Sekarang tengah banyak Panadol tiruan, ini cara untuk SEMAK…

Panadol Palsu Gambar Watson
Sekarang tengah banyak Panadol tiruan, ini cara untuk SEMAK…

Bila kita sebut Panadol, kita dah tau apa guna ubat tu. Lazimnya dijumpai di hampir setiap kedai runcit, ia boleh legakan kesakitan dengan cepat dan selamat (jika diambil dalam dos yang sesuai). Namun begitu, korang tau tak bahawa dah lama orang tipu pengguna dengan jual Panadol tiruan? Ni suatu yang membimbangkan kerana benda ni boleh dibeli oleh sesiapa je, terutamanya mereka yang tak perasan pun perbezaannya.

Via Giphy

Negara ASEAN miliki kes penjualan ubat tiruan, sukar untuk diatasi

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang terkesan dalam kes penjualan ubatan tiruan. The Asean Post kata perkara ni merupakan suatu masalah besar kerana ia sukar untuk dibanteras. Pelbagai alasan timbul oleh sindiket-sindiket haram yang jual ubat-ubatan tiruan ni, dan antaranya adalah nak untung banyak.

Korang tengok ye, sindiket-sindiket tamak ni beli ubat-ubatan yang tak ikut piawaian sesebuah penghasilan ubatan dari India dan China. Kemudian, mereka jual semula dengan harga murah dari ubat-ubatan yang menepati piawaian pihak penguasa kesihatan. Dahlah ubat-ubatan ni boleh je dihasilkan dari kilang-kilang murah dengan bahan yang tak berkualiti, malah mereka sanggup nak buat pelbagai jenis ubat-ubatan untuk pelbagai jenis penyakit kronik dan berbahaya.

Fake Drugs
Via The Economist

“Ubat-ubatan tiruan ni terdiri daripada rawatan anti-kanser hingga ubat kesuburan dan ubat kurus, dan isu ni merupakan ancaman yang besar di kawasan-kawasan pedalaman, sebab sistem kesihatan agak kurang memuaskan boleh buatkan para pesakit bergantung dengan para pengedar ubat-ubatan yang tak berlesen.” – Jason Thomas, dipetik dari The Asean Post pada 7 September 2019

Sindiket penjualan ubat-ubatan ni turut terlibat dengan pengedaran dadah narkotik. Contohnya di Kemboja, ubatan tiruan ni dikatakan ada kesan MDMA (ecstasy). Isu rasuah dan kelemahan perundangan turut menyumbang kepada masalah menularnya masalah ni. Di Vietnam, 6 bekas eksekutif syarikat farmaseutikal di Ho Chi Minh dihukum penjara sehingga 12 tahun kerana didapati keluarkan dokumen tiruan mengenai kontrak ubat anti-kanser dari Kanada sedangkan syarikat Kanada tu tak wujud pun.

Vietnam Fake Cancer Drugs
Kes tu dapat perhatian meluas di negara tersebut. -Via Vietnam News

Panadol palsu tak berdaftar, boleh semak di sini…

Kenyataan GlaxoSmithKline (GSK) terhadap ubat Paracetamol tiruan mendedahkan bahawa setakat ni, hanya Malaysia je yang ada. Macam mana nak tau sama ada korang terbeli Panadol tulen atau Panadol tiruan?

Seorang ahli farmasi yang berpengalaman bernama Zeff Tan dah tularkan benda ni beberapa bulan lalu, dia dah beli sendiri ubat Panadol tu dan bandingkannya dengan bungkusan ubat Panadol yang betul. Nasib baiklah benda ni boleh disemak secara visual guna mata kasar je.

Panadol Palsu
Mana satu Panadol tiruan? Hmm… Via Mothership.sg

Pertama sekali, semak dahulu nombor MAL yang tertera di bungkusan tersebut. Secara teorinya, nombor MAL ni menunjukkan bahawa ia dah terdaftar dalam rekod kerajaan sebagai ubat-ubatan yang dah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Korang boleh semak dari sini.

Banding Mal Ubat Panadol Palsu Malaysia
Di kiri tu Panadol tulen, di kanan tu tak. -Via Mothership.sg

Kami pun dah check sendiri… yang di kanan tu ada tertinggal beberapa huruf kod, manakala yang di kiri tu pulak wujud rekodnya kat carian senarai ubatan berdaftar di Malaysia. Kalau korang tengok sekilas pandang, memang serupa kan bungkusan kedua-dua Panadol ni?

Panadol Rekod
Kalau tulen, akan keluar hasil cariannya macam ni.

Salah ejaan, rupa bungkusan pun tak macam yang sebenar…

Kalau korang biasa pergi ke pasar malam, atau paling kurang pun, perasan bahawa biasanya barang-barangan tiruan ni, mereka akan ada salah eja demi nak elak persamaan secara langsung. Salah satu sebab kenapa mereka sengaja salah eja adalah agar tak kena saman oleh syarikat asal.

Contohnya dalam jenama Nike, mungkin tiba-tiba ada tertambah huruf atau terkurang huruf walaupun bentuk logo tu lebih kurang sama je. Dalam kes ubat Panadol ni pun, teorinya sama jugak – ubat-ubatan tiruan biasanya akan mengandungi kesalahan ejaan ataupun bahasa.

Panadol Palsu Salah Eja
Salah eja tu.. sepatutnya GlaxoSmithKline. Via Mothership.sg

Perbezaan kat bungkusan pun kena diteliti jugak. Kalau kat luar ni, selalunya mereka akan cuba sedaya upaya mereka nak sempurnakan agar orang lebih cepat terperdaya dengan rekaan ‘hampir-hampir’ menyerupai ubatan tulen. Ni pula yang ditularkan oleh KKM Putrajaya di Twitter.

Ubat Tiruan Panadol
Banyak jugak perbezaannya ye. Di kiri tu original punya…-Via Twitter

Hologram meditag tu pun penting jugak untuk disemak, sebagai tanda bahawa ubatan tu betul-betul tulen. Namun jangankan kerana nampak hologram meditag, korang angkat terus ye… sebab dah ada orang boleh palsukan hologram meditag tu dan lekat kat ubat-ubatan yang mereka jual kerana nak laku. Ni caranya nak tengok hologram meditag tu tulen dari KKM atau tak.

Bentuk tak sempurna, nampak cacat dan kasar…

Kotlah korang dah terbeli satu bungkusan Panadol yang mungkin korang dah terbuang bungkusan penuhnya, ada satu lagi cara korang boleh telitikan sama ada ia Panadol tiruan atau Panadol tulen. Kalau dalam visual ubat-ubatan, mereka ada bentuk tersendiri yang buatkan korang boleh kenal walaupun dari jauh.

Untuk Panadol ni pulak, bentuk paling popular yang korang boleh bayangkan mestilah halus, berbentuk bujur dan nampak sempurna serba serbinya. Kalau korang nak ukur pun, takde lah terkurang saiz kat bahagian sebelah.

Panadol Palsu Rapuh
Nampak macam serbuk je… -Via Mothership.sg

Oleh sebab Panadol tiruan ni guna bahan yang tak berkualiti, nampak kurang sempurna dan sedikit rapuh berbanding Panadol tulen. Kalau nak tengok dari dekat, sisi sebiji ubat tu kelihatan tak rata dan tak kemas.

Panadol Tajam
Beza sungguh antara keduanya. -Via Mothership.sg

Ambil Panadol tiruan, dikhuatiri boleh sebabkan kematian

Disebabkan kita tak tau sangat kandungan bahan yang digunakan dalam proses penghasilan ubat-ubatan tiruan ni, lebih baik kita beringat sesama sendiri agar berhati-hati semasa nak beli ubat. Produk palsu boleh sebabkan kematian sebab ada kemungkinan tinggi bahawa ia mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri, arsenik, kadmium atau plumbum.

Via Giphy

Tambah lagi, sindiket pengedar ubat-ubatan tiruan ni akan sentiasa cuba menipu korang dengan memperkemaskan lagi produk tiruan diorang tu. KKM akan sentiasa pantau dan sentiasa mendengar laporan korang kalau korang rasa ‘tak sedap hati’ berkenaan sesuatu produk khususnya ubat-ubatan. Jadi jangan segan kalau korang terjumpa ubat tiruan kat pasaran, boleh jadi korang dah selamatkan ramai orang dari bahaya ubat tiruan.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top