Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Isu SemasaIsu TularSejarah

Pertukaran nama Bukit St Paul ke Bukit Melaka ditentang MCA, ini ceritanya

By Farahani
August 1, 2020 3 Min Read
Comments Off on Pertukaran nama Bukit St Paul ke Bukit Melaka ditentang MCA, ini ceritanya

Sejarah takkan terubah walaupun kita dah tukar nama sesebuah kawasan tu. Begitulah kesimpulan Institut Warisan Melaka (INSWA) berkenaan usaha nak tukar semula nama Bukit St. Paul menjadi Bukit Melaka. Bila kita cakap pasal sejarah ni, satu-satunya yang kita kena berhati-hati adalah tafsiran fakta. Kalau sekadar nak tukar nama ataupun pindah lokasi; kedua-dua benda ni adalah normal dalam usaha kita nak pelihara sejarah sendiri.

Tapi ada pulak yang berkeras nak bantah penukaran nama tu…

Bukit St Paul Melaka
Bukit St Paul.. Via JomJalan

Melaka memang dah bandar bersejarah dan lokasi warisan negara, penukaran nama tu tak salah pun

Baru-baru, muncul cadangan nak tukar nama Bukit St Paul tu kepada Bukit Melaka daripada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan harapan ia dapat kembalikan semula fakta sejarah yang sebenar selepas beratus tahun telah jadi warisan legasi penjajah dengan penggunaan nama “St. Paul” tu.

Mengikut Perzim, penukaran nama tersebut jugak baik sebab ia takde kaitan dengan mana-mana agama dan bangsa. Kalau diikutkan dari catatan lama, nama asal Bukit St. Paul tu adalah Bukit Melaka. Ia telah dilaporkan dalam catatan penulis Portugis bernama Eredia, dan jugak pernah tertulis dalam Sulatus Salatin yang merupakan kitab penting sejarah Melayu.

Melaka
Melaka pada 1580-1640… Via Openedition Journals

Namun begitu, cadangan penukaran nama ni dibantah MCA. Kata Nurman Mohd Baroldin yang merupakan Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA);

“Siapalah MCA yang nak mempertikaikan usaha Perzim sedangkan apa yang dilakukan berdasarkan fakta sejarah. Tapi kalau ia dicampurkan emosi, keagamaan dan lain-lain yang akan mempengaruhi, mereka akan membantah.

Seharusnya perkara ini dipandang secara positif. Apabila kita positif dan berpegang pada sejarah tanpa mengira kaum kita pasti bersetuju untuk kembalikan nama Bukit Melaka,”- Seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 25 Julai

Kawasan Bukit St Paul
Kawasan Bukit St. Paul.. -Via Asia for Visitors

MCA pulak mempertahankan pengekalan nama Bukit St. Paul atas sebab nama tu dah popular dan diiktiraf antarabangsa. Dikhuatiri pulak kalau ditukar namanya, ia akan menukar sejarah jugak. Bantahan ni jugak bersandar pada sebab-sebab tersendiri yang difikirkan oleh MCA Kota Melaka. Kata Naib Pengerusinya, Datuk Ronald Gan;

“Sejak dahulu lagi nama Bukit St Paul sudah digunakan. Jadi, tiada keperluan untuk mengubah sejarah yang tercipta sejak sekian lama. Ini bukan isu perkauman atau bangsa, tapi kita nak generasi akan datang tahu mengenai nama bukit yang sudah wujud sekian lama ini.

“Perlu faham, dakwaan yang mengatakan nama Bukit St Paul bukan untuk mengagungkan gereja juga adalah tidak tepat memandangkan gereja di atas itu hanya tinggal rangka bangunan sahaja dan bukannya tempat ibadat,”- Seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 24 Julai

Bukit St Paul Gereja
Sisa tinggalan gereja di bukit tersebut.. -Via Gowhere Malaysia

Tengah tunggu laporan penuh, ada yang kata kenyataan MB Melaka hambar sambil beri ‘peringatan’ pada MCA

Pertikaian mengenai cadangan penukaran nama tu mendapat perhatian ramai pihak. Susulan wujudnya bantahan dari Perzim dan MCA, MB Melaka macam nak kurangkan sikit ketegangan tu dengan menyatakan bahawa cadangan tu masih diteliti lagi. MB Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali kata cadangan tu perlu diteliti lagi dengan lebih mendalam serta kena wujud perbincangan oleh pelbagai pihak.

Bagi mereka yang macam tak puas hati pulak, diorang siap kata kenyataan MB Melaka ni hambar sangat sebab dilihat tak cerminkan rakyat yang mahukan perubahan kepada tempat bersejarah. Kami rasa takde masalah nak tukar nama kalau disertai dengan sebab-sebab yang masuk akal. Korang rasa macam mana? Patutkah nama tempat-tempat bersejarah ni ditukar?

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Ini perkembangan terkini pelaksanaan ibadah haji di Arab Saudi, dah mula terima pengunjung

F1
Next

Musa Aman kata Pilihan Raya Negeri Sabah buang duit dan bahaya, ini respon Warisan

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme