masing-masing dalam dunia sukan badminton.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top