займ срочно

Isu Koronavirus, ini LIMA tempat HARAM untuk dilawati demi keselamatan korang…

F1
Isu Koronavirus, ini LIMA tempat HARAM untuk dilawati demi keselamatan korang…

Hari demi hari, semakin banyak dah laporan kes COVID-19 terpampang kat media sosial. Tu belum lagi bab ‘palatao’ yang komen bermacam-macam benda, sampai ada pula dakwa makan ikan singgang tu boleh merawat COVID-19. Kami sendiri pun tepuk dahi je lah pasal ni…

Via Giphy

Buat masa ni, Kementerian Kesihatan Malaysia tak larang rakyatnya untuk ke luar negara jika betul-betul perlu. Belum fasa lockdown lah gitu… Namun begitu, KKM dah minta Malaysia untuk buat sekatan para pelancong dari beberapa kawasan luar Malaysia. Ni dia senarainya:

1. Daerah Hubei, Zhejiang dan Changdu masih di bawah kuarantin pihak kerajaan China

Kalau korang ingat lagi, sebelum nama penyakit koronavirus tu diberi nama yang lebih sesuai; virus tersebut dipanggil sebagai “virus Wuhan”. Wuhan ni adalah salah satu kawasan kat Hubei, China dan dikenali sebagai ground zero penularan penyakit COVID-19 tu. Penyakit berbahaya tu akhirnya menjalar hingga ke Zhejiang dan Changdu.

Wuhan Hospital
Via CNBC.com

Ancaman penyakit tersebut dah mulai surut kat Zhejiang apabila pusat respon kecemasannya dah mula menurunkan tahap keselamatannya daripada Level 1 kepada Level 2 pada akhir bulan Februari lalu. Tapi ada pulak dikhabarkan bahawa ditemukan seorang “pembawa” virus tersebut yang pulang ke Zhejiang dari Perancis tu disahkan dijangkiti COVID-19 walaupun tanpa simptom biasa seperti demam dan selesema.

Kat Changdu pulak, penduduk dah dikenakan sekatan keluar rumah dan hanya dibenarkan keluar sekali je untuk setiap isi rumah. Tu pun cuma untuk ke kedai untuk beli makanan je. Jalan habis lengang ketika bulan-bulan awal tersebarnya COVID-19 di Changdu. Menurut perkongsian seorang guru bahasa Inggeris, Joe Hallgren cerita sikit pasal bagaimana pihak autoriti urus ancaman tersebut.

Jeo Halgren
Ni lah Joe Hallgren.. Via DGlobe.com

Artikel tu dah dipadamkan kini, tapi kami berjaya dapatkan semula artikel tersebut. Menurut Joe Hallgren:

“Memanglah, kadangkala bosan jugak duduk dalam rumah, tapi saya juga menyaksikan bagaimana reaksi kerajaan, rakyat dan syarikat terhadap krisis seluruh negara ni. Saya tak kata saya gembira adanya wabak, (tapi) lebih baik takde (wabak) tu demi kepentingan semua orang… Hari ni saya keluar sekejap untuk beberapa saat sebelum (baru) teringat saya lupa dompet saya. Pengawal terus periksa suhu badan saya walaupun dia baru nampak saya keluar rumah…”- Joe Hallgren, seperti yang dilaporkan oleh Duluth News Tribune.com, 28 Februari 2020

2. Bandar Daegu dan daerah Cheongdo di Korea Selatan, jangkitan tersebar kerana gerakan rahsia?

Kes COVID-19 kat Korea Selatan mendadak naik, sampaikan laporan terbaharu dari NST mengatakan bahawa jumlah kes penularan penyakit tu melonjak daripada 6,552 kes menjadi 7,000 kes. Kalau dah cecah beribu dah kes tu, sudah pastilah banyak negara nak sekat para pelancong dari Korea Selatan termasuklah negara kita.

Lonjakan kes tu pun ada kena mengena dengan gerakan kultus gereja Shincheonji di Daegu. Dikatakan bahawa seorang wanita yang dinamakan semula sebagai Pesakit 31 diuji positif dan berkemungkinan besar telah menjangkiti sebahagian besar dari penganut gereja tersebut.

Kultus Shincheonji
Dikatakan lebih dari 1,500 anggotanya taknak terima rawatan…Via Allkpop

Kebanyakan rakyat Korea Selatan menyalahkan kultus ni disebabkan dua benda: pertelingkahan fahaman antara mazhab Kristian lain seperti Protestan dan Presbyterian. Selain tu, ahli politik pun turut gunakan isu Shincheonji untuk keuntungan politik dan perhatian media semata-mata. Lebih dari dua petisyen dalam talian berkaitan dengan Shincheonji ditandatangani lebih sejuta rakyat iaitu nak keluarkan arahan cari anggota Shincheonji serta bubarkan gereja tersebut.

3. Rakyat kita melancong ke Jepun diharap bawa kenangan, rupanya terbawa jangkitan…

Pada akhir Februari lalu jugak, kita menerima khabar bahawa 2 orang dah diuji positif COVID-19 lepas balik dari Jepun. Menurut rekod Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ni adalah kes COVID-19 yang ke-24 dimana membabitkan seorang wanita Jepun berumur 41 tahun yang bekerja di Malaysia dan mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun dan Indonesia pada awal Februari tu.

Orang kedua yang diuji positif COVID-19 pula adalah seorang wanita Malaysia berumur 53 tahun yang baru-baru ni bercuti kejap kat Jepun. Sewaktu kita nak putuskan sama ada nak sekat para pelancong masuk atau tak, kita pun harus lihat bagaimana perkembangan kes COVID-19 dekat negara asal tu. Di Jepun, Hokkaido dah diisytiharkan darurat lepas laporan mangsa positif jangkitan tersebut meningkat hingga lebih 400 kes positif.

Hokkaido Darurat
Hokkaido umumkan darurat akibat kes COVID-19… Via NHK World Japan

Kalau korang tak tau, rakyat Jepun sendiri puji bagaimana kerajaan kita begitu rapi menjaga kesihatan penduduknya termasuklah para pelancong yang positif kat dalam negara kita. Bermula dengan ciapan daripada seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @kurakuranet memuji langkah Kementerian Sumber Manusia kerana prihatin terhadap kebajikan kesihatan para pekerja.

Ternyatalah warganet Jepun ni cemburu dengan cara kita kawal COVID-19. Benda ni harus kami pun puji jugak; kerajaan tak berahsia dan segera ambil tindakan pantas dalam merawat mangsa COVID-19. Barisan hadapan terpaksa berkorban hingga dibekukan cuti, manakala pihak media kerap sebarkan infografik tepat serta maklumat berguna untuk rakyat.

Jepun Puji Covid
Via Mstar

4. Malapetaka tak kenal perbezaan agama, ketepikan prasangka pada sekatan melancong dari Iran

Sebelum korang nak kata “padan muka”, kami nak ingatkan sekali lagi bahawa Islam tak ajar korang bersuka ria dengan bencana orang lain walaupun mereka tu berlainan fahaman dari kita. Kalau korang tak faham, majoriti rakyat Iran ni beraliran Syiah. Sentimen anti-Syiah kat Malaysia ni agak tinggi jugak, jadi kami dapat bayangkan jika ada antara kita bergembira dengan kepahitan orang lain.

Penularan jangkitan COVID-19 meletus begitu cepat sehingga lebih dari 200 mangsa penyakit tu meninggal dunia manakala lebih dari 7,000 lagi dilaporkan positif. Sekolah pun ditutup, dan kerajaan Iran dah mula keluarkan saranan untuk tak keluar negara buat sementara ni. Lebih malang lagi, 16 orang rakyatnya mati lepas minum methanol sebab mereka ingat minum alkohol boleh elak jangkitan COVID-19.

Peta Iran Covid
Sekatan kita tertumpu pada daerah Tehran, Qom dan Gilan…Via BBC

Beberapa pemimpin mereka pun diuji positif COVID-19 dan dua daripada dah meninggal dunia iaitu Fatemeh Rahbar, wakil rakyat Tehran dan Mohammad Ali Ramezani, wakil rakyat Gilan. Ada kata kerajaan Iran sengaja tak buat makluman yang lebih telus sebab takut tak ramai berani turun waktu pilihan raya terdekat nanti.

5. Kota-kota lama Itali jadi pusat transit jangkitan, melarat ke sekitar Eropah…

Betapa gusarnya rakyat Eropah apabila COVID-19 dah menjajah kota-kota mereka. Itali menjadi antara negara titik panas penyebaran wabak ni tengah bertungkus lumus nak pastikan kebajikan rakyatnya di samping nak membendung COVID-19 tu. Usaha tersebut akhirnya membawa kepada operasi lockdown serata negara tu, lantaran jumlah kesnya melebihi 9,000 mangsa.

Menurut BBC, Itali menjadi negara kedua paling teruk selepas China dimana kesemua daerah yang ada kat Itali tu mempunyai kes positif COVID-19. Tu belum campur lagi rusuhan khususnya dalam penjara apabila kerajaan turut sekat kemudahan nak jumpa dengan keluarga ekoran ancaman COVID-19 tu.

Kesan ancaman COVID-19 yang melanda Itali tu dilihat turut memuncakkan kerisauan dari penduduk serata Eropah, dimana dalam masa sehari je, banyak benda berlaku. Austria misalnya dah sekat kemasukan para pelancong dari Itali, dan dua institut kajian dari Jerman menjangkakan kemelesetan ekonomi Eropah akibat COVID-19.

Buat sementara ni, kita hanya menyekat kemasukan para pelancong (kecuali rakyat Malaysia) dari beberapa daerah di Itali seperti Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna. Namun dengan perkembangan kini, kami tak tolak kemungkinan sekatan tersebut diperluaskan hingga ke seluruh Itali.

Kuarantin Itali
Itali tengah dalam proses dikuarantin -Via Outbreak News Today

Sentiasa pantau tahap kesihatan korang, kuarantin diri jika perlu…

Jika korang ada sejarah perjalanan ke mana-mana negara khususnya yang kami dah senaraikan di atas, ada baiknya korang pantau tahap kesihatan korang dan bersegeralah datang ke klinik untuk ambil ujian kalau ada simptom. Tak usah takut; kemudahan dan perkhidmatan perubatan kita berada dalam tahap yang baik.

Proses Kesan Covid
Via Twitter

Kepada mereka yang ada rancangan nak bercuti-cuti makan angin ke luar negara tu, ada jugak baiknya jika korang tangguhkan khususnya jika destinasi korang adalah negara-negara Asia Timur seperti China, Korea Selatan dan Jepun. Kuarantinkan diri kalau korang baru je pulang selama 14 hari dan maklumkan pada rakan atau keluarga yang rapat dengan korang.

Kalau korang tinggal serumah, pantau jugak tahap kesihatan mereka. Boleh jadi korang sihat je, tapi koranglah pembawa virus tu kepada mereka yang mudah terkena penyakit. Mungkin dari barang-barang korang ke, atau oleh-oleh korang ke, betul tak?

Bukan kami je yang kata – pakar mendapati bahawa virus boleh kekal lama sehingga 9 hari di atas permukaan licin seperti besi, kaca atau plastik tapi tidak pada barangan pos. Namun begitu, keadaan permukaan tersebut kenalah lembap, terlindung dari matahari dan suhu yang sesuai. Sebab tulah pakar yakin bahawa virus tak akan selamat atas barangan pos.

Covid Sebar
Via Charleston County Schools

Apapun sentiasalah berhati-hati dan jaga kebersihan korang ye… Kami sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita, termasuklah para staf kesihatan dan perubatan serta mereka yang berada di barisan hadapan. Terima kasih atas jasa dan usaha penat lelah korang melindungi rakyat dari COVID-19!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top