Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Politik

Musa Aman kata Pilihan Raya Negeri Sabah buang duit dan bahaya, ini respon Warisan

By Subeditor
August 2, 2020 4 Min Read
Comments Off on Musa Aman kata Pilihan Raya Negeri Sabah buang duit dan bahaya, ini respon Warisan

Seperti yang kita telah ketahui, Dewan Undangan Negeri telah dibubarkan secara rasminya. Benda ni bermakna, dalam masa 60 hari rakyat Sabah akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menentukan kerajaan yang baru. Situasi politik ni telah menyebabkan perdebatan – ada yang rasa keadaan ni tak sepatutnya berlaku kerana Covid-19, dan ada pulak yang rasa ia adalah tindakan yang betul.

Kalau tanya dekat ORANGKATA – kami amat tak selesa apabila ada ADUN yang lompat secara berjemaah. Bagi kami ia adalah jenaka untuk demokrasi kita. Kebanyakan ADUN dipilih berdasarkan parti yang mereka wakili. Kami harap selepas ini takde lah aksi-aksi lompat parti ni, dan akan ada akta untuk lompat parti segera diluluskan. Apa guna kita ada pilihan raya, kalau lepas tu boleh lompat ke pihak?

Bagi Musa Aman, PRN Sabah hanyalah sebuah pembaziran dan dedahkan rakyat kepada Covid-19

Bagi bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berpendapat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi beri laluan kepada pilihan raya adalah tak perlu dan buang masa dan wang dan memudaratkan nyawa rakyat ketika negara berdepan dengan wabak koronavirus (Covid-19). Dia kata macam ni ketika mengulas pengumuman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bubarkan DUN tempoh hari.

779991
Langkah yang tak berjaya. Via Berita Harian

Musa kata, dia tak terkejut dengan pengumuman tu dan dakwa ada majoriti mudah iaitu 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 65 untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu tanpa perlu melalui proses pilihan raya.

“Kita akan merayu kepada Yang Dipertua Negeri (Tun Juhar Mahiruddin), kalau boleh, agar dewan (DUN) tidak dibubarkan. Dulu pernah ada majoriti mudah, kerajaan boleh (ditubuhkan) berjalan juga…kita tidak perlu pilihan raya lagi sedangkan ada tiga tahun lagi untuk Pilihan Raya Umum seterusnya,” – Musa Aman, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Kata Musa, surat yang jelaskan dia ada sokongan 33 ADUN daripada pelbagai parti dah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri melalui peguamnya.

Musa jelaskan alasan ADUN daripada Parti Warisan Sabah, yang dipimpin oleh Mohd Shafie, buat keputusan kembali sokong dia kerana keadaan kerajaan negeri hari ini dah tak sehaluan dengan kerajaan pusat. Katanya, kumpulan ADUN  ni lihat hubungan rapat kerajaan negeri dengan pusat adalah penting bagi pastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat berjalan lancar.

“Tetapi sekiranya benar DUN telahpun dibubarkan, saya dengan suci hati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihan raya yang akan datang untuk memberi rakyat negeri Sabah satu kerajaan baharu yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat negeri ini,” – Musa Aman, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Bagi Warisan pulak, takde masalah untuk adakan PRN Sabah, sebab ada SOP yang boleh diikuti

Berbeza dengan pandangan Musa Aman, bagi Terrence Siambun yang merupakan Bendahari Warisan, pilihan raya negeri (PRN) di Sabah boleh diadakan dalam suasana selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Dia kata macam ni kerana menolak kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dakwa PRN sebagai membazir dan tidak selamat.

779991
Terrence Siambun. Via Borneo Today

“Apa yang dia cakap ini? Sedangkan semua tindakan politik ini diatur oleh Musa untuk menggulingkan kerajaan negeri dengan sokongan daripada wakil rakyat yang tidak boleh dipercayai sehingga memaksa Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertindak (mengambil keputusan ini). Sebenarnya, Mohd Shafie berulang kali meminta kepada semua orang termasuk Musa untuk berhenti berpolitik pada masa ini, sebaliknya bersatu dan membantu rakyat Sabah. Ketua Menteri turut menyuarakan perkara ini di Parlimen beberapa hari lalu, tetapi apakah Musa dengar apa yang Mohd Shafie cakap?” – Terrence Siambun, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Hahhh…gaduh lah korang. Via Giphy

Mengulas lanjut, Terrence kata, dengan pembubaran DUN tu, biarlah rakyat Sabah putuskan sendiri siapa yang harus diberikan mandat untuk mentadbir negeri ini. Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dah sahkan pada 10 Jun bahawa takde masalah untuk adakan pilihan raya umum kerana prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat akan diambil bagi membolehkan proses pilihan raya berjalan lancar.

Sebenarnya PRN ni ada logiknya, sebab kalau tukar-tukar kerajaan, sampai bila nak buat kerja?

Kalau tengok apa yang diputuskan oleh TYT ni, kami rasa ia adalah keputusan yang wajar. Kalau melihat majoriti yang dimiliki Musa Aman – ia cumlah SATU majoriti je. Dia macam kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ni lah, majoriti kecil gila. Benda ni bermakna; drama untuk jual dan beli wakil rakyat mungkin akan terus berlaku. Persoalan dia macam ni, kalau diorang cuma sibuk nak kukuhkan kuasa, macam mana diorang nak buat kerja sebagai kerajaan kan? Oleh sebab tu kami rasa, bubar je lah. Biar rakyat pilih balik kerajaan yang diorang nak.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Pertukaran nama Bukit St Paul ke Bukit Melaka ditentang MCA, ini ceritanya

F1
Next

UMNO tak nak masuk Perikatan Nasional, nampaknya kerajaan kita tengah retak?

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme