займ срочно

Elaun parkir menteri RM5,700 sebenarnya tak betul, ini gaji sebenar menteri

S121
Elaun parkir menteri RM5,700 sebenarnya tak betul, ini gaji sebenar menteri

Baru-baru ni viral keratan akhbar yang memperlihatkan elaun parkir menteri berjumlah RM5,700. Benda ni buatkan orang ramai tak puas hati, lebih-lebih beberapa elaun penjawat awam dah dihapuskan oleh kerajaan. Ramai yang persoalkan kenapa menteri boleh dapat elaun parkir lebih tinggi berbanding kebanyakan gaji penjawat awam?

Dalam artikel sebelum ni, kami dah kata yang keratan akhbar tu tak betul. Jadi ia tinggalkan kita dengan persoalan – berapa sebenarnya gaji menteri? Mujurlah ada seorang menteri yang sudi nak kongsikan maklumat berkenaan pendapatan diorang, takdelah kita tertanya-tanya.

Menteri ni dedahkan gaji dan elaun menteri, kata lebih kurang macam zaman BN, tapi dipotong 10%

Sebenarnya senarai terperinci elaun ni tak terbuka untuk orang awam, tapi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail setuju untuk berkongsi beberapa butiran, demi ketelusan.

“Fail kerajaan yang sulit bermaksud surat, pekeliling dan dokumen tidak boleh diedar tetapi kandungan atau butiran boleh dikongsi. Ringkasnya, tiada apa-apa yang nak disembunyikan. Pandangan saya dalam isu viral berkait pendapatan (elaun) ialah (utamakan) ketelusan dan jangan seleweng dan rasuah. Selebihnya serah pada rakyat menilai,” – Saifuddin Nasution Ismail, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

S1
Saifuddin Nasution Ismail. Via MalayMail

Menurut Saifuddin, gaji dan elaun menteri kabinet Pakatan Harapan sama dengan apa yang dibayar kepada menteri BN, tetapi ditolak 10 peratus. Katanya, menteri-menteri PH yang juga adalah ahli parlimen, menikmati elaun yang sama seperti wakil rakyat lain kecuali elaun kehadiran RM400 sehari untuk menghadiri sidang parlimen, katanya.

Dia kata selain elaun MP, menteri juga boleh menuntut elaun berikut secara bulanan:

  • Elaun keraian: RM12,000
  • Elaun menteri Kabinet: RM4,000
  • Elaun perumahan: RM4,000 (tidak boleh dituntut jika tinggal di kediaman rasmi)
  • Elaun pembantu rumah: RM2,500
  • Elaun pemandu: RM2,500
  • Elaun tetap ini berjumlah RM25,000 sebulan
  • Mereka juga diberikan elaun cuti, termasuk penerbangan kelas pertama atau perniagaan sekali setahun untuk menteri dan pasangannya, serta penerbangan kelas ekonomi untuk anak-anak mereka yang berumur bawah 21 tahun.
S11
Kabinet Malaysia. Via Sarawak Voice

Dia kata para menteri juga boleh tuntut elaun harian dan elaun makan jika mereka perlu melakukan perjalanan untuk kerja, tapi dia tak dapat mengingat jumlahnya tanpa membuat rujukan terlebih dahulu.

Elaun lain adalah sama dengan apa yang boleh dituntut oleh ahli parlimen. Tidak termasuk elaun dan selepas potongan 10 peratus untuk penjimatan, menteri dibayar RM13,400 sebulan selain gaji RM16,000 sebulan sebagai ahli parlimen, katanya.

Okay, kita dah tahu tentang maklumat pendapat menteri, mari tengok ahli Parlimen pulak…

Tak seperti anggota kabinet, elaun anggota parlimen diterbitkan melalui kertas statut yang disiarkan di laman web Parlimen. Ini termasuklah elaun speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Selain gaji RM16,000 sebulan, anggota Dewan Rakyat menikmati beberapa elaun, termasuk:

  • Menghadiri sidang Parlimen – RM400 sehari
  • Menghadiri mesyuarat atau bengkel agensi kerajaan – RM300 sehari
  • Elaun keraian – RM2,500 sebulan
  • Bayaran khas – RM1,500 sebulan (kecuali jika MP adalah ahli pentadbiran)
  • Penerbangan kelas perniagaan dan perjalanan kereta api kelas pertama
  • Elaun hotel semasa di luar negara – bilik standard
  • Elaun hotel apabila bekerja luar kawasan dalam negeri lebih daripada 32 km dari rumah – tidak lebih daripada RM400 semalam
  • Jika tidak menetap di hotel, lojing harian semasa bekerja luar kawasan – RM100 malam (domestik), RM170 malam (antarabangsa)
  • Elaun makanan di luar negara – RM340 malam
  • Elaun perjalanan tetap – RM1,500 sebulan
  • Elaun bahan api – RM1,500 sebulan
  • Elaun tol – RM300 sebulan
  • Elaun pemandu – RM1,500 sebulan
  • Bantuan pakaian majlis ‘black tie’ – RM1,500
Via Giphy

Macam yang kami kata pada artikel kami sebelum ni, desakan orang ramai agar elaun menteri dipotong timbul selepas JPA mengumumkan bahawa kerajaan tak akan lagi membayar elaun kritikal sebanyak RM750 sebulan kepada doktor baru yang menyertai perkhidmatan awam bermula 1 Januari depan.

Pemotongan elaun kritikal juga melibatkan lain-lain pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Elaun ni adalah sebanyak lima ke 15 peratus gaji bulanan. Jururawat dapat elaun kritikal sebanyak 15 peratus.

Benda macam ni tak diumumkan pada zaman BN dulu, tapi kita boleh dapat gambaran dari kes Mahkamah

Perbicaraan yang tengah berlangsung babitkan bekas menteri BN adalah salah satu cara untuk dapatkan gambaran tentang elaun yang diberikan kepada menteri.

Saksi baru-baru ni beritahu mahkamah – Ahmad Zahid Hamidi dapat elaun bulanan RM26,215 ketika jadi timbalan perdana menteri, manakala Tengku Adnan Mansor pula dapat elaun RM24,320 sebulan semasa jadi menteri di antara 2013 hingga 2018. Perbendaharaan tak dedah jumlah elaun yang dibayar kepada menteri, tapi menyatakan salah satu perbelanjaannya adalah “Elaun tetap yang dibayar kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik”.

Sprm | Court
Zahid Hamidi. The Star

Apa yang dilakukan oleh Saifuddin Nasution Ismail ni patut dipuji, sekurang-kurangnya ia dapat jawab persoalan kita tentang gaji orang-orang yang mewakili kita. Kalau diorang tak buat kerja dengan baik, bolehlah kita kritik – sebab diorang dibayar dengan mahal kot.

 

Artikel ini diambil dan disunting dari artikel Menteri kongsi butiran elaun ‘sulit’ terbitan MalaysiaKini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top